August 26, 2013

BFF gathering

Semalam, hari yang sangat gumbiraa....
best gila..
seronok sangat..
sebab ape?
sebab bespren datang rumah..huhuh
best lahhh, sorang tu last jumpa masa aku kawin kot. anak pun takde lagi masa tu, tak silap ade dalam perut dia. hahaha
Tapi semalam bila jumpa, anak dah 3. HAHA
How time flies!!

Aku tak sediakan apa2 yang grand. Tapi knowing that they will arrived around noon, at least kena la sediakan makanan berat tapi simple. kehkeh..
Simple sebab ye lah, aku kang dengan si luqman ngan umar, aku bukan SUPERMOM lagi. sob sob..

So what was the menu of the day?
Nasi lemak telur rebus
Ayam goreng
Cheesekut
kuih raya ( itu pun nak bagitau kan?)
mee hoon goreng

Tak cukup kenyang ke?? lebih dari tu hokey!! HAHA
Tapi kekenyangan tu semua tak leh nak digambarkan kegembiraan bila jumpa kawan lama yang sama2 longot dulu. huahuahua..
i missed that moment. Sob sob =((

Dengan gelagat anak masing-masing. Sungguh melucukan..

Abaikan sofa aku yang togel tu, sarung hantar dobi katanya. KEHKEH

See betapa penuhnya kami dengan hasil (HAHA)

Masa ni zenia dah rimas nak turun. anak2 aku takde mood sebab baru bangun dari nap.

Gelagat tak kering gusi

Farin yang melayan anak makan. HIHI

Ni lah BFF dari uni till now..abaikan meja makan yang tak abis DIY..tak de masa larikkkk..

Ni la gambar yang ada masa zaman kat uni. Masa ni farin aktif teakwando. Kitorg kira bagi support la ni. ecehhhh

August 22, 2013

Eczema - How to deal with it..

Umar memang memiliki kulit sensitif di belakang badan..
Sejak dia berusia lebih 6bulan kot..
Mula2 ingat ruam2 biasa je.. sebab jenis mudah berpeluh sikit2 anak saya ni..
So masa dia sekecil tu, kita pun selalu la letak bedak agnesia untuk mengurangkan renyam ruam nya tu..
tapi makin lama makin merebak. kegatalan dia tu kadang2 tak boleh di kawal sampai merah berdarah di garunya..kita yang  melihat rasa macam kesian sangat.. >.<
so dari situ, kita cuba pulak beberapa cream.
penah bawak jumpa doc panel, dia cakap eczema kot..so dia bagi ezzera..
so ada la berkurangan sikit merah tu..
sebabnya eczema ni macam membuatkan kulit tu kering dan gatal..
so cream ni macam melembabkan kulit, tu yang perlu sapu lebih kerap.
bila lebih kerap, cepat la abis kan. cepat abis pastu kita lak taknak dia garu dan tangan masuk mulut..
waaa banyak tol masalah..
so keadaan berterusan bila tak guna cream tu, guna cream lain lak..
macam saje nak mencuba2..
tapi keadaan selalu bersifat sementara..
bila cream abis, sementara nak dapat cream baru tu, mesti dah naik ruam tu..
ruam tu bukan sikit2, dia akan penuh 1 belakang badan..
Tak tau nape kita tak terfikir nak amik gambar masa keadaan teruk. memang sedih..
Gambar kat bawah ni tak berapa jelas ruam belakang badan umar..
Kebiasaannya umar memang akan di biar tak berbaju sebab taknak peluh dan nanti dia miang...
Rupenye tak selesaikan masalah tu jugak..sehingga la 1 hari..since kita pun ahli Shaklee..
Kita pun tergerak nak cuba add kan sedikit mealshake dalam susu umar.. tapi masa ni dia dh pun lebih dr setahun dan susu pun dah mixed up..buh sikit je..
Mula-mula tak nampak perubahan..
Tapi lama2 nampak bersih...
Licin..
Merah2 pun takde..
Dia pun tak tergaruk2..
Selera makan pun bertambah..
Poo-poo memang tak ada masalah since dia still BF..
Dan mealshake tu pulak kita pakai sikit je, jadi memang tahan lama lah!
Best gila..Umar pun takde la tak nak makan langsung.
Selera tu dah tajam tapi tak la setajam si luqman yang memang tak sah kalau tak pekena nasi sehari >.<
Mealshake tu pun tak perlu buh banyak2 dan selalu sekali sehari je kita mix kat susu dia. at least dari dia makan tak menentu tu, ada la jugak supplement yang support untuk keperluan tubuh badan dia.

Buat masa ni layan la gambar yang tak berapa jelas ruam di belakang badan umar..nampak tak kulit dia kasar sangat...!



Nanti bila free kita snap belakang badan di skang..susah la nak amik gambar budak tengah lasak tu skang...
tapi disebabkan camera tak canggih, memang la gambar sebelum dan selepas macam tak berapa jelas dek sebab cahaya lampu. huhuuuu

Koleksi Lebai di Aidilfitri

Memang susah nak suruh si umar pakai songkok..
Tah ape yang susahnya tah..
Nak kata ganggu pandangan, tak pulak..
Nak kata ketat sangat, dah ngam dah tu..
So sementara sempat aku snap kan gambar dia pakai songkok, memang bertuah sangat maknya niiii...


Lebai di Giant..

Lebai test songkok di rumah pulak..

Lebai 1 hari di hari raya...



Lebai layan ribena pulakkkk...lebai modernnnn katanya...



Ok selesai kisah lebai di Aidilfitri. huhuhuh

August 21, 2013

August 20, 2013

Department Lunch / Makan-makan

Memang setiap bulan kami dalam 1 department akan buat collection RM8 per head..
Kira dengan collection tersebut, dapat la kitorg buat gathering once a month..
Dengan RM8 darab berapa kepala, baru berapa sen..

So at first, kitorg hanya start dengan beli nasi lemak and breakfast together in the office..
Selalunya in the month, mesti ada birthday babies..So we will buy 1 cake to celebrate it walaupun celebrate kt ofis jee..
So decided to select 1 person to handle each month..
Turn aku dah pun lepas, bulan lepas sebelum puasa..
So far plan aku adalah lain sikit dari yang lain..
Lain dari segi menu dan perancangan sebelum..
No cake, no nasi lemak..haha
It was rendang dengan nasi impit dan home-made lasagna ( of course not me made it =P )
Everyone seems happy with the food.
Rendang very the sedaps..
Lasagna nya pun sedaps..very recommended especially kalau korang dah abis idea nak jamu tetamu ape.
Kira lain dari yang lain dan puas ati.. hehehe..
Yang buat ni pun bukan orang yang aku tak kenal, my sister's fren..ex-col dia dulu..
husband dia chef kt aussie, tp teror jugak si isteri memasak. rendang dia pun..fuhyooo..
my boss pun siap nak order for her future guest. ngeh3...
Haa itu kisah bulan lepas, sebelum puasa..kira turn aku dah lepas...





Tapi ni kisah department lunch bulan ni = August 13..
Turn kali ni my colleague- Ruby lak handle..
So she decided made it at Secret Recepi..
Voleh lahh..Menu ordered 1 day earlier..
Aku kalau kt secret recepi ni memang mati akai nak makan ape..
Last2 aku order mee kari je...


Dan diorang ada order blueberry cheese cake untuk August babies.
Sedapppppps giles.
Walaupun perut rasa macam nak meletop, tapi bila diorang serve je cake, abis la plak..hoho
Okay, abaikan gambar yang menaikkan ketembaman aku..aku pun tak tau mana datang lemaks2 tu. kahkah..



lepas ni kena la telan lecithin berbiji2. kehkeh..

actually ada lagi gambar ramai2, department aku ada dalam belas2 orang..but bahaya la nak upload sini banyak2..huhu

Mini celebration at taska murni ( Murni Childcare )

 Today we managed to accomplish Luqman's dream..
Okay bukan la dream sangat kan..but it is most of kids' dream la..
celebrate with kawan-kawan..
yup, memang hari tu dah celebrate kat rumah with family and frens..
Tapi ni we decided to bring cake and goodies to the play-skul..
Alhamdulillah, everything went well..it was a short notice because Luqman just came back after long holiday yesterday. Kebetolan birthday lak jatuh hari raya and sekolah ( taska ) dia closed for Raya Holiday. So I've planned to do it after back to school but I need to know how many kids we have to serve. Not to say serve the heavy menu lah. but at least to prepare for the cekedis, cake and whatnot..
So on Monday I did asked his teacher and the total kids is around 30..
So the plan is after work yesterday, we went to Tesco after Maghrib..
Hajat anak kecil ni, siap pesan a day before "umi tanya la cikgu, boleh tak umi masuk sekolah man?"
Wahh gitewww...

So this is luqman excited-ly with his football-cake-lah-sangat...
We bought from Kings sajer...murah and quite big for 30 kids..ok la sangat..



Besides cake, we bought some junk food like double-decker cracker, air kotak, coklat, gula, well..rasa mcm banyak plak letak dalam 1 party pack. FYI, party pack tu pun kitorg bagi yang plastik 'terima kasih' tu je.. HAHA. gila jimat.
Ye lah, plan asal nak letak dalam party pack yang betul2 tu, punya la mahal. At least to me la..
The most importantly, we want to make Luqman happy.. Potong kek dengan kawan2, bg makan sikit2..so bukan merepek2 mahal2. huahuahua... budget pun kena kira jugekss

So the plan went well. This is something between the budget. The cakes, the junk food, drink etc...
With the little budget also can make Luqman smile very the sweetttttttttttttt....

Luqman looking at his teacher preparing the candles...


Luqman dengan signature pose dia di mana lensa di halakan. hehehe..
He still remains like that among his frens...menten tetap menten. huahuahua


Menunggu kek disediakan


Hajat tertunai apabila umi sama2 memotong kek dengan luqman..senyum lebarrrr luqman...

When they were singing along together..so sweet of them..


Phewwww..finally, tercapai hajat si anak.. walaupun kecil tapi harapnya bermakna buat si luqman. The happiness is count the most.. =)
Thanks to his teachers for allow us to celebrate it even for only 10 mins !

Drama-king ever

 Dialog 1: "wah comey je umi dan abang bergambar.."

Dialog 2: "cepat la turun bangg...bagi chance kat umar pulakkk!!"

 Dialog 3: "Umi please umi..it's my turn umi..."

Sekian...seloka di hari raya ^_^

August 19, 2013

Isteri yang bersalah


Tajuk taknak KALAH. huahuahua...

Entry ni dedikasi khas buat suami tersayang...

Semalam hari lahir suami (18.08) yang ke 3* ( opss ) tapi boleh pulak si isteri ni tak wish tepat jam 12 malam.
Keesokkan hari baru nak wish..itu pun setelah tengok handphone ade message dari husband. uwaaa..
Actually nak kata lupa terus tu tak jugak. Sebab on 17th night tu memang dah ingat esok birthday dia..
Tapi bila dah tengah malam, waktu nak menidurkan anak2, selalu macam2 hal..
Ada masa kita boleh hadap hp tengok message2 whatsapp ke ape..
tapi nowadays Umar dah bijak skit. pantang kita pegang handphone, dia akan mulakan drama untuk main handphone jugak.
So di situ lah bermula edisi terlupa. uwaaa ( again )
Punca sebab surukkan handphone malam masa nak tidokan anak..
Nak menidurkan anak macam2 drama. sorang melalak nak ipad..sorang melalak nak air..baru 2 orang anak. ahaks..
So agak2 tido pun macam lewat, esok pagi subuh pun bangun sambung tido balik.

Rasanya kul 11 baru tercari kat mana handphone..terus dup dap tengok message husband pasal birthday tu. heheeee..

Anyways, bende pun dah lepas. masakan aku sebagai isteri boleh lupa hal sebegini. cuba dia lupa birthday aku, mau sentap 10 tahun. huhuhuhu...

So my wish for him..

Semoga terus menjadi suami, daddy yang hebat kepada kami anak beranak..
Diberkati usia, dipanjangkan umur dan di murahkan rezeki..
Doa umi semoga keluarga kita sentiasa bahagia di samping anak2 yang comel dan bijak =)

Belum terlambat untuk mendedikasikannya..

Yer...aku harap entry ni belum terlambat untuk aku dedikasikan nya buat anak disayangi...
Yang baru saje menginjak ke usia 4 tahun..
Pejam celik,dah 4 tahun aku jadi mak budak kan?
Tak percaya dengan kemampuan sendiri.. Tapi Allah beri peluang ini dan seharusnya aku bersyukur..
Pinjaman sementara ini harus ku hargai sangat2...

13hb Ogos lepas adalah harijadi luqman...
Memang ada la perancangan untuk cake cutting skittt..kecik2 je...
Sebab budget pun agak lari bila time raya dan roadtax mati time2 ni jugak.. tapi hajat tu tetap nak realisasi kan impian si Luqman. kecik pun kecik lah...

So we invited close family members and frens. Tak besar..budget dalam 50 orang..
Jadi lah..no specific theme, just bought a car-theme (again) cake dan food for guest. Mee kari, mee hoon dan mee goreng ( HAHA geng mee semua, senang ). besides kuih raya, kek lapis dan kerepek.

So bawah ni adalah gambar luqman dari umur setahun sehingga EMPAT tahun.

Fuh ni buat kira post-birthday party. umur setahun tapi tak memahami erti CELEBRATION. Omak je lebih. tengok rupa emak eh pun mcm tak ready dengan berminyak dan longot. Ni pun consider open house cum birthday celebration..

This is him at 2 years old. Pagi2 dah siap nak pi shopping birthday present katanya... masa 2 tahun menurut perintah je. mandi pun tak banyak songel. hihi

This is luqman 3 years old. Cake cutting kat rumah after work je. Daddy kan keje jauh. selalu takde di tempat kejadian. huhu

This is latest Luqman on 13.08.2013 malam aritu. A small celebration for him. He is sooo HAPPY with that!! SANGAT2...ni gambar yang daddy ambilkan. so daddy is always not in. HAHA

Ok harapan semoga Luqman jadi anak Soleh, Abang Penyayang, Baik, Bijak, Cintakan Ilmu, Tegakkan agama, Hormat orang tua, jadi pemimpin hebat dan dihormati. Berjaya dunia akhirat. Amin


August 15, 2013

August 6, 2013

Semua pun dah ke laut dalam..

HAHA..gitewww..
aku perasan sejak bulan puasa ni, aktiviti blogging agak berkurangan.
wah kalau dek sebab amal ibadat yang berganda2 tu, Alhamdulillah..
Tapi apesal aku kurang menulis?
Idea tak ade
Gambar tak ade
Mood tak ade
KEHKEH

So tinggal lagi 1 hari je berpuasa ( minus today )
Tahun ni InsyaAllah full lagi puasa.. YAYY
masuk tahun ni, dah tahun ketiga kot aku full puasa

2009 - aku bersalin few days before puasa
2010 - belum di datangi bulan mengambang dek sebab BF
2011 - aku pregnant si umar
2012 - belum di datangi bendera jepun jugeks
2013 - pun belum di datangi bendera jepun sejak lahirkan umar.ha kauuuu

Tuhan bagi peluang lipat gandakan pahala, tapi ko buat bodoh jugak tak tau la nana oiii..
Aku harap kita semua dapat keberkatan bulan Ramadhan ni..

Alhamdulillah, en suami dah pun pulang beraya ahad lepas..
So skang ni iols je masih bekerja.
Almaklum kerja pun di kampung halaman..gitewww..
Nak balik kampung pun anytime leh balik. Malah hari2 boleh balik, tak payah tunggu raya.
So no issue nak bercuti awal2 dek non.. ko nak kejar ape kan??

so esok baru start cuti, itu pun cuti FREE yang company memang bagi ( selamat cuti den )
So sambung la cuti minggu depan 3 hari. kenapa 3 hari?
Aku ni cuti semata ikut en suami je. dah encik suami cuti, aku cuti la sedaya mungkin.
Tapi cuti dia banyak, tak dapat la selagi dia cuti, aku pun cuti kan.
Agak-agak yang boleh cover, aku cover. Ahaks

So 3 hari 12-14hb ape plan pun tak tau.
Yang aku tau 13hb tu adalah birthday Luqman yang ke-4
Sambutan?
Semua orang pun berhajat nak buat majlis kan..
Tapi kooo..masa ni la raya, masa ni la nk mejelis, masa ni la insurans kete mampos. uwaaa..
Dulukan yang mana penting, ada bajet lebih kita buat yerrr..

So uolls, beraya mana? Jauh??
Okay pada yang pulang beraya jauh2 tu, pandu la berhati2..
Ingat wajah insan tersayang..
Semoga sampai ke destinasi..

Selamat hari raya
Maaf zahir batin
Walaupun kita tak saling mengenali, jika ada tutur kata dalam entry ni yang mengecilkan hati sesetengah pihak mahupun secara sengaja atau tak, ku pohon maaf jugak. 0-0 okayyyy..