September 16, 2012

Minggu raya (terakhir)

Ok, hari ni 16hb sept 2012, selain aku ada exam takaful utk prudential (semalam), minggu ni jugak lah minggu terakhir hari raya.
So ramailah yang buat open house..
Tak ketinggalan mak aku jugak..
Bukan open house sebenarnya, just ajak kawan2 makan skit, kira menjamu la..
Ajak dekat2 sini je, bajet tak besar..
Ada jugak kawan2 yang buat open house, tp malangnya dgn keadaan aku yg sorg je nk handle anak, suami lak jauh di langkawi nun.. Memang berangan lah. Hohoho..
Transport pn tarak, patah kaki lorr..

*moga dipermudahkan urusan kami suami isteri.amin*

Ini gambar pagi semalam masa nk gi keje, tgk bdk2 ni tidur. Rasa kelakar sgt. Brotherhood sgt jelas disitu. Hehee

Legoland Malaysia

Sekarang tengah hot orang duk perkatakan pasal Legoland Malaysia.
Sapa sini dah pergi?
Semalam officially open kan? 15th September 2012..
kalau lah encik suami ada kt sini, senang jugak nak plan pergi ke Legoland untuk bawak anak2 jalan2.
Dengar cerita siap ada lesen untuk budak2 bawak kereta lumba? wah boleh ke luqman tu?
Hahaha..
berapa fees dia ek? RM140 per entry ek..
acu try masuk website dia..
ni antara yang dpt aku lihat kt website dia..



Wahh sapa dah pegi semalam? Boleh share experience korang and serba sedikit pasal legoland ni.
what to expect and did you get anything that you expected from there? hehe..sharing is caring..

September 15, 2012

Macam ni pun ada?

Tengah aku duk menggodek blog ni..
aku pun terpandang pada traffic chart..
tergerak hati nk tgk, dr mana or sebab apa org leh termasuk blog aku ni..

sekali boleh tengok orang google guna keyword ni..
apepuntakboleh!


bila masa plak blog aku jd blog porno ni? hahahaha
pastu siap google "terpegang payudara secara live"..gila punya details! LOL

September 14, 2012

Exam takaful (prubsn)

Alamak, tgk tajuk dah takut.
Esok jam 5ptg haku ada exam takaful..
Study tak lagi kot, tgk2 gitu je. Maklumlah, hari2 kerja, balik rumah jaga anak. Bila masa nak bacanya?(alasan)..
Tapi betui ape, penat lagi, ngantuk lagi(alasan lagi)..

Ingat malam ni lepas anak2 tidur, nak online la baca sikit2.. Aduiii.. Dah la esok ramai tetamu nak dtg umah. Mampukah aku ni?? :'(

Tips merawat anak demam panas

Bila anak demam, sape tak risau..tell me you are not..
tambah2 kita ada anak, seorang ibu yang mementingkan kesihatan lebih dari diri sendiri..
bile tengok anak demam, hati mudah tersentuh, hati mudah tersentap..
mula la terkenangkan anak sendiri yang lebih kurang usia kanak2 yang kita lihat depan mata kita. betul tak?

aku jugak alami perkara yang sama..
anak aku sorang 3 tahun, sorang almost 9 months..both are boys..
lasak dan aktif..alhamdulillah
when look at them, nothing that i pray for them except..
membesar dengan sempurna, sihat dan berjaya.

bab kesihatan sgt lah penting, hari ni mungkin kita tgk dia sihat, melompat2..lalu kita marah.
tapi esok lusa ditakdirkan dia jatuh sakit ( nauzubillah )..kita tak lagi lihat dia melompat2, tidak lagi
tgk dia kacau adik, buat bising, menjerit. ya Allah kau berikan la kesihatan berpanjangan pada mereka, kpd kami dan ibu2 kami. amin

so berbalik pd tajuk. there's some tips that i can share to those ibu muda yang mungkin tak tahu ape yang mereka perlu tahu bila anak demam. here i list what you should do and what should avoid

1) Anak demam, kalau umur bawah 1 tahun, elakkan terus memberi ubat. ubat adalah jalan kedua jika demam tidak kebah. mulakan dgn jeram/lap anak dengan tuala yg basah. sediakan bekas air supaya kita boleh terus lap bdn/kepala anak untuk turunkan suhu

2) pastikan setiap umah mempunyai thermometer to monitor body temperature. INI SANGAT PENTING! beli 1 atau 2, simpan dlm diaper bag or di rumah.ini sangat perlu disaat2 genting sbg cth: badan baby mudah panas ketika tgh malam. TENGAH MALAM HOKEY. masa ni la virus sgt active untuk menyerang bayi. dan ketika itu suhu bdn sgt tinggi. jd, selain ada perlu lakukan step 1, anda juga perlu tahu suhu terkini
untuk anda monitor lebih lanjut untuk tindakan seterusnya.

3) pastikan simpan ubat b*nt*t yang mana sangat (selalunya) lebih mujarab untuk turunkan suhu bayi secara mendadak. ia juga bertindak sangat efektif untuk kanak-kanak (toddler). saya ada pengalaman di mana anak saya ketika berusia 2 tahun demam panas on off, di masukkan ke KPJ, suhu normal tetapi bila tiba waktu selepas mandi, badan dia menggigil secara tiba2. untuk pengetahuan sekalian,
kalau badan anak ditahan menggigil, ini tidak bermakna suhu dia turun mendadak ye. badan mengigil tanda suhu terlalu tinggi di dalam badan.YE, DALAM BADAN. Jadi ketika itu, apa yang nurse disitu lakukan, dia terus masukkan ubat tersebut untuk turunkan suhu badannya. Alhamdulillah ianya berjaya. itu yg penting. kena ingat, suhu yang tinggi kalau dibiarkan beberapa minit mampu merosakkan otak!
ingat ye ibu2 sekalian. Jadi, elakkan suhu itu meningkat secara mendadak. Lewat bertindak beberapa minit, anda mungkin merosakkan kehidupannya untuk selamanya. nauzubillah

4) Jika step 1-3 tidak jalan, sila pastikan anda tidak berlengah walaupun seminit or tunggu subuh hari or tunggu dinihari. teruskan amik perkara penting dan pandu ke emergency ok. demam yang panas sangat dititikberatkan, dan emergency pasti entertain!
Don't worry, take the action NOW!

Sekian, serba sedikit tips yang ingin saya kongsikan bersama ibu sekalian. ini adalah berdasarkan pengalaman sendiri dan pembacaan peribadi.

mungkin ada di antara anda ingin menokok tambah dan kongsikan sedikit pengalaman anda. Ye, ubat demam tu memang kalau perlu ada, tetapi liquid medicine

selalunya kurang berkesan, tambah2 demam yg berpanjangan dan suhu yang sangat tinggi.

Wallahualam

Updated!

Lupa, pastikan anak yang demam tidak disarungkan badannya dengan pakaian yang tebal, tidak di selimut, senang cerita, jangan pakaikan baju boleh? just pampers saje. suhu yang panas, kalau disarungkan pakaikan, mampu menaikkan lagi suhu badan dia. tak sama seperti orang dewasa hokey. ingat tu! jangan sesekali selubungi dia dengan kain/selimut whatsoever. biarkan sahaja suhu badan dia dibebaskan :)

Nurul Syuhada letak jawatan?

Ketinggalan sungguh aku ni.
duk bukak yahoo frontpage baru tau pasal ni..
sebab tak silap aku, baru je semalam tgk dia ke udara di malaysia hari ini (MHI) di TV3..
tapi betul ke dia letak jawatan?
ke propa je?

boleh sape2 sah kan?

Aura Maya sangat best

wa cakap lu..
sangat best..

bukan cakap omong2 kosong ok.
saya adalah penggunanya sejak feb/march gitu..
dan saya kini meneruskan penggunaannya ..

setelah ditimbang tara, saya kini adalah agent aura maya..
sila lah beli dari saya okkkkk

http://auramaya-agent.blogspot.com

ok sila proceed je sebab google masih review blog tu..
ada org dengki busuk hati gi report my blog as spam.
aiyooo manusia2..

Antara gambar terbaru ku..

Duit Nuffnang

Ok, ok..malu nak cerita. blog ni dah lama kot wujud. thn 2007 ke 2008.
wpn tak ber update to date. tp syg nak tutup..

tp to be honest, aku bukan penulis blog tegar..
tapi dah lama jd nuffies (ye ker cmni gelaran diorg bg.. bluek) so hari ni saje2 nk bukak account nuffnang nk tgk berapa amount yg ada..

hahahaha, gile babing..ok mesti korg nk ckp dh byk or what..
tapi yg pasti..belum layak utk di cash out. ekekekke
sila gelakkan saya kerana begitu ketinggalan.
ok takde masa kot..malas kot?
tp kagum gila ibu2 yang rajin update blog hari-hari. rajin gila snap gambar, upload and menulis.
ok kagum.

so hasil kemalasan saya, inilah amount yang ada setelah bertahun2 kejadian blog ini..

ok baiiiii