September 16, 2012

Minggu raya (terakhir)

Ok, hari ni 16hb sept 2012, selain aku ada exam takaful utk prudential (semalam), minggu ni jugak lah minggu terakhir hari raya.
So ramailah yang buat open house..
Tak ketinggalan mak aku jugak..
Bukan open house sebenarnya, just ajak kawan2 makan skit, kira menjamu la..
Ajak dekat2 sini je, bajet tak besar..
Ada jugak kawan2 yang buat open house, tp malangnya dgn keadaan aku yg sorg je nk handle anak, suami lak jauh di langkawi nun.. Memang berangan lah. Hohoho..
Transport pn tarak, patah kaki lorr..

*moga dipermudahkan urusan kami suami isteri.amin*

Ini gambar pagi semalam masa nk gi keje, tgk bdk2 ni tidur. Rasa kelakar sgt. Brotherhood sgt jelas disitu. Hehee