June 28, 2013

Jual beli rumah

Sorry lama sangat sunyi sepi blog ni..
Bukan takde idea, tapi aku tak cukup gambar nak share ngan korang..
So sementara nak tunggu gambar2 dan projek2 home decor ke, organizing ke ..sume tu selesai..sesekali kita bercerita topik lain sebagai selingan untuk serikan sikit blog ni. HAHA..seri la sangat kan..

Aku tengah buntu...nak jual ke or nak keep for another year..
OK, cerita dia begini.
Aku memang ada rumah lagi 1, yang mana adalah low cost je..umah tu aku beli masa mula2 aku kerja dengan gaji 2k sajork!
masa nak beli tu takut2 jugak..dah la takde saving..tapi mak aku beria la nak suruh jugak beli..
dia cakap biar kecik, tapi ada rumah..huhuhu

so aku yang menurut perintah, cuba jugak lah submit loan..
dah la first house, walaupun masa tu kereta pun lom ada..
tapi ko ingat senang nak lepas? muahahhaa...
komitmen takde la lagi susah dia nak bagi pinjam..
tapi alhamdulillah, lepas la dengan 100% loan. GILE. kehkeh
tapi rumah tu murah je. dalam 40k..

Ok cerita beli rumah dah selesai..
sejak dari tahun 2006 sampai la kini...sejak dapat kunci, memang rumah tu sentiasa di sewa..
ada la sekali masa dalam proses pindah dari KL ke Seremban, aku mintak penyewa keluar sebab aku nak masuk rumah tu ( sementara ) sebab nak letak barang kan. huhuhuhu
So lepas pada tu, memang sentiasa di sewa..
Kira hutang aku pada bank 200+ je tercover oleh penyewa..
Takde la rugi ape pun kan beli rumah gitu?
Cuma market kat seremban sangat la low...
Dah masuk tahun ke-7 umah tu, aku beli 40k, ada ke market ( ikut kajian di mudah.com ) dalam 55-60k??
Sadis mengenangkan keuntungan  yang ciput, aku hold dulu nak jual..
Tapi aku iklankan jugak rumah untuk di jual ( saje test market ).. aku letak dalam 65k ( nego )

Baru sehari letak, dah ada orang call...
Baru kejap tadi agent lak call..
dia kata ada buyer nak beli dengan harga 55k..0_0!!
Tak tolak komisyen dia lagi..jadi berapa je aku dapat ( berbau TAMAK di situ )
so aku pun refer pada en suami ( wajib ) dan dia tak SETUJU!!
Yer, itu memang rumah aku sorang, tapi pendapat/perbincangan dengan suami tu perlu.
Ape2 jadi aku mintak tolong kt dia jugak. kan? Redha suami tu perlu..-____-

So skang ni aku buntu...perlu ke aku tunggu lagi walaupun aku tau market kat situ sangat la SELOW..dan just sewakan bulan2 sebab takde kuar modal punnnn...
or aku bersifat ala kadar je, asal terjual sudah. amik duit tu, labur ke tempat lain...?

Apa pendapat korang?
Aku kebuntuan..nak jual or biarkan??

Gambar adalah layout umah aku tu...saje nak letak sebab entry tak bergambar,
rasa macam SESUATU..-____-

June 20, 2013

Sessi taaruf anak-anak ku..

Assalamualaikum semua..
wah mood aku arini swing sikit...
lepas satu-satu hal dan masalah timbul..
Alhamdulillah, pe'el si luqman dah kurang skit nak ke sekolah.
Cuma pagi tadi ada jugak angin tak nak ke sekolah..
Dah ku tepuk montot..marah..baru jalan. hangin pulak rasanya hari ni. uwaaa..maafkan umi yer sayang..

Ok sessi ta'aruf anak2 ni bukan ape. Blog ni dah lama pun wujud..sejak aku zaman lom kawin.
Sejak beranak 1, terus sepi..
Lepas tu sambung anak no. 2..sepi jugak. tenggelam timbul.
Tiba2 cerita pasal anak..
Tiba2 plak nak aktif berblog semula. macam dah takde keje aku ni kan? =D
So mesti pada kenalan baru, aku nak la perkenalkan sikit latar belakang aku kunun HAHA
macam ada yang kisah ek? =P

SO meh nak kenalkan anak pertama aku..

Luqman Ichiro b. Mohd Shukry
Lahir pada 13hb Ogos 2009
Raya ni genaplah 4 tahun kelahiran putera pertama ni.
Manja toksah cakap lah..membesar banyak di tangan nenek ( mak aku )
Segala apa nak, insyaAllah akan di tunaikan. Tak umi dia ni, wan dia or makcik dia la kan..aduiii spoill
Lahir secara pembedahan sebab di sahkan breech baby.
Memang breech dari awal kandungan sehingga la 38 minggu
Lahir di hospital Tuanku Jaafar Seremban, kul 9.50 pagi keluar :)
Membesarkan dia setakat ini, tak banyak songeh.
Masih boleh di bawak berunding, ada masa kasar ( pada adik dia ), ada masa jadi mangsa buli ( di sekolah ). Kesian anak umi.
Di taska dia agak takut bergaul. Memilih kawan, dan kurang gemar berkawan dengan budak2 yang kasar. He rather sit at the corner watching others. >.< YES THIS IS LUQMAN CHARACTER!
He actually really loveable, lembut hati, manja, but too dependent i must say.
Tapi selalu jugak tak nak mengalah dengan adik, ketuk adik, tolak adik because adik tak kurang jugak takmo mengalah. HAHA.
I do hope Luqman akan jadi anak yang soleh, abang yang penyayang, lembut dan baik budi pekerti ..berjaya dunia akhirat!

Bawah: Gambar masa dia baru 3 tahun, tahun lepas..ikut umi ja ( kakakku ) pegi event kt sekolah


Bawah: pic taken somewhere in Langkawi early this year.



Meh nak cerita si budak  banyak akai, anak no 2 aku. HERO jugak.

Umar Qayyum b. Mohd Shukry
Lahir pada 31hb Dec 2011
Haaa anak penutup tahun, memang betul2 mencabar nak lahirkan si umar
Terlalu banyak kenangan, cabaran masa aku mengandungkan si umar sehingga nak lahirkan dia..
Kehadiran dia dalam perut tanpa di duga. Aku siap pergi buat xray sebab yakin tidak pregnant..
Sebab aku ada jugak buat UPT sebelum tu, -ve je..
Tapi few days after Xray baru buat UPT balik..waa laju ko naik +ve..
Tapi umar betul2 pembuka rezeki keluarga kami...
Tahun 2011 masa mengandungkan umar, banyak rezeki yang tak diduka hadir dalam keluarga mini kami..
Syukur, walaupun kandungan tak di duga hadir saat kami mengalami financial problem, tapi Allah dah janji, setiap anak dibawa bersama rezeki dengannya. SYUKUR
So melahirkan umar tu adalah normal yang PERTAMA bagi aku. 1 pengalaman jugak, 2 hari menanggung sakit di hospital Tuanku Jaafar Seremban ..akhirnya sempat jugak suamiku saksikan kelahiran si umar. Errr dia memang agak takut kalau bab darah2 ni..tp dia disisi aku untuk bagi semangat la..
Karakter umar memang lah berbeza dengan abangnya. Tak baik nak buat perbandingan anak2 ni kan..
Tapi realitinya begitu. Siapa biasa dengan sindrom child no 2 ???
Agak agressif.. lebih berani. Tapi lambat bercakap??? heran betuiii..luqman dulu cepat je.
Takpe2, aku sentiasa positif dan anggap ini 1 dugaan.
Umar lebih kasar berbanding dengan abg nya..kurang tolerate i would say..
Dulu bawak luqman merata kalau drive sorang pun tak jadi issue. Can sit silently dalam carseat dia..
Tapi umar? Bawak mengucap dulu..huhu..
Selalu aku tinggalkan je dia kat rumah dengan mak aku.. bukan tak nak bawak. Dah banyak kali cuba.
Hasilnya mengecewakan. Banyak membahayakan diri sendiri. Malas aku nak ulas panjang.
Tapi aku harap ini hanya bersifat sementara. Dia baru dalam setahun 5 bulan..mungkin akan lebih memahami di masa akan datang..

Bawah: ketika umar baru2 lagi setahun kot. lupa daa.. ni kat tesco dan dia memang suka nak lepas2 rayau2 sendiri. takde takot. HAHA


Bawah: Umar dan daddy, somewhere in Langkawi around early this year jugak..


Bawah: somewhere in Giant around last month kot.masa ni dia tak berapa sihat.



So dah setel sesi taaruf. Walaupun takde pun sape nak amik kisah. Tapi setidak2nya bila aku sebut luqman ke umar, orang dah dapat bayangkan siapa mereka. Mereka lah buah hati saya.. yang hari-hari jadi racun dan penawar :)) Love them both!!

June 19, 2013

Let it be..remain at this moment

Puas aku godek-godek..tak jumpa ruang komen tu..
aku try tanya kawan suh investigate mungkin aku sorang je ke tak nampak..pun tak jumpa jawapan..
So aku decide..biarkan ia begini buat sementara untuk mencari template yang sedap di mata ku..
nampak simple, tak berat..janji rajin nak menulis. kwang3..harap2 la.

so bila dah tukar template standard, nampak pulak ruang komen tu kang..memangggg!
tunggu mood aku sampai..baru aku nak share isu pasal anak, rumah dan dekorasi..eh tak lupa jugak bisnes shaklee ku. huhu

teaser:

Wall artwork yang aku print and tepek di dapur. tu jer penyeri buat masa ini..
tapi dapur berasap pun susah. hahahaha

June 18, 2013

Dekorasi: Get organized

Tengok tajuk, tak menahan. KAHKAH
Jatuh cinta tengok orang yang gila menyusun barang secara organized. Memang tabik and kagum habis. bab nak maintain tu memang mencabar. Takut semangat hangat-hangat taik ayam aje. hihihi..aku la tu :P

So lately memang rajin jenguk blog-blog omputih yang rajin bebenor menyusun segala tok nenek.
So teringat la kat rumah aku yang tak berapa organized tu. dan terus teringat penyapu, scoop dan errr.. berus toilet yang menyemak dalam toilet dan laundry section - lah sangat tu. SAKIT MATA. sebabnya sepuk je kt lantai corner tu. Bukak je pintu.. SAKIT MATA.

Dah la laundry corner tu memang corner habis. Bila di rosakkan permandangan dengan penyapu serta penyodok. Sangat lah tidak laundry section. HAHA
So aku pun pikir solution. Mungki aku perlu sediakn hook untuk aku sangkut penyapu dan berus ke hape bende berbatang itu di belakang pintu dapur. Apesal pintu dapur?
Sebab umah aku ni special skit. Bukak-bukak pintu dapur, terus ko nampak laundry section sangat tu. Err tak tau la korang boleh bayangkan ke tak. Tapi sekangkang kucing je terus ade toilet. Toilet ni terpisah antara pintu dapur. Kira yard aku tu la laundry section tu. HAHAHA
Aku tak sure ada snap gambar ke tak..tapi aku kena korek..
..ah takde pulak. USB cable plak tak bawak. Grrr...

OK lupakan la how it looks like. yang penting kecik je ruang tu.
So untuk menghindarkan pandang penyapu sekawan, aku nak letak hook.
Tapi hook pun macam tah ape2, nak kene tali kot bagi mudah di sangkut. Itu kira solution yang paling senang aku nak fikir. KETIKA ITU.
Tapi akhirnya terjawab bila aku merayau-rayau ke blog organizing di sini
Lepas tu dia link kan ke amazon web which i think, wow nak beli penyangkut penyapu perlu ke aku beli sampai ke amazon. *monyet tutup mulut*
So aku pun whatsapp group ex-UM, tup2 kawan aku cakap ade je jual kt groupon.
Ape lagi..berdesup aku pergi membeli dan membayar.
Hehe.. harap-harap puas hati seperti yang aku bayar. Macamni la rupanya..

aku beli 2 set terus. senang aku nak letak kat tingkat atas satu. hihi.. harap-harap selesai masalah SAKIT MATA aku tengok penyapu yang menyemak je kat corner tu..Barang akan dapat dalam bulan July nanti. dah dapat, dah sangkut..aku akan kongsikan kat sini, InsyaAllah


Nama dia wall-mounted Broom organiser. Agak-agak ada tak mencari macamni macam aku. ke aku sorang je ketinggalan. Hihihi.. Takpe, jangan sesat selama-lamanya sudah. :D

Updated:

Ok ni gambaran ruang laundry yang aku cakap tu. tak senonoh nampak kan?
Tapi kat situ aku nak letak Wall art skit and organize skit detergent tu. So tunggu outcome cun skit.
Oh pasar broom organizer tu. kesian sungguh aku.. tak tau pun cosway ada jual .huhuhuh


June 13, 2013

Hari raya bagi Shaklee

We call it - Hari Raya - hari meraikan kemenangan dan kegembiraan..
Yayy!!
Bonus day..
normally we also called it - syndrome every 14th - but why suddenly 13th??

Entah..tiba2 Shaklee baik nak bagi kita raya awal?
Eh..
Boleh la shopping sikit..
Seronok bila dapat duit tengah bulan yang sesak.
Dapat barang seribu dua, sape nak bagi?

It might look sooo little to others, but for me, it's something - BONUS - yeah, bonus to us :)
SATU RIBU DI TENGAH BULAN ITU BONUS HOKEY! If it's more, it's even better!

Let's celebrate!!

June 12, 2013

Dekorasi: Turqoise dan purple

Abaikan budak kicik tak berbaju tapi pakai pampers je tu..huhuh

Nak cerita pasal ruang tamu yang tak seberapa..
Baru2 ni, kitorang baru la berkesempatan beli tv baru dan install Astro..HAHA
Yer, umah dah masuk setahun, tapi 99% aku bukan tinggal sini.
Banyak tinggal di rumah mak.
Bila weekend, husband balik baru aku tinggal kat sini.
So nak kata dah complete, memang lah complete..
Tapi tanpa TV, aku boleh hidup..tapi anak aku tu, sangat la cranky..satgi kejap dah ajak balik rumah wan dia..
Bukan TV dulu tak ada..ada..adeh panjang cerita..
Senang cerita, TV tu ada kat rumah mak dan tak pulak sampai hati nak ambil semula bila masuk rumah baru..
Lepas tu pulak, budget dah banyak nauuu lari bila masuk rumah baru.
So, mengenangkan bukan pun tinggal kat sini..TV tu not a main point kena ada..
Tapi bila sesekali balik, boring jugak. umah sunyi. haih..
Anak pun asyik panas pungkok je ajak balik..
Eh dah meleret aku nak bercerita..tadi nak cerita pasal ruang tamu kan..

Ok, berbalik pada tv dan astro.
Bila dah install dan dah ada TV, ini bermakna, wayar2 tun tak dapat di surukkan lagi.
Puas la memikirkan cara terbaik untuk tidak sakit mata..
Dah tebuk belakang wall tu, so kemas la sikit..
Masalah berikutnya adalah cabinet  yang within your-baby reach. HAHA

Ko tengok..selamba je kan dia panjat dan berdiri gitu.
Lupakan la nak cantik ke ape..decoder tu pun, actually bahaya biar gitu..
Tapi no choice sebab cabinet kitorang bukan boleh suruk decoder and remotely from outside.
Kena jugak letak letas atas cabinet..
Tapi ko tengok..tak senonoh rupanya kan?
Pastu, kosong..kosong..kosong..

Any idea?
Aku ingat nak letak bunga, tapi ko paham2 je la..
sedangkan gitu pun si umar dah memanjat sesenang hati dia.
kalau ada pasu sebijik maunya..pang!!! jatuh berderai, seperti gugurnya air mata nanti..kauuuuu..

tema setakat setahun ni belum lagi nak ubah..sebab kalau nak ubah..kena ubah langsir dan throw pillow.
adeh..tak terfikir lagi..so kekal turqoise+purple..
senangnya white furniture ni sebab tema boleh tukar2 ikut pada accessories..
contoh mcm aku cakap tadi la..langsir dan throw pillow..
cat pun sikit kat dinding yang aku letak DIY wall art tu..
itu pun rasa macam kalau nak tukar, kena revamp sekali dengan langsir semua..
cost cost..haha..

bawah ni adalah keadaan cabinet dan TV wall yang tiada apa2 lagi ( dulu)
sorry la, aku takde model TV ke cabinet ke ape..ada model anak2 je. HAHA
aku tak tau ape tujuan alas kaki tu letak situ. jangan tanya aku.
KEHKEH

apa tema warna tengah IN sekarang ek? kut-kut la ada budget terlebih untuk raya nanti..boleh la tempah langsir. ( monyet tutup mulut )

Updated:
Gambaran tema sekarang yang rasakan ingin ditukarkan ...err tengok bajet dulu

Ragam L2: Masih sama pe'elnya..

Hari ni, 12th June..Luqman masih meragam nak ke sekolah ( wah macam baby2 pulak nak meragam eh)
Semalam masa aku ambik dia tengahari, cikgu dia cakap elok je dia bercerita dengan cikgu..
siap cakap dia pergi Legoland. bila masa nih? hahahah citer dongeng..
memang ada plan nak pergi hari tu, so banyak kali la duk bagitau dia keadaan sebelum pergi..
So alih2, di sebabkan adik dia tak sihat, plan terpaksa di batalkan..
Masa tu keadaan umar sangat la tidak mengizinkan..
Demamnya tak menentu, suhu kejap2 tinggi..
Takkan nak ambik risiko pergi jugak ke tempat yang ramai macamtu..
..dan takkan aku nak biarkan lakiku ngan luqman je pergi..tak syiok la macamtu, kan?
So pembatalan itu tidak bererti batal dihati luqman..dia keep on asking. HAHA

So kisah di sekolah semalam looks normal..
dia balik dalam keadaan emosi pun stabil..
Bila tanya dia.." nak mandi kat rumah ke kat sekolah esok?"
Dia jawab.."mandi kat rumah la.."

Tapi itu semalam..
Hari ni? Janji tinggal janji..HAHA
Dan seperti biasa, he must learn from it..
Aku tak bagi muka.
AGAIN..i've to send him dalam keadaan terpaksa.
Dukung, tak mandi dan emotionally hand-to-hand..
Tak boleh terus-terusan give in..to much I think.
Some parents may think, alah he just 4 years old - even not hit the no 4.
Tapi, from my observation..he has already take that as an advantage..
1. Ala menangis meraung2 tak pergi sekolah pun tak apa
2. Umi cakap tak kawan, balik work nanti umi kawan jugak
3. Dah minta maaf, esok repeat the same thing
4. At the end, tak perlu pergi sekolah jugak

Things look not so critical, but it will lead to that extend..
Jadi habit.. parah.
Yang tanggung, AKU jugak!
Orang salahkan aku, manjakan anak dan bla bla bla..
semuanya orang tak tahu..
tersepit..
tak patut pun aku paksa budak 4 tahun pergi sekolah..
macam nak SPM ko!
Tapi tah la..macam aku cakap tadi. tersepit. dan dia pulak lebih bijak mengawal situasi..
sejak dah berminggu tak ke sekolah, dia dah tau trick tu..

So sesekali tak salah la kot aku berkeras...
Harap-harap esok dia semakin OK and back to normal. Letih la...

FYI, it has been half year dia pergi sekolah tu, tapi apesal kepala hangin dia takmo ke sekolah?
For sure got something yang dia tak happy..
Tak boleh nak makan sesuka hati..
Tak boleh tengok kartun 24 jam..
Tak boleh nak releks2 takmo mandi ke apa..hahahaha

OK lah..Umi doakan anak-anak umi yang baik-baik saja..
Jadi anak yang soleh, bijak dan menghormati orang tua. Amin

June 11, 2013

Mana perginya ruang komen?

Puasku godek..
Maklum lah template blog ni pun dah lama..
sejak anak dara, anak pun masuk 2. kehkeh..
Mana nk enable kan ruang komen?

Nak tukar template tak tau nak pilih yang mana..
Rasa macam masa anak dara punya lah rajin mengedit dan cantikkan blog.
Muahahaha...

Agak2 sape tau?
Tak boleh komen, email la kat saya..cewahh..

Email: misnana26@gmail.com

tak pun tinggalkan note kat sebelah tu..

Thank you!

Ragam L1: Cuti lama sangat, ni lah dia...

hari ni as expected..
luqman menangis nak ke sekolah..
cuti dah lama kot..mengalahkan orang cuti sekolah..

selalu aku give up..ko taknak sekolah, tinggal..umi tak kawan.
tapi nampaknya tektik tak menjadi..
sebab balik dari kerja, dia macam biasa pujuk cakap nak kawan and nak ke sekolah esoknya..

tapi esok nye drama lain lak akan terjadi..
so ape lagi..
aku tukar tektik..
ko nangis, taknak gi sekolah, taknak mandi, kan??

haaa umi dukung terus masuk kereta..
mandi je lah kt sekolah..

bukan nak tunjuk kuat or tunjuk hebat..
tapi..learn from lesson..
budak2 ni bijak..
dia bila kita dah selalu sangat give in..begini lah jadinya..

dia amik kesempatan..wah budak 4 tahun ko kata camtu? KAHKAH
macam buat kesalahan juvana lak..
tapi ini semua untuk kebaikan dia jugak..
takpe lah, aku hantar lah dia sekerat hari..
tengahari kang aku amik la dia..sian pulak..

hantar tadi hand to hand deraan emosi..
sadis..
what to do..umi only has 1 hand.
wan dah tolong banyak dah ..tolong jaga adik, tolong masak and bagi makan kt kita..
so kita kena la tolong ringankan beban wan sikit, ok?

umi dah tolong daddy..tolong ape?
tolong jaga korang lah. hahahhaa

ok la..we'll see tomorrow plak. ape lagi drama ulangan.
sigh

June 10, 2013

Kufi , repaint dan cermin murah

Dulu..masa mula2 nak masuk rumah..
aku dah bayangkan ayat-ayat suci yang hanya dari kufi art je aku nak letak kat rumahku..

tapi lepas pung pang pung pang buat itu ini..hancus harapan nak beli kufi besar nak tepek kat dinding rumah. heh!

so entry ni, ada 3 benda nak aku kongsikan pasal kufi, repaint dan cermin murah.

kalau tengok gambar bawah ni..ini adalah 1 sudut yang di hadapan tangga nak naik ke atas.. situ pun kosong..kosong..kosong. hehehe

So at first, kami beli cermin murah tu. MURAH tau. korang rasa berapa? hahaha..
sebab harga asal macam nak dekat RM200 gitu. tema putih tetap menjadi pilihan.
cermin ni secara tak sengaja nampak di jual di kedai carpet kt giant.
Saje2 cakap kt husband..cantik kan?
husband tanya, berminat ke?
Uishh mahal tak mo la..
Then husband memang bab tawar menawar champion la..
So dia cakap berapa nak? ( eh macam dia lak tokey kedai tanya kita berapa nak..)
So aku kata, kalau dapat RM150, aku angkat. cewah
So husband pun mulakan sesi tawar menawar dia.
Memang boleh bungkus kalau bisnes macamni. hahaha
tau berapa akhirnya dapat?
KAHKAH
RM100 kawwww...hambik, jangan tak hambik! ekekeke
So balik2 rumah, tepek kat dinding tu dulu.
Boleh imagine tak betapa janggalnya tiba2 ada cermin tegak je kt situ?

Kekok...so lama la jugak keadaan kekok itu begitu..lama jugak memikirkan apakah pasangan yang secocok untuk ku letak bersama cermin itew..
masa tu terfikir console table, munge dan lampu...

tapi nak dapatkan console table yang cun ( dan putih ) agakla makan ringgit jugakkan?
Soooo...
Akhirnya, dengan kudrat tulang 4 kerat en husband ( dan aku )..kami repaint cabinet yang dahulunya kaler coklat.
dah lama dah nak cat..tangguh bertangguh kerjanya. hehehe
impian tercapai bila masa en husband cuti panjang hari tu, sempat la mengecat :)
pindahkan cabinet tu ke tempat cermin itew..naisss!!

so untuk mengimpak maksimakan ia...aku pun mencari bunga orkid tiruan di nilai 3. Harga boleh tahan tapi puas hati walaupun puas jugak haku pusing nilai 3 tu. aku sorang je turun mula2. last2 baru en husband joing skali. so hasilnya orkid kuning ni tegak di lemari putih itew. :)

Itu kisah disebalik cermin murah dan repaint cabinet..
Tapi kisah kufi tu, adalah kebetulan..

Dalam duk suka usha home interior decor rumah orang...pusing punya pusing, jumpa kufi yang ada sedikit reject di 1 blog ni... creativebytwo ...jumpa dia di nilai jugak sebelum beli bunga tu. kira beli bunga tu secara kebetulan je, bukan dalam perancangan..kuat tul jodoh!

So jodoh bunga, kufi, cermin dan repaint-cabinet bersatu di sudut itu...
^_^

p/s Jodoh table lamp tu pun ada sama..itu hadiah masa kawin yang tak pernah2 pakai, tiba2 ada jodoh di situ jugak. ahaks

DIY dan dekorasi

Hahaha..tajuk poyo..
DIY sangat..
Ok aku tengah gila mendeko ( tak seberapa kalau nak celen korang..)
Dekorasi aku adalah ikut sedap mata aku dan poket aku ( bukan korang..)
keh keh..

Sabtu lepas, patutnya aku ke Shaklee National Conference..
Due to certain reason..aku tak pun ke sana..sobs ( Allah knows best )
Walaupun begitu, aku tetap vangga sebab aku salah seorang yang di invite untuk ke conference tersebut untuk sebuah award yang pada aku, satu pencapaian terbaik peribadi selama aku berkecimpung dengan dunia Shaklee.
ala, korang hebat, aku ni fully working mom.. buat geli2 je, ok la tu kan? :P
Tak pe lah, next year I will be there as Master pulak :)

Back to the saturday plan. Since I had cancelled the plan, we then went to the tesco. 3 of us...
We first had our lunch at KFC..anak2ku sudah lapar..
Kesian anak2ku..masih ni dah pukul 11 lebih pagi..cadang nak ke KL, tak jadi. mana tak lapar..dah hensem2 last2 ke TESCO. hehehehhe..jadi lah kan..

So selesai makan..aku pun ajak lah anak2 masuk TESCO. Kali ni ke TESCO Seremban 2 sebab ada kedai DIY. Kedai ni boleh la buat pengganti DAISO walaupun tak sehebat DAISO. So agak mencabar bawak budak masuk dalam kedai macamni. dah la tak boleh bawak masuk trolley.
Imagine sambil dukung umar sambil nak menelek barang. Bila lepaskan dia, memang HARUUUU..

Kat sini selesai aku  beli frame.. not bad harga 1 frame dalam RM8.90. sebab size A4 gitu. dalam kepala nak letak gambar yang aku print hari tu.

So selesai aku pun masuk TESCO, tak tau ape nak beli..saje nak kill the time dengan budak 2 orang ni. Umar memang nak KELUAR dr trolley. mula2 je dia nak duduk dalam trolley. Lepas tu buat drama. Memang mencabar keimanan haku. uwaaa..

beli barang serba sedikit, lepas tu cabut...
bawak kereta umar melalak tak hingat. dia nak duduk kt pangku..
sambil pangku ( tau bahaya (",) ) tepuk2 nyanyi skit, dia pun tidooo..
laa nak tido rupenyeee..haishhhh!!

so sampai rumah ku, aku pun pasang CD kegemaran luqman..dan aku mulakan kerja DIY aku sangat tu..hahahaha
tapi macam biasa, umar dah bangun, luqman lak kejap2 kacau aku.
cabaran cabaran..

benda yang nak dibuat sikit jer, tapi masyaAllah..anak-anak!!
selesai semua, aku pun kalut nak balik. ujan lebat, sempat la budak2 ni lelap kejap..

so ni la hasil tak seberapa tu.
puas dah aku fikir ape nak buat kat dinding tu. selain dah cat, rasa kosong, kosong, kosong..

so this it is...
splash of colors


Dulu dinding tu ( tengok bawah ) kosong je..boring. dah cat dengan light turqoise, still boring.
So tak tau nak letak ape sebab budget pun kureng..come out lah idea spotan tah ape2 tu..
repaint meja telefon yang beli preloved dari akak dulu. asal color kayu ( macam kat bawah tu), then repaint jadi putih. letak bunga sikit ( beli dari kedai DIY jugak RM29.90) dan frame dari IKEA.
DIY yang aku cakap adalah frame beli dr DIY tu aku letak gift wrapper yang aku beli dari TESCO. heheheh..tak jadi guna gambar yang aku print hari tu. MEMBAZIR sungguh!
So jadi la idea DIY aku. suka tak? bluerghhhh!! tak suka sudah. hahahaha
aku je syok sendiri..

ok bai!