September 14, 2012

Tips merawat anak demam panas

Bila anak demam, sape tak risau..tell me you are not..
tambah2 kita ada anak, seorang ibu yang mementingkan kesihatan lebih dari diri sendiri..
bile tengok anak demam, hati mudah tersentuh, hati mudah tersentap..
mula la terkenangkan anak sendiri yang lebih kurang usia kanak2 yang kita lihat depan mata kita. betul tak?

aku jugak alami perkara yang sama..
anak aku sorang 3 tahun, sorang almost 9 months..both are boys..
lasak dan aktif..alhamdulillah
when look at them, nothing that i pray for them except..
membesar dengan sempurna, sihat dan berjaya.

bab kesihatan sgt lah penting, hari ni mungkin kita tgk dia sihat, melompat2..lalu kita marah.
tapi esok lusa ditakdirkan dia jatuh sakit ( nauzubillah )..kita tak lagi lihat dia melompat2, tidak lagi
tgk dia kacau adik, buat bising, menjerit. ya Allah kau berikan la kesihatan berpanjangan pada mereka, kpd kami dan ibu2 kami. amin

so berbalik pd tajuk. there's some tips that i can share to those ibu muda yang mungkin tak tahu ape yang mereka perlu tahu bila anak demam. here i list what you should do and what should avoid

1) Anak demam, kalau umur bawah 1 tahun, elakkan terus memberi ubat. ubat adalah jalan kedua jika demam tidak kebah. mulakan dgn jeram/lap anak dengan tuala yg basah. sediakan bekas air supaya kita boleh terus lap bdn/kepala anak untuk turunkan suhu

2) pastikan setiap umah mempunyai thermometer to monitor body temperature. INI SANGAT PENTING! beli 1 atau 2, simpan dlm diaper bag or di rumah.ini sangat perlu disaat2 genting sbg cth: badan baby mudah panas ketika tgh malam. TENGAH MALAM HOKEY. masa ni la virus sgt active untuk menyerang bayi. dan ketika itu suhu bdn sgt tinggi. jd, selain ada perlu lakukan step 1, anda juga perlu tahu suhu terkini
untuk anda monitor lebih lanjut untuk tindakan seterusnya.

3) pastikan simpan ubat b*nt*t yang mana sangat (selalunya) lebih mujarab untuk turunkan suhu bayi secara mendadak. ia juga bertindak sangat efektif untuk kanak-kanak (toddler). saya ada pengalaman di mana anak saya ketika berusia 2 tahun demam panas on off, di masukkan ke KPJ, suhu normal tetapi bila tiba waktu selepas mandi, badan dia menggigil secara tiba2. untuk pengetahuan sekalian,
kalau badan anak ditahan menggigil, ini tidak bermakna suhu dia turun mendadak ye. badan mengigil tanda suhu terlalu tinggi di dalam badan.YE, DALAM BADAN. Jadi ketika itu, apa yang nurse disitu lakukan, dia terus masukkan ubat tersebut untuk turunkan suhu badannya. Alhamdulillah ianya berjaya. itu yg penting. kena ingat, suhu yang tinggi kalau dibiarkan beberapa minit mampu merosakkan otak!
ingat ye ibu2 sekalian. Jadi, elakkan suhu itu meningkat secara mendadak. Lewat bertindak beberapa minit, anda mungkin merosakkan kehidupannya untuk selamanya. nauzubillah

4) Jika step 1-3 tidak jalan, sila pastikan anda tidak berlengah walaupun seminit or tunggu subuh hari or tunggu dinihari. teruskan amik perkara penting dan pandu ke emergency ok. demam yang panas sangat dititikberatkan, dan emergency pasti entertain!
Don't worry, take the action NOW!

Sekian, serba sedikit tips yang ingin saya kongsikan bersama ibu sekalian. ini adalah berdasarkan pengalaman sendiri dan pembacaan peribadi.

mungkin ada di antara anda ingin menokok tambah dan kongsikan sedikit pengalaman anda. Ye, ubat demam tu memang kalau perlu ada, tetapi liquid medicine

selalunya kurang berkesan, tambah2 demam yg berpanjangan dan suhu yang sangat tinggi.

Wallahualam

Updated!

Lupa, pastikan anak yang demam tidak disarungkan badannya dengan pakaian yang tebal, tidak di selimut, senang cerita, jangan pakaikan baju boleh? just pampers saje. suhu yang panas, kalau disarungkan pakaikan, mampu menaikkan lagi suhu badan dia. tak sama seperti orang dewasa hokey. ingat tu! jangan sesekali selubungi dia dengan kain/selimut whatsoever. biarkan sahaja suhu badan dia dibebaskan :)