June 12, 2013

Ragam L2: Masih sama pe'elnya..

Hari ni, 12th June..Luqman masih meragam nak ke sekolah ( wah macam baby2 pulak nak meragam eh)
Semalam masa aku ambik dia tengahari, cikgu dia cakap elok je dia bercerita dengan cikgu..
siap cakap dia pergi Legoland. bila masa nih? hahahah citer dongeng..
memang ada plan nak pergi hari tu, so banyak kali la duk bagitau dia keadaan sebelum pergi..
So alih2, di sebabkan adik dia tak sihat, plan terpaksa di batalkan..
Masa tu keadaan umar sangat la tidak mengizinkan..
Demamnya tak menentu, suhu kejap2 tinggi..
Takkan nak ambik risiko pergi jugak ke tempat yang ramai macamtu..
..dan takkan aku nak biarkan lakiku ngan luqman je pergi..tak syiok la macamtu, kan?
So pembatalan itu tidak bererti batal dihati luqman..dia keep on asking. HAHA

So kisah di sekolah semalam looks normal..
dia balik dalam keadaan emosi pun stabil..
Bila tanya dia.." nak mandi kat rumah ke kat sekolah esok?"
Dia jawab.."mandi kat rumah la.."

Tapi itu semalam..
Hari ni? Janji tinggal janji..HAHA
Dan seperti biasa, he must learn from it..
Aku tak bagi muka.
AGAIN..i've to send him dalam keadaan terpaksa.
Dukung, tak mandi dan emotionally hand-to-hand..
Tak boleh terus-terusan give in..to much I think.
Some parents may think, alah he just 4 years old - even not hit the no 4.
Tapi, from my observation..he has already take that as an advantage..
1. Ala menangis meraung2 tak pergi sekolah pun tak apa
2. Umi cakap tak kawan, balik work nanti umi kawan jugak
3. Dah minta maaf, esok repeat the same thing
4. At the end, tak perlu pergi sekolah jugak

Things look not so critical, but it will lead to that extend..
Jadi habit.. parah.
Yang tanggung, AKU jugak!
Orang salahkan aku, manjakan anak dan bla bla bla..
semuanya orang tak tahu..
tersepit..
tak patut pun aku paksa budak 4 tahun pergi sekolah..
macam nak SPM ko!
Tapi tah la..macam aku cakap tadi. tersepit. dan dia pulak lebih bijak mengawal situasi..
sejak dah berminggu tak ke sekolah, dia dah tau trick tu..

So sesekali tak salah la kot aku berkeras...
Harap-harap esok dia semakin OK and back to normal. Letih la...

FYI, it has been half year dia pergi sekolah tu, tapi apesal kepala hangin dia takmo ke sekolah?
For sure got something yang dia tak happy..
Tak boleh nak makan sesuka hati..
Tak boleh tengok kartun 24 jam..
Tak boleh nak releks2 takmo mandi ke apa..hahahaha

OK lah..Umi doakan anak-anak umi yang baik-baik saja..
Jadi anak yang soleh, bijak dan menghormati orang tua. Amin

No comments: