July 8, 2013

FREE and EASY

..lah sangat nana oiiii!

actually hari ni kerja macam biasa ( walaupun hati tu mcm dirobek2 untuk menarik kaki untuk bangun dr katil muahahahaha)
tapi mengenangkan rugi tak datang hari ni. ku gagahi jua pergi kerja.
eleh ngade2 je lebih. padahal ape alasan aku untuk malas ke tempat kerja?
jaga anak? satgi ko tido je pun nana. asal anak tido ko pun tido. ahaks!

lagi hari ni SAP system down. SANGAT LA RUGI KALAU CUTI. hahahhaa..
ini bermaksud kerja adalah TERHAD. LIMITED. ko tak leh access system, ko rajin2 lah call supplier je.
beramas-mesra. =P

okay supplier pertama aku dah call. NUN JAUH kat AMERIKAAAA sanun...setel.
bukak blog..baik aku menceceh kat sini. HAHAHA
nak cerita banyak bende tapi satu2, simpan untuk entry2 yang lain..

benda pertama aku nak cite, kisah hari sabtu lepas..
Hari sabtu lepas adalah hari penyerahan prestasi luqman. PRESTASI la sangat. baru 4 tahun kot =P
So aku pun bersemangat nak pergi hari sabtu tu, tapi aku lupa pukul berapa start. Yang aku ingat habis pukul 12 tghari mcmtu. So pukul 10 pagi aku gerak. Tapi aku macam tak berapa yakin kat Dewan mana dia buat. Sebabnya sampai2 di situ, aku tengok macam takde orang. Aku siap pergi kat taska dia semula which is jauh la dari kawasan tu untuk cek semula kat mana lokasi sebenar, masa dan tarikh. Muehehehehe..
Eh tapi betul lah hari ni, waktu ni ( cuma dah start dari kul 9 pagi ) dan lokasi pun betul dah. aku pun patah balik ke Dewan tu. Rupanya sebab cermin gelap, agaknya ramai parents dah datang lebih awal, tinggal berapa kerat je yang tengah dalam konsultasi . HAHA
Ok teruja jugak nak tahu prestasi/perkembangan anak aku di taska. Nakal ke dia? Slow learner ke dia. Ye lah, kadang2 dari mata kasar kita, dia normal seperti kanak2 lain. Tapi mana tau di taska ( aku biasa panggil sekolah ) dia jenis ketinggalan dalam kelas ke. Who knows? I want to know the fact. D.E.B.A.R
so tibanya aku ke sana, cikgu luqman pun keluarkan file dia. Wahhh kemain lagi debaran aku memuncak. Eleee...file je pun...nak tengok hasil kerja dia..nak tengok ape perkembangan dia, pergaulan dia. ko yang hover debar kan? hahahhaha
ALHAMDULILLAH, SEGALA PUJI BAGI ALLAH.. Luqman made me proud.
Tu jer lah yang aku boleh kongsi kan. taknak la lebih2 nanti orang cakap aku UP anak sendiri. semua pujian adalah milik Allah yang memberi pinjaman kepada aku. aku hanya mampu panjatkan syukur pada Allah. Semoga akhlak dan akademik seiring sehingga dewasa kelak. Tapi bukan bererti aku boleh goyang kaki dan senang hati...
Ingat, luqman masih ada adik yang sudah tentu cabaran dan karektor yang berlainan.

Huhuhuhu... so itu kisah hari sabtu. hati berbunga2 je sepanjang hari. ( macam tu rupanya perasaan seorang parents terhadap anaknya..)

So kisah hari ahad...aku ada rancangan lain berkenaan aktiviti social bersama group Shaklee ku.. huhuu
Alhamdulillah dapat jugak aku bertemu dengan group2 Millionaire Wifey dan jutawan yang lain... Tak ketinggalan jugak aku dapat dengar perkongsian para Masters tentang perit jerih diorang bagaimana untuk berjaya. Korang jangan la rasa bosan cerita MLM aku ni yer... Walaupun kadang2 ada orang memperlekehkan kisah MLM, tapi apa yang penting, setiap kisah itu ada positive pointnya... kadang2 dalam hidup kita ada up and down. So kita perlukan cas positif untuk boost spirit kita tu. So perkongsian mereka amat aku hargai. Paling aku bangga, Iffah ( MIA ) kenal jugak aku walaupun itu pertama kali bersua muka. Ingat fullname lagi.. cuma tak dapat bergambar bersama. Tidak ketinggalan, aku terharu dapat berjumpa dengan very humble millionaire - Kak Cery ( PMC ). She's 6 digit earner, but very humble. She doesn't need all the luxury things to cover her. Tak perlu nak tayang all the designer handbag ( mesti la ada 1-2) to become like what she is now... Everything is comes from Allah. I'm proud to be part of Jutawan Group because it improves my personality in term of knowing who we are in the view of our Pencipta. Subhanallah... terasa diri kerdil dan semuanya pinjaman semata. Tidak salah untuk menjadi kaya, asalkan kekayaan itu untuk kita kongsikan kepada orang yang memerlukan. Mungkin dengan kekayaan itu, kita dapat menggembirakan hati orang lain. Semoga satu hari aku jugak begitu. Jauhi riak dan bangga diri kerana semuanya milik Allah. Tanpa izin dariNya, kita takkan ke mana2! ~ sebak-

OK stop bebelan ku pada hari isnin untuk liputan cerita hujung minggu. Muahahaha..macam ko heran kan? Tah2 ko hujung minggu ke Paris, London...haku? aku tetap haku, bersyukur dengan setiap apa yang diberikan oleh Tuhan bila aku memandang di sudut yang lebih perit.

Sorry entry dah berunsur tazkirah. muehehehehhe

So ape kisah hujung minggu korang?

No comments: