August 19, 2013

Isteri yang bersalah


Tajuk taknak KALAH. huahuahua...

Entry ni dedikasi khas buat suami tersayang...

Semalam hari lahir suami (18.08) yang ke 3* ( opss ) tapi boleh pulak si isteri ni tak wish tepat jam 12 malam.
Keesokkan hari baru nak wish..itu pun setelah tengok handphone ade message dari husband. uwaaa..
Actually nak kata lupa terus tu tak jugak. Sebab on 17th night tu memang dah ingat esok birthday dia..
Tapi bila dah tengah malam, waktu nak menidurkan anak2, selalu macam2 hal..
Ada masa kita boleh hadap hp tengok message2 whatsapp ke ape..
tapi nowadays Umar dah bijak skit. pantang kita pegang handphone, dia akan mulakan drama untuk main handphone jugak.
So di situ lah bermula edisi terlupa. uwaaa ( again )
Punca sebab surukkan handphone malam masa nak tidokan anak..
Nak menidurkan anak macam2 drama. sorang melalak nak ipad..sorang melalak nak air..baru 2 orang anak. ahaks..
So agak2 tido pun macam lewat, esok pagi subuh pun bangun sambung tido balik.

Rasanya kul 11 baru tercari kat mana handphone..terus dup dap tengok message husband pasal birthday tu. heheeee..

Anyways, bende pun dah lepas. masakan aku sebagai isteri boleh lupa hal sebegini. cuba dia lupa birthday aku, mau sentap 10 tahun. huhuhuhu...

So my wish for him..

Semoga terus menjadi suami, daddy yang hebat kepada kami anak beranak..
Diberkati usia, dipanjangkan umur dan di murahkan rezeki..
Doa umi semoga keluarga kita sentiasa bahagia di samping anak2 yang comel dan bijak =)

No comments: