October 3, 2013

Life is not easy but make it easy..

Wah tajuk tak hagak-hagak..
ahkak dah takde topic nak up...
nak cite pasal dekorasi, rasa macam takde ape yang menarik untuk di kongsi..
tengok blog sendiri..rasa sunyi..

so meh la kita potpet benda lain..
reality of life..
lately busy sikit..
ape aku busy? tah la..sibuk bebenor sampai takde masa nak fikir rumah punya d├ęcor ke hape..

first..
aku busy urus anak ( sangat )..padahal duduk ngan mak ;p
mana tak nya, pagi2 anak masih buat perangai nak ke sekolah..
hari2 aku akan lambat pulak pergi kerja..
itu tak kira lagi masalah bila aku lambat, boss pulak bising.
aritu dah dapat warning through email..
then datang jugak lambat, kena panggil terus..
masalah-masalah...
aku yang bermasalah ke sebab tak tegas dengan anak? sobsss....

second
dah masalah tu memang aku tanggung sorang dan aku cuba hadapi jugak anggap tu cabaran je..
tadah je la nak ngadap perangai anak pagi2...dan aku cuba la balik lambat untuk fulfil boss punya requirement. sigh ( mengeluh plak hohoh...isk3)
so since aku leh telan, hadam masalah tu, masalah lain lak timbul bila tiba2 department ni short 2 orang colleague, dan aku pulak kena handle major account.. fuhhhh!!
ini betol2 menguji kesabaran.. di tambah pulak dengan keadaan aku yang macam tak cukup masa dengan bisnes skang. OK, bukan la Big sangat business tu..tapi, aku ada kerja hakiki, dan aku jugak sayangkan bisnes Shaklee aku. group dah grow, anak bisnes perlukan guidance...

selalunya aku curi masa bila waktu break.. or keje aku memang dah siap..
tapi aku tak leh imagine dengan new account, new style..mungkin aku perlukan masa untuk cope sume tu.. hopefully I can bear with the situation. jangan la aku depress sangat.
Kalau stress, pastikan aku telan b-complex. HAHA

Okay...of course, with that such situation, I have my plan. I need to move forward. Kalau sampai aku tak boleh focus dengan sesuatu.. I need to move on...jangan terus mengeluh, nanti ape pun tak dapat..
aku kena fikir ape yang aku nak dalam hidup ni supaya I can get balance. Family first..
So if I wanted to do fulltime business, I need to sacrifice a lot at first stage. Risiko pasti ada...
buttttttttt... I don't think its a good idea. Even if I earn 5 figures, if I can still handle it, why not?

Working-mom is not an option, its you to choose. I can choose to be businesswoman, but not for now. I might have to think twice, if there's clear-debts in account, 6 figure savings and I can still support my parents, then I should tender the resignation by now!

life is not easy, but you can make it easy.. Isn't it true?

LIKEABAWSSSS!!

September 12, 2013

Susun atur: Recycle box

Sekarang ni kat office banyak betol dapat moon cake....
errr...team aku memang ramai Chinese dan supplier pun ramai la Chinese jugak..
so aku rasa sape2 yang biasa deal dengan vendor ni faham kan...

so bila aku tengok banyak sangat moon cake ni sampai kat office, boleh tahan jugak bekas2 dia ek?
kuih dia aku tak makan, tapi bekas dia aku nak!!!

boleh buat special compartment kottttt...
kotak2 ni aku rasa kalau korang beli kat luar sure mahal..
kualiti dia sangat best gile!!
so alang2 dapat free jer, aku rembattttttt..
ape nak buat? itu kemudian fikir..hihihi

ok meh jamu mata kotak2 yang aku amik ni yer..
nanti leh bagi idea ape aku nak buat ngan kotak2 ni...


compartment moon cake..so ini akan di fikirkan..ape nak letak...







terus rembat dua..sebab ade dua je pun...muehehehhee...


 errrkkk..ni design lain...tapi kotak dia smart jugak.. quality bagus je aku tgk. so rembat jugak. dasarrrr...

selamat la aku nak hangkut sekali 3 ni. huaaaaaa...eh tapi cun kan, kan? kawan aku siap nak jugak ..tak dapekkkk =P

September 11, 2013

September 2, 2013

Dekorasi: Dapurku, Inspirasiku

Heee... tajuk begitu poyo sekali..
Setelah sekian lama nak share, baru la ada masa nak share..
Ala bukan la hebat sangat dapurku macam orang lain..
Tapi cukuplah bagi ku..eceeehhh

Kecik cenonit tapi jangan la komplen banyak sangat..
Bersyukurlah seeloknya..

Dapur aku memang still kekal dengan tema putih..
Putih itu konsepnya sebab nak nampak luas..
Rumah aku tak  boleh di extend lagi..
Ini memang dah hujung tanah..
Takde tanah or gate belakang dah..
Bukak tingkap, nampak rumah orang belakang..huhu

So KC ni memang masuk2 rumah dah buat..
Nak buat ala2 country home, jenis kayu mahal okay..
So aku amik biasa2 je..asalkan putih..selesa, senang jaga, aku pilih table top hitam. Play safe jugak kan..
bukan senang nak maintain hoiiii huhuhu

Frame tu saje nak serikan dapur...

MIX > ROLL > STIR > REPEAT

Di serikan dengan bunga / daun tiruan. Almaklum lah, malas nak maintain. ekekekke


 So ni dari arah bertentangan..tempat gantung tu pun awal2 dah pasang dan suruh en somi drill kan..boleh la buat gantung2 sikit...tak nak bagi semak kat table top...

 Keseluruhan view untuk ruang memasak. huduh betol tengok bahagian top tu..ahhh malas fikir...kena fikir macamana nak cover bende alah tu jerrr... nanti lah duluuu..
pakai cerek je kooo. hahahaha... katanya somi di perantauan. dah di ambiknya kettle rumah ni..
tempat air tu pun agak sadis dengan warna hijau yang tak masuk dek mata aku. tapi besar jasanyaaaa...
itu hadiah yang kitorang dapat masa family day adik beradik haku aritu. sangat besar jasa...sayang plakkk hehehehe

So ni gambaran dari arah depan. memang dapur aku straight dari hall. tak dapat nak buat ape melainkan DIY counter table tu. Itu pun macam separa siap ( sebab tak mencapai piawaian keinginan aku )..so malas nak share lagiii..



Hmm memang itu saje la kot ruang dapur yang dapat aku kongsikan..
kalau ade yang tanya, blind tu memang aku tempah sendiri. Dalam kepala awal2 memang nak letak yang macamtu je kat dapur. Belum ada plan nak tukar design..hehehe simple but can dooooo...

Build-in oven and microwave pun termasuk dalam package. Bajet keseluruhan tak boleh reveal. HAHAH

Macamana nak bersihkan table top supaya kekal bersih...tu diaaaa... ( eh aku bukan ahli! )
Pembersih table top pilihan buat masa ini

Antara benda dalam rumah ni yang aku sayang dan puas ati beli, kipas ni..amat sesuai penggunaannya di dapur...

Cukuplah ini buat ku...Alhamdulillah..Tak dapat nak buat lebih dari ni sebab memang besar ni je pun dapur kami. Syukurrr...sini la aku bake, sini la aku me'rendang" hahahaha

August 26, 2013

BFF gathering

Semalam, hari yang sangat gumbiraa....
best gila..
seronok sangat..
sebab ape?
sebab bespren datang rumah..huhuh
best lahhh, sorang tu last jumpa masa aku kawin kot. anak pun takde lagi masa tu, tak silap ade dalam perut dia. hahaha
Tapi semalam bila jumpa, anak dah 3. HAHA
How time flies!!

Aku tak sediakan apa2 yang grand. Tapi knowing that they will arrived around noon, at least kena la sediakan makanan berat tapi simple. kehkeh..
Simple sebab ye lah, aku kang dengan si luqman ngan umar, aku bukan SUPERMOM lagi. sob sob..

So what was the menu of the day?
Nasi lemak telur rebus
Ayam goreng
Cheesekut
kuih raya ( itu pun nak bagitau kan?)
mee hoon goreng

Tak cukup kenyang ke?? lebih dari tu hokey!! HAHA
Tapi kekenyangan tu semua tak leh nak digambarkan kegembiraan bila jumpa kawan lama yang sama2 longot dulu. huahuahua..
i missed that moment. Sob sob =((

Dengan gelagat anak masing-masing. Sungguh melucukan..

Abaikan sofa aku yang togel tu, sarung hantar dobi katanya. KEHKEH

See betapa penuhnya kami dengan hasil (HAHA)

Masa ni zenia dah rimas nak turun. anak2 aku takde mood sebab baru bangun dari nap.

Gelagat tak kering gusi

Farin yang melayan anak makan. HIHI

Ni lah BFF dari uni till now..abaikan meja makan yang tak abis DIY..tak de masa larikkkk..

Ni la gambar yang ada masa zaman kat uni. Masa ni farin aktif teakwando. Kitorg kira bagi support la ni. ecehhhh

August 22, 2013

Eczema - How to deal with it..

Umar memang memiliki kulit sensitif di belakang badan..
Sejak dia berusia lebih 6bulan kot..
Mula2 ingat ruam2 biasa je.. sebab jenis mudah berpeluh sikit2 anak saya ni..
So masa dia sekecil tu, kita pun selalu la letak bedak agnesia untuk mengurangkan renyam ruam nya tu..
tapi makin lama makin merebak. kegatalan dia tu kadang2 tak boleh di kawal sampai merah berdarah di garunya..kita yang  melihat rasa macam kesian sangat.. >.<
so dari situ, kita cuba pulak beberapa cream.
penah bawak jumpa doc panel, dia cakap eczema kot..so dia bagi ezzera..
so ada la berkurangan sikit merah tu..
sebabnya eczema ni macam membuatkan kulit tu kering dan gatal..
so cream ni macam melembabkan kulit, tu yang perlu sapu lebih kerap.
bila lebih kerap, cepat la abis kan. cepat abis pastu kita lak taknak dia garu dan tangan masuk mulut..
waaa banyak tol masalah..
so keadaan berterusan bila tak guna cream tu, guna cream lain lak..
macam saje nak mencuba2..
tapi keadaan selalu bersifat sementara..
bila cream abis, sementara nak dapat cream baru tu, mesti dah naik ruam tu..
ruam tu bukan sikit2, dia akan penuh 1 belakang badan..
Tak tau nape kita tak terfikir nak amik gambar masa keadaan teruk. memang sedih..
Gambar kat bawah ni tak berapa jelas ruam belakang badan umar..
Kebiasaannya umar memang akan di biar tak berbaju sebab taknak peluh dan nanti dia miang...
Rupenye tak selesaikan masalah tu jugak..sehingga la 1 hari..since kita pun ahli Shaklee..
Kita pun tergerak nak cuba add kan sedikit mealshake dalam susu umar.. tapi masa ni dia dh pun lebih dr setahun dan susu pun dah mixed up..buh sikit je..
Mula-mula tak nampak perubahan..
Tapi lama2 nampak bersih...
Licin..
Merah2 pun takde..
Dia pun tak tergaruk2..
Selera makan pun bertambah..
Poo-poo memang tak ada masalah since dia still BF..
Dan mealshake tu pulak kita pakai sikit je, jadi memang tahan lama lah!
Best gila..Umar pun takde la tak nak makan langsung.
Selera tu dah tajam tapi tak la setajam si luqman yang memang tak sah kalau tak pekena nasi sehari >.<
Mealshake tu pun tak perlu buh banyak2 dan selalu sekali sehari je kita mix kat susu dia. at least dari dia makan tak menentu tu, ada la jugak supplement yang support untuk keperluan tubuh badan dia.

Buat masa ni layan la gambar yang tak berapa jelas ruam di belakang badan umar..nampak tak kulit dia kasar sangat...!



Nanti bila free kita snap belakang badan di skang..susah la nak amik gambar budak tengah lasak tu skang...
tapi disebabkan camera tak canggih, memang la gambar sebelum dan selepas macam tak berapa jelas dek sebab cahaya lampu. huhuuuu

Koleksi Lebai di Aidilfitri

Memang susah nak suruh si umar pakai songkok..
Tah ape yang susahnya tah..
Nak kata ganggu pandangan, tak pulak..
Nak kata ketat sangat, dah ngam dah tu..
So sementara sempat aku snap kan gambar dia pakai songkok, memang bertuah sangat maknya niiii...


Lebai di Giant..

Lebai test songkok di rumah pulak..

Lebai 1 hari di hari raya...



Lebai layan ribena pulakkkk...lebai modernnnn katanya...



Ok selesai kisah lebai di Aidilfitri. huhuhuh