June 18, 2013

Dekorasi: Get organized

Tengok tajuk, tak menahan. KAHKAH
Jatuh cinta tengok orang yang gila menyusun barang secara organized. Memang tabik and kagum habis. bab nak maintain tu memang mencabar. Takut semangat hangat-hangat taik ayam aje. hihihi..aku la tu :P

So lately memang rajin jenguk blog-blog omputih yang rajin bebenor menyusun segala tok nenek.
So teringat la kat rumah aku yang tak berapa organized tu. dan terus teringat penyapu, scoop dan errr.. berus toilet yang menyemak dalam toilet dan laundry section - lah sangat tu. SAKIT MATA. sebabnya sepuk je kt lantai corner tu. Bukak je pintu.. SAKIT MATA.

Dah la laundry corner tu memang corner habis. Bila di rosakkan permandangan dengan penyapu serta penyodok. Sangat lah tidak laundry section. HAHA
So aku pun pikir solution. Mungki aku perlu sediakn hook untuk aku sangkut penyapu dan berus ke hape bende berbatang itu di belakang pintu dapur. Apesal pintu dapur?
Sebab umah aku ni special skit. Bukak-bukak pintu dapur, terus ko nampak laundry section sangat tu. Err tak tau la korang boleh bayangkan ke tak. Tapi sekangkang kucing je terus ade toilet. Toilet ni terpisah antara pintu dapur. Kira yard aku tu la laundry section tu. HAHAHA
Aku tak sure ada snap gambar ke tak..tapi aku kena korek..
..ah takde pulak. USB cable plak tak bawak. Grrr...

OK lupakan la how it looks like. yang penting kecik je ruang tu.
So untuk menghindarkan pandang penyapu sekawan, aku nak letak hook.
Tapi hook pun macam tah ape2, nak kene tali kot bagi mudah di sangkut. Itu kira solution yang paling senang aku nak fikir. KETIKA ITU.
Tapi akhirnya terjawab bila aku merayau-rayau ke blog organizing di sini
Lepas tu dia link kan ke amazon web which i think, wow nak beli penyangkut penyapu perlu ke aku beli sampai ke amazon. *monyet tutup mulut*
So aku pun whatsapp group ex-UM, tup2 kawan aku cakap ade je jual kt groupon.
Ape lagi..berdesup aku pergi membeli dan membayar.
Hehe.. harap-harap puas hati seperti yang aku bayar. Macamni la rupanya..

aku beli 2 set terus. senang aku nak letak kat tingkat atas satu. hihi.. harap-harap selesai masalah SAKIT MATA aku tengok penyapu yang menyemak je kat corner tu..Barang akan dapat dalam bulan July nanti. dah dapat, dah sangkut..aku akan kongsikan kat sini, InsyaAllah


Nama dia wall-mounted Broom organiser. Agak-agak ada tak mencari macamni macam aku. ke aku sorang je ketinggalan. Hihihi.. Takpe, jangan sesat selama-lamanya sudah. :D

Updated:

Ok ni gambaran ruang laundry yang aku cakap tu. tak senonoh nampak kan?
Tapi kat situ aku nak letak Wall art skit and organize skit detergent tu. So tunggu outcome cun skit.
Oh pasar broom organizer tu. kesian sungguh aku.. tak tau pun cosway ada jual .huhuhuh


1 comment:

Fizah said...

yeahh..jumpa geng baru!! =D