June 28, 2013

Jual beli rumah

Sorry lama sangat sunyi sepi blog ni..
Bukan takde idea, tapi aku tak cukup gambar nak share ngan korang..
So sementara nak tunggu gambar2 dan projek2 home decor ke, organizing ke ..sume tu selesai..sesekali kita bercerita topik lain sebagai selingan untuk serikan sikit blog ni. HAHA..seri la sangat kan..

Aku tengah buntu...nak jual ke or nak keep for another year..
OK, cerita dia begini.
Aku memang ada rumah lagi 1, yang mana adalah low cost je..umah tu aku beli masa mula2 aku kerja dengan gaji 2k sajork!
masa nak beli tu takut2 jugak..dah la takde saving..tapi mak aku beria la nak suruh jugak beli..
dia cakap biar kecik, tapi ada rumah..huhuhu

so aku yang menurut perintah, cuba jugak lah submit loan..
dah la first house, walaupun masa tu kereta pun lom ada..
tapi ko ingat senang nak lepas? muahahhaa...
komitmen takde la lagi susah dia nak bagi pinjam..
tapi alhamdulillah, lepas la dengan 100% loan. GILE. kehkeh
tapi rumah tu murah je. dalam 40k..

Ok cerita beli rumah dah selesai..
sejak dari tahun 2006 sampai la kini...sejak dapat kunci, memang rumah tu sentiasa di sewa..
ada la sekali masa dalam proses pindah dari KL ke Seremban, aku mintak penyewa keluar sebab aku nak masuk rumah tu ( sementara ) sebab nak letak barang kan. huhuhuhu
So lepas pada tu, memang sentiasa di sewa..
Kira hutang aku pada bank 200+ je tercover oleh penyewa..
Takde la rugi ape pun kan beli rumah gitu?
Cuma market kat seremban sangat la low...
Dah masuk tahun ke-7 umah tu, aku beli 40k, ada ke market ( ikut kajian di mudah.com ) dalam 55-60k??
Sadis mengenangkan keuntungan  yang ciput, aku hold dulu nak jual..
Tapi aku iklankan jugak rumah untuk di jual ( saje test market ).. aku letak dalam 65k ( nego )

Baru sehari letak, dah ada orang call...
Baru kejap tadi agent lak call..
dia kata ada buyer nak beli dengan harga 55k..0_0!!
Tak tolak komisyen dia lagi..jadi berapa je aku dapat ( berbau TAMAK di situ )
so aku pun refer pada en suami ( wajib ) dan dia tak SETUJU!!
Yer, itu memang rumah aku sorang, tapi pendapat/perbincangan dengan suami tu perlu.
Ape2 jadi aku mintak tolong kt dia jugak. kan? Redha suami tu perlu..-____-

So skang ni aku buntu...perlu ke aku tunggu lagi walaupun aku tau market kat situ sangat la SELOW..dan just sewakan bulan2 sebab takde kuar modal punnnn...
or aku bersifat ala kadar je, asal terjual sudah. amik duit tu, labur ke tempat lain...?

Apa pendapat korang?
Aku kebuntuan..nak jual or biarkan??

Gambar adalah layout umah aku tu...saje nak letak sebab entry tak bergambar,
rasa macam SESUATU..-____-

5 comments:

Aty_Fared said...

Jgn jual..lgpon masih ade org nk sewa...tunggu satu hr nnti biler nilai bertambah tinggi..:)

f.m.y said...

Just hold kalau rasa rumah tu tak membebankan..

Nana said...

@Aty - tu lah..1 masa tu tah bila agaknya yer tak. mimpi nk untung 100k mcm kt KL. hihihi

@f.m.y - yup, mungkin akan di biarkan lagi sedikit masa lagi.. TQ yer :)

Sahidatul Izma Mohd Yunus said...

area mana kak rumah tu?klu izma nak beli nak jual tak haha??

Nana said...

@izma: hahahaha. umah tu kt seremban 2 garden avenue la izma... klau nk beli, boleh je..itu pn klau berbaloi dgn hrga yang akak nk jual hihihi