June 10, 2013

DIY dan dekorasi

Hahaha..tajuk poyo..
DIY sangat..
Ok aku tengah gila mendeko ( tak seberapa kalau nak celen korang..)
Dekorasi aku adalah ikut sedap mata aku dan poket aku ( bukan korang..)
keh keh..

Sabtu lepas, patutnya aku ke Shaklee National Conference..
Due to certain reason..aku tak pun ke sana..sobs ( Allah knows best )
Walaupun begitu, aku tetap vangga sebab aku salah seorang yang di invite untuk ke conference tersebut untuk sebuah award yang pada aku, satu pencapaian terbaik peribadi selama aku berkecimpung dengan dunia Shaklee.
ala, korang hebat, aku ni fully working mom.. buat geli2 je, ok la tu kan? :P
Tak pe lah, next year I will be there as Master pulak :)

Back to the saturday plan. Since I had cancelled the plan, we then went to the tesco. 3 of us...
We first had our lunch at KFC..anak2ku sudah lapar..
Kesian anak2ku..masih ni dah pukul 11 lebih pagi..cadang nak ke KL, tak jadi. mana tak lapar..dah hensem2 last2 ke TESCO. hehehehhe..jadi lah kan..

So selesai makan..aku pun ajak lah anak2 masuk TESCO. Kali ni ke TESCO Seremban 2 sebab ada kedai DIY. Kedai ni boleh la buat pengganti DAISO walaupun tak sehebat DAISO. So agak mencabar bawak budak masuk dalam kedai macamni. dah la tak boleh bawak masuk trolley.
Imagine sambil dukung umar sambil nak menelek barang. Bila lepaskan dia, memang HARUUUU..

Kat sini selesai aku  beli frame.. not bad harga 1 frame dalam RM8.90. sebab size A4 gitu. dalam kepala nak letak gambar yang aku print hari tu.

So selesai aku pun masuk TESCO, tak tau ape nak beli..saje nak kill the time dengan budak 2 orang ni. Umar memang nak KELUAR dr trolley. mula2 je dia nak duduk dalam trolley. Lepas tu buat drama. Memang mencabar keimanan haku. uwaaa..

beli barang serba sedikit, lepas tu cabut...
bawak kereta umar melalak tak hingat. dia nak duduk kt pangku..
sambil pangku ( tau bahaya (",) ) tepuk2 nyanyi skit, dia pun tidooo..
laa nak tido rupenyeee..haishhhh!!

so sampai rumah ku, aku pun pasang CD kegemaran luqman..dan aku mulakan kerja DIY aku sangat tu..hahahaha
tapi macam biasa, umar dah bangun, luqman lak kejap2 kacau aku.
cabaran cabaran..

benda yang nak dibuat sikit jer, tapi masyaAllah..anak-anak!!
selesai semua, aku pun kalut nak balik. ujan lebat, sempat la budak2 ni lelap kejap..

so ni la hasil tak seberapa tu.
puas dah aku fikir ape nak buat kat dinding tu. selain dah cat, rasa kosong, kosong, kosong..

so this it is...
splash of colors


Dulu dinding tu ( tengok bawah ) kosong je..boring. dah cat dengan light turqoise, still boring.
So tak tau nak letak ape sebab budget pun kureng..come out lah idea spotan tah ape2 tu..
repaint meja telefon yang beli preloved dari akak dulu. asal color kayu ( macam kat bawah tu), then repaint jadi putih. letak bunga sikit ( beli dari kedai DIY jugak RM29.90) dan frame dari IKEA.
DIY yang aku cakap adalah frame beli dr DIY tu aku letak gift wrapper yang aku beli dari TESCO. heheheh..tak jadi guna gambar yang aku print hari tu. MEMBAZIR sungguh!
So jadi la idea DIY aku. suka tak? bluerghhhh!! tak suka sudah. hahahaha
aku je syok sendiri..

ok bai!


No comments: