June 10, 2013

Kufi , repaint dan cermin murah

Dulu..masa mula2 nak masuk rumah..
aku dah bayangkan ayat-ayat suci yang hanya dari kufi art je aku nak letak kat rumahku..

tapi lepas pung pang pung pang buat itu ini..hancus harapan nak beli kufi besar nak tepek kat dinding rumah. heh!

so entry ni, ada 3 benda nak aku kongsikan pasal kufi, repaint dan cermin murah.

kalau tengok gambar bawah ni..ini adalah 1 sudut yang di hadapan tangga nak naik ke atas.. situ pun kosong..kosong..kosong. hehehe

So at first, kami beli cermin murah tu. MURAH tau. korang rasa berapa? hahaha..
sebab harga asal macam nak dekat RM200 gitu. tema putih tetap menjadi pilihan.
cermin ni secara tak sengaja nampak di jual di kedai carpet kt giant.
Saje2 cakap kt husband..cantik kan?
husband tanya, berminat ke?
Uishh mahal tak mo la..
Then husband memang bab tawar menawar champion la..
So dia cakap berapa nak? ( eh macam dia lak tokey kedai tanya kita berapa nak..)
So aku kata, kalau dapat RM150, aku angkat. cewah
So husband pun mulakan sesi tawar menawar dia.
Memang boleh bungkus kalau bisnes macamni. hahaha
tau berapa akhirnya dapat?
KAHKAH
RM100 kawwww...hambik, jangan tak hambik! ekekeke
So balik2 rumah, tepek kat dinding tu dulu.
Boleh imagine tak betapa janggalnya tiba2 ada cermin tegak je kt situ?

Kekok...so lama la jugak keadaan kekok itu begitu..lama jugak memikirkan apakah pasangan yang secocok untuk ku letak bersama cermin itew..
masa tu terfikir console table, munge dan lampu...

tapi nak dapatkan console table yang cun ( dan putih ) agakla makan ringgit jugakkan?
Soooo...
Akhirnya, dengan kudrat tulang 4 kerat en husband ( dan aku )..kami repaint cabinet yang dahulunya kaler coklat.
dah lama dah nak cat..tangguh bertangguh kerjanya. hehehe
impian tercapai bila masa en husband cuti panjang hari tu, sempat la mengecat :)
pindahkan cabinet tu ke tempat cermin itew..naisss!!

so untuk mengimpak maksimakan ia...aku pun mencari bunga orkid tiruan di nilai 3. Harga boleh tahan tapi puas hati walaupun puas jugak haku pusing nilai 3 tu. aku sorang je turun mula2. last2 baru en husband joing skali. so hasilnya orkid kuning ni tegak di lemari putih itew. :)

Itu kisah disebalik cermin murah dan repaint cabinet..
Tapi kisah kufi tu, adalah kebetulan..

Dalam duk suka usha home interior decor rumah orang...pusing punya pusing, jumpa kufi yang ada sedikit reject di 1 blog ni... creativebytwo ...jumpa dia di nilai jugak sebelum beli bunga tu. kira beli bunga tu secara kebetulan je, bukan dalam perancangan..kuat tul jodoh!

So jodoh bunga, kufi, cermin dan repaint-cabinet bersatu di sudut itu...
^_^

p/s Jodoh table lamp tu pun ada sama..itu hadiah masa kawin yang tak pernah2 pakai, tiba2 ada jodoh di situ jugak. ahaks

No comments: