August 13, 2015

Dekorasi - Mini Landskap / Laman Mini

Tu dia haih.
Ada taman mini.
Atau kebiasaan orang panggil mini landskap. Ececece.
Sejak bila umah aku ada tanah ni?
.
Krik krik krik.
.
Heylooo.. takde tanah pun boleh decorate tau. 😷Berseri2an.. berhijauan2. Kahkah πŸ˜ƒ
.
Ikutkan hati dulu, nak mintak orang buatkan pocket pada luar tingkap rumah.
So boleh la letak pokok bunga jurai2 gitu.
.
Tapi berangan je la boleh. πŸ˜‡
.
Tahun berganti tahun, tiba2, disebabkan idea dari 1 group ni, mula aku terfikir nak merealisasikan laman mini ni.
Well, takde la hebat mana pun. πŸ™ˆ
Tapi sebelum tu pun, aku ada lah " bercucuk tanam" kat tanah luar dari gate sebagai penyeri jugak kekdahnya.
Tapi hati ni tetap tak puas.
Sebab tanah tu kecik je pun. Dan tak la menjadi mana pun. Huhuhu.
Ni la konon aku kerjakan. Ni je ruang yang suami izinkan. Ruang lagi 1 dia cakap, takot jiran tak suka. Heee


Lepas tu beli la pokok ni plak. Ada la seri sikit.

Lepas dah raya, baru la terbuka minda balik nak ada sudut mini landskap. Itu pun sebab terpengaruh dengan group deco di fb. Pergi survey di nursery berkali2 dan berhari2 singgah nursery.
Boleh tahan jugak spend duit kat nursery ni kan?
Bukan sikit2 huuu. Beratus2 habis. Tapi kena control, kang sedap membeli je kan. Hehehe..

Mula2 beli la rumput ni dan bonzai dulu. Sebab beli ni je pun dah habis beratus dah. So letak kat sudut, suka la nampak seri rumah. Hehehehe..hijau. sejuk je mata memandang . Almaklum takde benda nak dikerjakan, tanah pun yilek.


Keesokkannya beli lak bunga-bungaan. Hehehe. Parahhh.. beli bunga lavender, bunga kecik2 tu. Susun gitu jer. Suka sangat. Sebab kakak ku cakap, takkan hijau je? Takkan takde warna warni. Adeh



Selang sehari, improvise lagi, beli plak penyangkut. Huwaaa. Cuma stand lavender tu je tak beli lagi. Stock habis. Nursery lain mahal plak. Sabar nana, sabar... hahah

Puas hati sangat dapat sudut ni walaupun kecik cenonet je.
Snap gambar tunjuk kat husband, dia tak cakap ape.

So far anak2 tak kacau. Diorang teruja.tapi dah warning jangan usik. Setakat sentuh2 bunga gitu2 je. Siap bukak selipar pijak rumput fake tu. πŸ˜ƒπŸ˜ƒ

Alhamdulillah, terlaksana juga mini landskap walaupun takde tanah ye.
.
.
.
Segala persoalan akan di jawab kemudian. Huuu bajet sangat!

August 11, 2015

Macam-macam kerja

Aku pernah cakap ke aku ni bekerja ke ape?
Eh mcm la korang nak tau kan? hikhik

Ye dulu aku bekerja.
Sambil bekerja aku memang suka cari side business.
So macam2 aku buat.

Aku jual Shaklee. Serious business masa ni.
Aku jual insurans ( prudential ) . Still doing it. 
Aku jual tudung. ( aku la jual, aku la model hahah )

Memang ikut masa, tak de masa pun nak menjual sambil bekerja.
Tapi, aku memang suka.
Aku tak boleh harapkan gaji semata.
Walhal, lebih dari cukup je kalau pandai berbelanja.
Itu lah nafsu perempuan kot, manjang ada je bende nak beli.
So buat business, dari duit tu la aku boleh membeli sesuka hati tanpa harapkan duit suami.

Sampai la Oct 2014, aku macam dah stress sangat nak kerja.
Di sebabkan department yang tak berapa enjoy, suasana yang tak menggembirakan, aku mula la menggelintin nak resign. hihihi.
Sebelum tu kalau nak resign memang husband tak izinkan pun.
Tapi hari tu, tiba2 husband bagi greenlight.
Nak benti, benti lah na. Kata2 suami buat aku betol2 mcm bertekad.
Tanpa fikir risiko yang bakal aku tanggung. Ye lah, nafsu berbelanja kan?

So akhirnya aku berhenti. Last notice aku October 2014. Haa dah nak setahun kan?
So bila dah berhenti, aku mula la teruskan business aku, tapi tak pernah aku sharekan kt sini kan?


Ini antara business tudung yang aku buat. ( aku lah model, aku lah yang menjual heee )
Boleh follow IG Drophawt / Page : Drophawt
Agak lama tak update tapi business is running as usual.

Selain tu aku buat business kerepek Seaweed Rangup
IG seaweedrangup / Page : Seaweed Rangup

Lain2 tu korang pun tau kan. heee...
Shaklee dan Prudential


Tapi aku pun rasa kadang2 semangat ni ada turun naik...
sesekali rasa rindu waktu bekerja. hahahahah.. 
Ada ke mcmni??

Selamat hari raya setelah setahun dari last post hari raya :)

Assalamualaikum

Lamanya tak update blog.
Dah bersarang nampaknya.

Ada orang lagi ke? huhuhu
Maaflah. Saya tidak setegar yang lain2.
Bila tengok orang update blog, macam best je.

Tapi hakikat.. wa respek sama lu lah!!
Macamana ek korang ada idea untuk terus menulis di alam maya ni?

Kadang2 rasa abis idea.
Takde ape yang nak di kongsikan.
Rasa macam takde la best sangat cerita aku ni.

Cer cite cer cite..
kadang2 memang teringat kat blog yang 1 ni.
Tapi bila nak tulis je.. terus turn off.
Mood yilek
Idea pun takde.

Korang sama tak macam i??