June 20, 2013

Sessi taaruf anak-anak ku..

Assalamualaikum semua..
wah mood aku arini swing sikit...
lepas satu-satu hal dan masalah timbul..
Alhamdulillah, pe'el si luqman dah kurang skit nak ke sekolah.
Cuma pagi tadi ada jugak angin tak nak ke sekolah..
Dah ku tepuk montot..marah..baru jalan. hangin pulak rasanya hari ni. uwaaa..maafkan umi yer sayang..

Ok sessi ta'aruf anak2 ni bukan ape. Blog ni dah lama pun wujud..sejak aku zaman lom kawin.
Sejak beranak 1, terus sepi..
Lepas tu sambung anak no. 2..sepi jugak. tenggelam timbul.
Tiba2 cerita pasal anak..
Tiba2 plak nak aktif berblog semula. macam dah takde keje aku ni kan? =D
So mesti pada kenalan baru, aku nak la perkenalkan sikit latar belakang aku kunun HAHA
macam ada yang kisah ek? =P

SO meh nak kenalkan anak pertama aku..

Luqman Ichiro b. Mohd Shukry
Lahir pada 13hb Ogos 2009
Raya ni genaplah 4 tahun kelahiran putera pertama ni.
Manja toksah cakap lah..membesar banyak di tangan nenek ( mak aku )
Segala apa nak, insyaAllah akan di tunaikan. Tak umi dia ni, wan dia or makcik dia la kan..aduiii spoill
Lahir secara pembedahan sebab di sahkan breech baby.
Memang breech dari awal kandungan sehingga la 38 minggu
Lahir di hospital Tuanku Jaafar Seremban, kul 9.50 pagi keluar :)
Membesarkan dia setakat ini, tak banyak songeh.
Masih boleh di bawak berunding, ada masa kasar ( pada adik dia ), ada masa jadi mangsa buli ( di sekolah ). Kesian anak umi.
Di taska dia agak takut bergaul. Memilih kawan, dan kurang gemar berkawan dengan budak2 yang kasar. He rather sit at the corner watching others. >.< YES THIS IS LUQMAN CHARACTER!
He actually really loveable, lembut hati, manja, but too dependent i must say.
Tapi selalu jugak tak nak mengalah dengan adik, ketuk adik, tolak adik because adik tak kurang jugak takmo mengalah. HAHA.
I do hope Luqman akan jadi anak yang soleh, abang yang penyayang, lembut dan baik budi pekerti ..berjaya dunia akhirat!

Bawah: Gambar masa dia baru 3 tahun, tahun lepas..ikut umi ja ( kakakku ) pegi event kt sekolah


Bawah: pic taken somewhere in Langkawi early this year.



Meh nak cerita si budak  banyak akai, anak no 2 aku. HERO jugak.

Umar Qayyum b. Mohd Shukry
Lahir pada 31hb Dec 2011
Haaa anak penutup tahun, memang betul2 mencabar nak lahirkan si umar
Terlalu banyak kenangan, cabaran masa aku mengandungkan si umar sehingga nak lahirkan dia..
Kehadiran dia dalam perut tanpa di duga. Aku siap pergi buat xray sebab yakin tidak pregnant..
Sebab aku ada jugak buat UPT sebelum tu, -ve je..
Tapi few days after Xray baru buat UPT balik..waa laju ko naik +ve..
Tapi umar betul2 pembuka rezeki keluarga kami...
Tahun 2011 masa mengandungkan umar, banyak rezeki yang tak diduka hadir dalam keluarga mini kami..
Syukur, walaupun kandungan tak di duga hadir saat kami mengalami financial problem, tapi Allah dah janji, setiap anak dibawa bersama rezeki dengannya. SYUKUR
So melahirkan umar tu adalah normal yang PERTAMA bagi aku. 1 pengalaman jugak, 2 hari menanggung sakit di hospital Tuanku Jaafar Seremban ..akhirnya sempat jugak suamiku saksikan kelahiran si umar. Errr dia memang agak takut kalau bab darah2 ni..tp dia disisi aku untuk bagi semangat la..
Karakter umar memang lah berbeza dengan abangnya. Tak baik nak buat perbandingan anak2 ni kan..
Tapi realitinya begitu. Siapa biasa dengan sindrom child no 2 ???
Agak agressif.. lebih berani. Tapi lambat bercakap??? heran betuiii..luqman dulu cepat je.
Takpe2, aku sentiasa positif dan anggap ini 1 dugaan.
Umar lebih kasar berbanding dengan abg nya..kurang tolerate i would say..
Dulu bawak luqman merata kalau drive sorang pun tak jadi issue. Can sit silently dalam carseat dia..
Tapi umar? Bawak mengucap dulu..huhu..
Selalu aku tinggalkan je dia kat rumah dengan mak aku.. bukan tak nak bawak. Dah banyak kali cuba.
Hasilnya mengecewakan. Banyak membahayakan diri sendiri. Malas aku nak ulas panjang.
Tapi aku harap ini hanya bersifat sementara. Dia baru dalam setahun 5 bulan..mungkin akan lebih memahami di masa akan datang..

Bawah: ketika umar baru2 lagi setahun kot. lupa daa.. ni kat tesco dan dia memang suka nak lepas2 rayau2 sendiri. takde takot. HAHA


Bawah: Umar dan daddy, somewhere in Langkawi around early this year jugak..


Bawah: somewhere in Giant around last month kot.masa ni dia tak berapa sihat.



So dah setel sesi taaruf. Walaupun takde pun sape nak amik kisah. Tapi setidak2nya bila aku sebut luqman ke umar, orang dah dapat bayangkan siapa mereka. Mereka lah buah hati saya.. yang hari-hari jadi racun dan penawar :)) Love them both!!

No comments: