July 1, 2013

Susun atur: Laundry area

Dulu aku ada up kan gambar laundry area aku..berkait rapat dengan susun atur penyapu sume tu.. nampak tak gambar bawah ni..penyapu aku selit2 je kat hujung rak tu.. yang berbidai tu adalah pintu sedia ada diberi pemaju. Kira ini ruang yard umah kitorang..umah ni memang end to end takde tanah. So pintu macam grill pengganti pagar rumah di belakang. Haaa.dapat bayangkan tak? Bukak2 je grill ni dah tangga dan jalanraya belakang rumah. Kira dari tempat yang aku amik gambar ni adalah pintu dapur. Bukak je pintu dapur nampak yard ni dulu, selari dengan dinding rak tu adalah toilet di tingkat bawah...jadi macam toilet tetamu la kan? Tak dapat bayangkan? Takpe...abaikan :P
Ramai jiran2 kami terus tutup ruang yang terbuka grill ni. Asalnya dia dari atas ke bawah memang terbuka je.. kira jaring-jaring je. Tapi kitorang mintak jasa baik brother pasang grill tu untuk cover bahagian bawah. Yes, saje mintak bahagian bawah saje. Orang lain cover semua. Pendapat aku, panas dan gelap kot rumah/dapur aku kalau tutup semua. At least kalau aku buka pintu dapur selalu, dan naikkan blind tingkap dapur, terang dah dapur aku. Ni kalau segalanya tutup, dah la gelap, PANAS kot? Itu pendapat aku. Dan aku tak rasa menyesal kekal macamni walaupun majoriti rumah di sini semua buat lagi 1 lapis plate untuk cover grill ni. Plate dalam bentuk sliding but on top of this grill. We both, agreed to let it be like this. More natural light in the house :)

So ruang ni memang di manfaatkan untuk laundry area sebab ada di sediakan ruang menyambung paip, lubang untuk hos..dan memang muat untuk laga-laga punggung. HAHA.. So we installed the wall-rack. Jadi la macam tu. untuk letak sabun out of children reach.. penyapu segala sendal je tepi tu....
Oh to cover our activities there, bidai beli siap dari tesco mampu untuk menutup segala pergerakan dalam rumah kami dari toilet ke dapur dari pandangan jiran di belakang rumah. Ok I know this is the purpose they made the full covered door. Tapi macam ni pun ok what? save cost lagi ..hehe

Tapi keadaan ni masih nampak serabut dan not so-organised :P

Since dah beli broom organizer, penyapu dan scoop tidak lagi kelihatan di situ... Nampak frame tu? Itu sebagai penyeri bak kata orang. At least to me.. I have another wall art yang di print sendiri. Tapi belum ada frame nya..or i have to say ,terlalu tamak rasa nak letak dua2 frame tu di situ, lalu rasa nak hold dulu. mungkin nak paste je kat dinding belah washing machine. hihi..

Kerana keserabutan tengok keadaan di laundry area ni..last saturday masa duk sibuk closing di HQ Shaklee, kitorang pegi la Ikea. Actually plan nak pegi HQ dulu tapi fikir sure ramai gila orang..So we went to Ikea. Rupanya tanggapan ku silap..orang tetap ramai. pfftttt -_____-
Di ikea aku sempat la merempat few items untuk accomplished aku punya immaginary-laundry-corner. Simple yet sedap mata memandang. Yer, I know still a lot of things to improve =P
Nampak lebih kemas? Frame tu di tinggikan sedikit. Bekas kat bawah tu letak berus, sabun serbuk..letak la artificial pot satu. Bunga di kekalkan. While barang yang tak perlu telah di pindahkan ke ruang sepatutnya ... Rak kecik setingkat tu beli dari ikea jugak. Menyesal tak beli size besar sikit tu, boleh jadikan 2 tingkat - wah tamak ko nana kan?? huhuhu

Ini dari sudut tepi...

Nampak tak apa ada dalam bekas tu? Sabun dan berus dan ada la klip2 yang untuk di guna pakai...

Ini pulak gambaran dari arah pintu bilik air tetamu yang di ceritakan tadi. So sebelah mesin tu la pintu dapur yang di katakan. Broom organizer di pasang di belakang pintu dapur tersebut. Ha giteww... Baldi yang penuh dengan hanger letak bersebelahan...pakai bila perlu.. Masih memikirkan idea untuk hide those things. Semak mata... Mungkin perlu fikirkan idea terbaik di bawah rak dinding tu. Yer , laundry bag memang ada. tapi tak letak di situ. sebab rasa tak cun. Hahahah.. tunggu la bila idea datang, akan di perbaiki... ^_^

Korang nya laundry corner mesti lagi dasyat kan? Ini je idea boleh dilontarkan sebab ruang adalah terhad..

8 comments:

Aty_Fared said...

Ade jugak area nk dibuat tmpt loundry..aty nyer umzh..nan hado..uhukkss...

JaJa_NoRLiza said...

okeh...ade byk beza dari sebelum..

jeles tgk org nye laudry..kemas..
masih berusaha utk megemas..nati sy share!

*salam perkenalan*

Nana said...

@Aty - tapi umah aty ade ruang kerja. umah kita takde. sobs jugakk

@Jaja - silalah kongsi idea..kdg2 mati akal taktau mana nk arah brg2 ni...

Fizah said...

shelf ikea yg putih tu mmg pasang gitu ek..nape sy psg cam lain jek? tak bermangkuk gitu? sy psg terbalik kut ek?

sy pny laundry area disekalikan dgn kitchen cabinet..atas washing machine ada wall shelf, situlah buh semua sabun2 etc =)

Nana said...

@Fizah : memang sy pasang terbalik pun. Kuikuikui..
Erkkk tapi taktau la sape yang terbalik. Hahaha
Tapi janji boleh letak brg atas tu. Tu nak bagi macam menyendal..hihihi

#tajam mata fizah ni ek :p

Sahidatul Izma Mohd Yunus said...

sedikit idea dr saya,dkt situ sy nmpak dah ada dua pasu bunga,cuba kurang kan satu which is just letak pepohon hijau tu je..n lagi satu frame gmbr basikal tu cuba tukar gmbr lain yg mn lebih ceria n colourful,baru nampak ceria..sbb dr pandangan sy bila bab membasuh ni mood mmg kelaut so bila ada color2 ceria disitu eksited lah sikit n tahap kerajinan tu jadi maksima..hihi

Nana said...

@izma: idea di terima! untuk pengetahuan, bunga tu adalah bunga terlbih ms zaman buat andaman. muahahaha.pastu psl gmbr frame tu, actually tak di rancang. nk letak artwork lain...bukan yg tu. insyaAllah dr ms ke semasa akan di perbaiki. takpe, bende tu anytime leh ubaisuai. mekaseyyyy

ain shahrulazri said...

cntik & kemas kwsn laundry nih :)