July 26, 2013

Ramadhan ke-17

Hari dah pun masuk Ramadhan yang ke - 17..
Belum pun lagi berbuka dan bersahur bersama suami..
Semoga hubungan yang jauh mengeratkan kasih sayang kami.
Amin

<mood takde nak memblogging


July 12, 2013

No words can describe the feeling of..

...definitely.. Luqman!!

He just almost-turn-to 4 this August 13...

Tapi, dia punya perasaan..
yang sarat dengan kerinduan..
aku tau..dia rindukan daddy dia..
aku tau..dia nak jumpa daddy dia..
aku tau..dia nak bergurau senda dengan daddy dia..
aku tau..dia sentiasa mahukan kami berempat sentiasa..

kenapa aku tau semua ni?
macamana aku boleh baca hati seorang budak yang baru 4 tahun?

semua ni boleh di baca melalui tindak tanduk dan percakapan dia..

berikut adalah apa yang di gambarkan oleh luqman kepada daddynya..

1) "Umi, kita pergi KL bila daddy balik la yer..taknak la pergi sekarang"

2) "Umi, man tak nak tido umah kita. tunggu daddy balik baru kita tido ngan adik , ngan umi sekali.."

3) "Man nak pergi funfair, tapi sape nak bawak man dukung belakang?" ( hanya daddy dia je yang buat macamtu selalu. umi tak larat )

4) "Umi, call la daddy..man nak cakap2 ngan daddy"

5) Paling sedih sekali ..malam tadi dia minta handphone, nak wechat kat daddy. aku pun tak monitor apa yang dia cakap kat daddy dia. Tapi aku pesan, jangan pandai2 wechat orang lain. so dia faham. tak lepas tu aku tengok banyak gila dia wechat kat daddy. So 1 of conversation dia adalah:
"Daddy, balik la cepat naik kapal kebang, balik la cepat naik teksi, jumpa wan, jumpa umi..jumpa man, jumpa adik"

I can't help but crying... T____T

Daddy pun sedih nak..
Daddy pun nak nangis dengar wechat tu..
InsyaAllah raya nanti daddy balik yer nak...

Bonding between son and father ( gambar puasa last year ...)

July 11, 2013

Iklan: Get Clean Home Product by Shaklee

OMG!!




Link
http://www.abowlfulloflemons.net/2013/03/green-makeover-under-the-kitchen-sink.html

I'm so proud. heh!

I found something from this awesome blog.
She's been using this "Get Clean" product from Shaklee..

Yes, i'm using it too. best sebab lepas basuh botol tu, hitam2 karat tu sume hilang. zasss.. HAHA

dan yang penting, ianya selamat dan murah jugak.. ! hehehe
sebenarnya dah banyak kali nampak Get Clean home product ni dalam website organizing omputih. ni baru rajin nak capture huhuh

The Shaklee Difference


Safe
Nontoxic
No toxic fumes
No hazardous chemicals
Fragrance free
Mild on your hands
pH balanced
No chlorine

Powerful
Tough on grease Ultra–concentrated – 16 oz. makes 48 gallons
Doubly concentrated vs. original Basic H – use only half as much

Green
Natural sustainably sourced ingredients – derived from corn and coconuts
Biodegradable
No phosphates
Recyclable packaging
No dyes
Safe for septic systems and gray water


Sorry iklannnnn...


Cheeky boy - Umar




Kalau pergi tesco ke giant.. nak beli barang2 keperluan mesti kena bagi umpan.
contoh macam vitagen ni.. kalau tak, marathon laaaaaaaaaa...


Error or something wrong?

Sape ada problem nak tulis new entry?
Aku rasa sejak last week kot, bila nak tulis, cursor macam tak jumpa kat content box ni..
Ehhh ko nana, cakap bermasalah, tapi yang ko tulis amende yer tak??
Errr...aku pn find out dengan cara tekan box "insert picture" tu dulu, pastu baru boleh aku mula menaip..

Peh tu, nak edit mesti macam aku takleh sesuka hati nak pakai cursor..aku kena guna arrow atas bawah tu untuk turun naik edit. senang cita guna keyboard je pergerakan aku tu baru boleh aku gi ke previous words yang aku nak edit.
Tak ke ko rasa leceh?

Pastu let say ko dah publish pun gitu, bila nak edit balik, aku nak cari cursor mula menulis tu, aku kena click kat 'insert picture' balik, baru kuor cursor tu...

ke aku je problem?
dulu penah jugak, asal nak post new entry je mesti macam tak kuar untuk insert picture..
contoh nak browse from computer tu. button tu tak active..err ke aku sorang je?
blogger ni selalu tauuuuuu...orang tengah semangat nak post entry, ko buat hal..cehhh bende free ko lagi banyak komplen kennn...
pehtu baru jadi blogger hangat2 taik kuda, dah membebel. kuikuikui

ye lahhh..ko ingat senang nak idea cari tulis blog? time aku semangat ko buat hal..sah2 la aku hanginnnn

#sape geng aku?

July 10, 2013

"Kalau aku kaya"

Salam Ramadhan to all readers ( silent )
Semoga bulan Ramadhan tahun ini kita dapat lipat ganda kan ibadah... ameen

So berbalik pada tajuk..
Kalau aku kaya?
Tamak ke aku?
Tak bersyukur ke aku?
Jangan cepat melabel aku dengan tajuk tersebut yer...
Aku tak kata duit yang sedia ada sekarang sedikit dan tidak mencukupi..
Cukup..cukup untuk kami anak beranak makan, bayar bill, hutang piutang, bagi mak2 dan berbelanja selebihnya..
Tapi kenapa aku suka dengan lirik "kalau aku kaya" ni?
Jangan terlalu kecilkan pandangan kita..
Walaupun aku kata duit yang aku ada sekarang mencukupi ( tidak berlebih2an pun )..
Tapi aku tetap buat bisnes ( Shaklee )
Teringat perkongsian Iffah pasal kekayaan..
Tak salah untuk kaya jika..

..kita dapat menggembirakan orang dengan kekayaan kita
..kita dapat berkongsi dengan yang memerlukan dengan kekayaan kita
..kita dapat membangunkan institusi orang islam
..kita dapat menolong orang yang memerlukan

Salah ke kaya? Ujian tetap ada asalkan kita sedar kekayaan itu adalah milik Pencipta.
Dia yang memberi..beri pada kita sebagai perantaraan untuk kita bantu orang sekeliling kita..
Jadi tidak salah aku buat bisnes Shaklee ni..
Teruskan dengan niat, doa yang berterusan dan usaha tanpa jemu..
Jatuh bangun itu normal... bangun dari jatuh itu juga adalah sesuatu yang biasa kita dengar..
Semoga kekayaan tidak membuatkan kita alpa..
Gembirakan orang lain dahulu , maka Allah berikan kegembiraan itu pada kita..

So jom layan lirik lagu "Kalau aku kaya"

Kalau aku kaya


Kalau aku kaya

[Altimet]

Aku nak gaya hidup aku berubah

Alangkah indah kalau dah tak susah

Jadi pemilik bukan sewa rumah

Makan tak habis minum tak sudah

Bil api air semua bayar awal

Tulis cek selamba tak risau batal

Masuk dalam bank semua melopong

Dalam akaun ada banyak 0 0 0 0 0


Dan kalau aku mampu

(jangan pening kepala, Aku betulkan semua lubang atas jalanraya)


Buat suka hati aku

(Kamu tak perlu risau, Aku beli semua pokok janji bumi kekal hijau)


[Awi Rafael]

Kalau aku kaya

Hari hari hari raya

Bil-bil jiran keluarga

Aku belanja selamba

Kalau aku kaya

Aku beli segalanya

Bungkuskan semua

Hadiahkan pada mama


Kalau aku kaya (kalau aku kaya,kalau aku kaya)

Kalau aku kaya (kalau aku kaya,kalau aku kaya)


[Altimet]

Aku gajikan driver

Nama dia Schumacher

Dia panggil aku sir

Aku panggil dia der

Der, tolong hantar mak aku pegi pasar

Belikan nasi lemak

Boss engkau dah lapar


Aku belikan Kim K, kain lebih

Pesan dia tolong tutup aurat, terima kasih

Beats by Dre

Next beat by’Ye

Tiap show pakai J’s

Hypeman aku Jay

Biar aku belanja, subsidi gula

Korang kena kencing manis tanggung rawatan semua

Pening apa semua benda aku yang sponsor

Kalau korang takut trafik kita naik helikopter


Dan kalau aku mampu

(jangan pening kepala, Aku betulkan semua lubang atas jalanraya)


Buat suka hati aku

(Korang tak perlu risau, Aku beli semua pokok janji bumi kekal hijau)


[Awi Rafael]

Kalau aku kaya

Hari hari hari raya

Bil-bil jiran keluarga

Aku belanja selamba

Kalau aku kaya

Aku beli segalanya

Bungkuskan semua

Hadiahkan pada mama


Aku beli serba satu (Heh aku beli dua)

Eleh aku angkat lima (Wei aku borong semua)

Bagitahu jiran lama (Sewa mereka kami taja)

Dan kalau anak-anaknya geliga (Kita bagi biasiswa)


Bila aku kaya

Bila aku kaya

Bila aku kaya

Bila aku kaya

Kaya,kaya


Bila aku kaya

Hari hari hari raya (hari-hari ha ha)

Bil-bil jiran keluarga

Aku belanja selamba (rileks-rileks semua aku belanja)

Bila aku kaya (Yea)

Aku beli segalanya (semua)

Bungkuskan semua (ha ha)

Hadiahkan pada mama (mama nak apa)


Bila aku kaya (Kita bukan pergi kedai kereta beli kereta)

Bila aku kaya (Kita pergi kedai kereta beli kedai kereta)

Bila aku kaya (bila aku kaya, bila aku kaya)

Bila aku kaya (bila aku kaya, haih bila lah nak kaya)


Kalau aku mampu

Buat suka hati aku



kita ambil yang positif dari lirik ini, cuba jadikan sebahagian daripada mimpi kita... Mimpi ibarat doa, ia mampu jadi kenyataan..   So sape setuju dengan pendapat aku?? ..yang tak setuju aku tak kisah.. aku sentiasa positif =))

July 8, 2013

TOLONG beli kan..

UPDATED

Dah dapat beli!! YAYYY...
Thanks to my frennnnnnnnnnn...
Nantikan transformation of my DIY kaunter table. kuikuikui

========================================================

Entry berbaur rintihan. KAHKAH
Okay aku saje cuba nasib..
Kalau ada rezeki aku, orang nak tolong tu..terima kasih sangat.
Tapi kalau takde, tak mengapa..

Siapa yang nak pergi IKEA tu, boleh tolong pesan beli 1 bende ni tak..
Aku ni takkan ke IKEA kalau husband tak ade..
Tambah lak aku tinggal di luar KL, yakni Seremban.
Nak drive seorang diri menuju ke KL, Ikea to be specific, once in the blue moon - lom tentu terjadi.

Aku nak sangat beli benda alah ni tapi hari tu dah pesan ngan kawan aku, tapi dia pergi dah lewat sebab siang tu ada hari sukan katanya..bila pergi dah malam...dah kelam kabut, tak sempat beliiiii..
IKEA dah tutup. Uwaaaa....!! - gedik ko nana
Ok bende alah ni kecik jer..tinggal nak pasang jer...
kalau aku tunggu laki aku, dah raya nanti baru laki aku balik..
Walhal aku nak assemble bende ni sebelum raya. Ngeh3..
Apesal aku tak beli dulu? Tak jumpa dan tak tau nama masa tu!!!
Kalau aku tau, sure aku dah beli dah kan..?

So agak2 sape rajin ke Ikea dan belikan untuk iols?
Beli dan pos kan? Or kut2 ada yang balik kampung di Seremban ke hujung minggu. Ngeh3 perasan la ko nana kan orang nak ikut cakap ko jerrr

Ni lah bende yang aku cakap tuuuuu

FREE and EASY

..lah sangat nana oiiii!

actually hari ni kerja macam biasa ( walaupun hati tu mcm dirobek2 untuk menarik kaki untuk bangun dr katil muahahahaha)
tapi mengenangkan rugi tak datang hari ni. ku gagahi jua pergi kerja.
eleh ngade2 je lebih. padahal ape alasan aku untuk malas ke tempat kerja?
jaga anak? satgi ko tido je pun nana. asal anak tido ko pun tido. ahaks!

lagi hari ni SAP system down. SANGAT LA RUGI KALAU CUTI. hahahhaa..
ini bermaksud kerja adalah TERHAD. LIMITED. ko tak leh access system, ko rajin2 lah call supplier je.
beramas-mesra. =P

okay supplier pertama aku dah call. NUN JAUH kat AMERIKAAAA sanun...setel.
bukak blog..baik aku menceceh kat sini. HAHAHA
nak cerita banyak bende tapi satu2, simpan untuk entry2 yang lain..

benda pertama aku nak cite, kisah hari sabtu lepas..
Hari sabtu lepas adalah hari penyerahan prestasi luqman. PRESTASI la sangat. baru 4 tahun kot =P
So aku pun bersemangat nak pergi hari sabtu tu, tapi aku lupa pukul berapa start. Yang aku ingat habis pukul 12 tghari mcmtu. So pukul 10 pagi aku gerak. Tapi aku macam tak berapa yakin kat Dewan mana dia buat. Sebabnya sampai2 di situ, aku tengok macam takde orang. Aku siap pergi kat taska dia semula which is jauh la dari kawasan tu untuk cek semula kat mana lokasi sebenar, masa dan tarikh. Muehehehehe..
Eh tapi betul lah hari ni, waktu ni ( cuma dah start dari kul 9 pagi ) dan lokasi pun betul dah. aku pun patah balik ke Dewan tu. Rupanya sebab cermin gelap, agaknya ramai parents dah datang lebih awal, tinggal berapa kerat je yang tengah dalam konsultasi . HAHA
Ok teruja jugak nak tahu prestasi/perkembangan anak aku di taska. Nakal ke dia? Slow learner ke dia. Ye lah, kadang2 dari mata kasar kita, dia normal seperti kanak2 lain. Tapi mana tau di taska ( aku biasa panggil sekolah ) dia jenis ketinggalan dalam kelas ke. Who knows? I want to know the fact. D.E.B.A.R
so tibanya aku ke sana, cikgu luqman pun keluarkan file dia. Wahhh kemain lagi debaran aku memuncak. Eleee...file je pun...nak tengok hasil kerja dia..nak tengok ape perkembangan dia, pergaulan dia. ko yang hover debar kan? hahahhaha
ALHAMDULILLAH, SEGALA PUJI BAGI ALLAH.. Luqman made me proud.
Tu jer lah yang aku boleh kongsi kan. taknak la lebih2 nanti orang cakap aku UP anak sendiri. semua pujian adalah milik Allah yang memberi pinjaman kepada aku. aku hanya mampu panjatkan syukur pada Allah. Semoga akhlak dan akademik seiring sehingga dewasa kelak. Tapi bukan bererti aku boleh goyang kaki dan senang hati...
Ingat, luqman masih ada adik yang sudah tentu cabaran dan karektor yang berlainan.

Huhuhuhu... so itu kisah hari sabtu. hati berbunga2 je sepanjang hari. ( macam tu rupanya perasaan seorang parents terhadap anaknya..)

So kisah hari ahad...aku ada rancangan lain berkenaan aktiviti social bersama group Shaklee ku.. huhuu
Alhamdulillah dapat jugak aku bertemu dengan group2 Millionaire Wifey dan jutawan yang lain... Tak ketinggalan jugak aku dapat dengar perkongsian para Masters tentang perit jerih diorang bagaimana untuk berjaya. Korang jangan la rasa bosan cerita MLM aku ni yer... Walaupun kadang2 ada orang memperlekehkan kisah MLM, tapi apa yang penting, setiap kisah itu ada positive pointnya... kadang2 dalam hidup kita ada up and down. So kita perlukan cas positif untuk boost spirit kita tu. So perkongsian mereka amat aku hargai. Paling aku bangga, Iffah ( MIA ) kenal jugak aku walaupun itu pertama kali bersua muka. Ingat fullname lagi.. cuma tak dapat bergambar bersama. Tidak ketinggalan, aku terharu dapat berjumpa dengan very humble millionaire - Kak Cery ( PMC ). She's 6 digit earner, but very humble. She doesn't need all the luxury things to cover her. Tak perlu nak tayang all the designer handbag ( mesti la ada 1-2) to become like what she is now... Everything is comes from Allah. I'm proud to be part of Jutawan Group because it improves my personality in term of knowing who we are in the view of our Pencipta. Subhanallah... terasa diri kerdil dan semuanya pinjaman semata. Tidak salah untuk menjadi kaya, asalkan kekayaan itu untuk kita kongsikan kepada orang yang memerlukan. Mungkin dengan kekayaan itu, kita dapat menggembirakan hati orang lain. Semoga satu hari aku jugak begitu. Jauhi riak dan bangga diri kerana semuanya milik Allah. Tanpa izin dariNya, kita takkan ke mana2! ~ sebak-

OK stop bebelan ku pada hari isnin untuk liputan cerita hujung minggu. Muahahaha..macam ko heran kan? Tah2 ko hujung minggu ke Paris, London...haku? aku tetap haku, bersyukur dengan setiap apa yang diberikan oleh Tuhan bila aku memandang di sudut yang lebih perit.

Sorry entry dah berunsur tazkirah. muehehehehhe

So ape kisah hujung minggu korang?

July 5, 2013

T.G.I.F

July 2, 2013

Dekorasi : Little transformation

Just a little changed

Ape yang berubah? Hanya lamp shades tu jer...
Oh abaikan kaki meja telefon yang macam  berkaki kuda tu hokey. HAHA
Alasan - nak cari cover dia, malas cat abis sebab tak alas pun ari tu. Muahahaha ( dasarrrrr la koo )

So konsep nak DIY lamp shades memang tak kesampaian..
Ingat nak beli lamp shade ala-ala owl, nak kasi sama gambar kat frame. TAPIII..rasa hover. terkojut mak den nanti. HAHA

Sejarah lampu ni memang lama. hadiah masa kawin dulu dari sahabat baik sejak sekolah.
Dari duduk di KL sampai pindah ke sini. Dari rumah sewa kat KL ke Seremban ke rumah sendiri, hangkut ajer lampu ni. Tah la, selalu jadi bahan hiasan gitu je..nak tohok sayang. So display ajer lah..

Sekali tengok OK jugak ek splash red color ni.. ( baru aku perasan macam okay )
Tapi konon-konon ko sumerrr nak putih kan Nana?
Hambik la putih sangat ko tu..sampai bila tah...sampai aku muak! ahaks =P

So ni sebelum lamp shades di tukar..

So ini gambaran setelah di tukauuuu... tak outstanding punnnn..tapi ko nak sangat ALL-WHITE kennn.. bagi la aku merasa kejappp ala2 english. Muahahahha

Dari sudut tepi ..err ko nampak ke dinding aku yang ala2 macam berlobang tu?? panjang cerita.. tapi nanti lah, malas nak cerita kat sini. kata ko nak tayang lamp shade ko ni sangat kan..Hahahaha..


Sebenar konsep nak menukar lamp-shades dah lama dah terfikir.. tapi takde la putih semata macamni..
Tapi disebabkan hari tu masa pegi Ikea harga dia macam boleh la mampu milik..aku rembat je pejam mata. Errr..satu dalam RM39+ kot? Jadi lah kan....

July 1, 2013

Susun atur: Laundry area

Dulu aku ada up kan gambar laundry area aku..berkait rapat dengan susun atur penyapu sume tu.. nampak tak gambar bawah ni..penyapu aku selit2 je kat hujung rak tu.. yang berbidai tu adalah pintu sedia ada diberi pemaju. Kira ini ruang yard umah kitorang..umah ni memang end to end takde tanah. So pintu macam grill pengganti pagar rumah di belakang. Haaa.dapat bayangkan tak? Bukak2 je grill ni dah tangga dan jalanraya belakang rumah. Kira dari tempat yang aku amik gambar ni adalah pintu dapur. Bukak je pintu dapur nampak yard ni dulu, selari dengan dinding rak tu adalah toilet di tingkat bawah...jadi macam toilet tetamu la kan? Tak dapat bayangkan? Takpe...abaikan :P
Ramai jiran2 kami terus tutup ruang yang terbuka grill ni. Asalnya dia dari atas ke bawah memang terbuka je.. kira jaring-jaring je. Tapi kitorang mintak jasa baik brother pasang grill tu untuk cover bahagian bawah. Yes, saje mintak bahagian bawah saje. Orang lain cover semua. Pendapat aku, panas dan gelap kot rumah/dapur aku kalau tutup semua. At least kalau aku buka pintu dapur selalu, dan naikkan blind tingkap dapur, terang dah dapur aku. Ni kalau segalanya tutup, dah la gelap, PANAS kot? Itu pendapat aku. Dan aku tak rasa menyesal kekal macamni walaupun majoriti rumah di sini semua buat lagi 1 lapis plate untuk cover grill ni. Plate dalam bentuk sliding but on top of this grill. We both, agreed to let it be like this. More natural light in the house :)

So ruang ni memang di manfaatkan untuk laundry area sebab ada di sediakan ruang menyambung paip, lubang untuk hos..dan memang muat untuk laga-laga punggung. HAHA.. So we installed the wall-rack. Jadi la macam tu. untuk letak sabun out of children reach.. penyapu segala sendal je tepi tu....
Oh to cover our activities there, bidai beli siap dari tesco mampu untuk menutup segala pergerakan dalam rumah kami dari toilet ke dapur dari pandangan jiran di belakang rumah. Ok I know this is the purpose they made the full covered door. Tapi macam ni pun ok what? save cost lagi ..hehe

Tapi keadaan ni masih nampak serabut dan not so-organised :P

Since dah beli broom organizer, penyapu dan scoop tidak lagi kelihatan di situ... Nampak frame tu? Itu sebagai penyeri bak kata orang. At least to me.. I have another wall art yang di print sendiri. Tapi belum ada frame nya..or i have to say ,terlalu tamak rasa nak letak dua2 frame tu di situ, lalu rasa nak hold dulu. mungkin nak paste je kat dinding belah washing machine. hihi..

Kerana keserabutan tengok keadaan di laundry area ni..last saturday masa duk sibuk closing di HQ Shaklee, kitorang pegi la Ikea. Actually plan nak pegi HQ dulu tapi fikir sure ramai gila orang..So we went to Ikea. Rupanya tanggapan ku silap..orang tetap ramai. pfftttt -_____-
Di ikea aku sempat la merempat few items untuk accomplished aku punya immaginary-laundry-corner. Simple yet sedap mata memandang. Yer, I know still a lot of things to improve =P
Nampak lebih kemas? Frame tu di tinggikan sedikit. Bekas kat bawah tu letak berus, sabun serbuk..letak la artificial pot satu. Bunga di kekalkan. While barang yang tak perlu telah di pindahkan ke ruang sepatutnya ... Rak kecik setingkat tu beli dari ikea jugak. Menyesal tak beli size besar sikit tu, boleh jadikan 2 tingkat - wah tamak ko nana kan?? huhuhu

Ini dari sudut tepi...

Nampak tak apa ada dalam bekas tu? Sabun dan berus dan ada la klip2 yang untuk di guna pakai...

Ini pulak gambaran dari arah pintu bilik air tetamu yang di ceritakan tadi. So sebelah mesin tu la pintu dapur yang di katakan. Broom organizer di pasang di belakang pintu dapur tersebut. Ha giteww... Baldi yang penuh dengan hanger letak bersebelahan...pakai bila perlu.. Masih memikirkan idea untuk hide those things. Semak mata... Mungkin perlu fikirkan idea terbaik di bawah rak dinding tu. Yer , laundry bag memang ada. tapi tak letak di situ. sebab rasa tak cun. Hahahah.. tunggu la bila idea datang, akan di perbaiki... ^_^

Korang nya laundry corner mesti lagi dasyat kan? Ini je idea boleh dilontarkan sebab ruang adalah terhad..

Susun atur: Broom organizer

Ingat tak pasal broom organizer yang aku duk cari itu hari?
Ada aku ceritakan di entry ni...
Aku yang kurang menyelidik, dah pun beli 2 set dari groupon..
Walhal ada je jual kat cosway, jauh lebih murah pulak tu..hohoho.. ah abaikan -___-
So minggu lepas aku pun dapat la broom organizer tu..
Tak sabar2 nak memasangkannya..nak bagi kemas skit..SKIT je pung... ;p
Mujur jugak en suami ada bercuti, so tugas dia untuk tolong memasangkannya...
Satu di pintu dapur, satu lagi di bilik air tingkat atas. Tapi bilik air no 2..senang tak payah nak turun naik kennn...

Lebih kemas kan??? Anak aku pun takde la sikit2 nak "tolong" sapu je kejenya .
Layannnn..........skang kalau dia nak amik penyapu tu, macam sampai kat bulu2 nya saje. hihihi