August 11, 2015

Macam-macam kerja

Aku pernah cakap ke aku ni bekerja ke ape?
Eh mcm la korang nak tau kan? hikhik

Ye dulu aku bekerja.
Sambil bekerja aku memang suka cari side business.
So macam2 aku buat.

Aku jual Shaklee. Serious business masa ni.
Aku jual insurans ( prudential ) . Still doing it. 
Aku jual tudung. ( aku la jual, aku la model hahah )

Memang ikut masa, tak de masa pun nak menjual sambil bekerja.
Tapi, aku memang suka.
Aku tak boleh harapkan gaji semata.
Walhal, lebih dari cukup je kalau pandai berbelanja.
Itu lah nafsu perempuan kot, manjang ada je bende nak beli.
So buat business, dari duit tu la aku boleh membeli sesuka hati tanpa harapkan duit suami.

Sampai la Oct 2014, aku macam dah stress sangat nak kerja.
Di sebabkan department yang tak berapa enjoy, suasana yang tak menggembirakan, aku mula la menggelintin nak resign. hihihi.
Sebelum tu kalau nak resign memang husband tak izinkan pun.
Tapi hari tu, tiba2 husband bagi greenlight.
Nak benti, benti lah na. Kata2 suami buat aku betol2 mcm bertekad.
Tanpa fikir risiko yang bakal aku tanggung. Ye lah, nafsu berbelanja kan?

So akhirnya aku berhenti. Last notice aku October 2014. Haa dah nak setahun kan?
So bila dah berhenti, aku mula la teruskan business aku, tapi tak pernah aku sharekan kt sini kan?


Ini antara business tudung yang aku buat. ( aku lah model, aku lah yang menjual heee )
Boleh follow IG Drophawt / Page : Drophawt
Agak lama tak update tapi business is running as usual.

Selain tu aku buat business kerepek Seaweed Rangup
IG seaweedrangup / Page : Seaweed Rangup

Lain2 tu korang pun tau kan. heee...
Shaklee dan Prudential


Tapi aku pun rasa kadang2 semangat ni ada turun naik...
sesekali rasa rindu waktu bekerja. hahahahah.. 
Ada ke mcmni??

2 comments:

Ayu Rashid said...

rindu dengan suasana kerja memang akan terasa.
time lepak2 gegosip ngan opismate. eh!
juga time meronda shopping mall time lunch hour hari jumaat. ehhe

pasti ada, wp kak ayu dah 5 tahun tak kerja.

kita akan rindu yang best ajer.
bile rindu yang tak best... terus rasa, syukur aku dah tak kerja haha.
seram nak ulang semula :)

Nana said...

Eh kak ayu di sini. hihihi.. ye la. rindu. rindu lepak2 dgn kawan2.
tapau nasi sama2.
lepas tu bile time gaji mcm best je. hewhewhew.
ni gaji sendiri tentukan. kalau malas, alamat nye takde lah..