September 29, 2010

6.13 a.m


tengok skang pukul berapa? online? aku online dari kul 4.30 a.m td. tibe2 tak boleh tido selepas terjaga dari lena. ohh lepas luqman BF td..dlm kul 4 gitu la kot..

so aku terus bangkit, keluar dari bilik and tutup pintu. senang nak beroperasi kt luar bilik. kang dia jaga kang.
so aku jengah dapur..ade few glasses tak dibasuh. heh! ok buat tu dulu..
pastu pikir nak buat ape. ok capai penyapu, sapu dulu.
then ambik mop, mop pulak ( a right time to do it!)
then on wifi, ONLINE!
one hour late, dengar suara luqman nangis, masuk bilik, BF dia smpi dia tido balik. and tukar diaper..
pastu keluar balik, iron baju pulak. for both..biasa la, bab iron meng'iron' memang suka last minit haku ni.
dah sudah..apa lagi ek?
pastu baca magazine and sambung online.heheh..tak ngantuk lgsg. tp kalau sambung sure terlajak!
ok now nak mandi, get ready to school..tadaaaa...

September 23, 2010

luqman tido..

so ummi dia pn buang masa lah..ok ok jgn slh faham. dah lama aku tak buat kerja2 cmni. sejak2 dh pindah ke seremban ni. life aku mcm 360 deg berubah..pagi pergi keje, tghari singgah balik umah mak. lepak umah mak smpi ptg, dh ptg baru balik umah kitorg. internet pun aritu ada, lepas tu terminated sbb kononnya nk pakai streamyx. tp tangguh punya tangguh, la ni baru dpt streamyx. laju leh tahan, compare to berukband m**** tu..huh menci tol! ni dh la 24hours..padan muke ko beruk!
so bile dh ade line kt rumah, syok la skit nk balik umah. xde la boring. ok fyi, aku ni mmg kureng bab tv. so klau tv ade pun mcm segan idop mati tak mau je klau yg nk tolong tekankan. tunggu laki aku balik ler baru tolong on kan. ehehe..tah la, mmg aku kureng bab tv. tgk tu tgk lah, tp entah, boleh idop la tanpa tv. eheh..
so skang bile balik awal ke rumah. laki ku kerja, anak lak tido. first mesti ler aku amik kesempatan kemas rumah dulu. ala kemas rumah ni kemas ape je, paling busuk sapu lantai dan mop, pastu kemas dapur kut2 ada lebihan pinggan tak dibasuh. tapi nmpknye arini clear. laki aku rajin kot mlm td. ms aku dh tido, dia tlg clearkan apa yang dia last mkn. so kire sng skit keje aku la ni..aku just menyapu, mop, dan basuh baju..ok bab basuh baju, tentu la mesin yang basuhkan, kan? ehehehe...bab mop mengemop ni, aku mmg feveret. klau buleh ari2 nk mop. tp la ni kene plan wktu mop, kalau x masa luqman tido, mesti kene mop ms daddy dia ade. aku dah kena last week, time aku mop dia dtg.masa tu daddy dia duk ralit tgk tv. skali dia mai, aku ckp suh amik dia. tp daddy dia just pggl je. of cos la budak tu buat dek je. skali jln, terus terlentang. tak sempat buat ape dah..kuar bola kt blkg kepala..haihhh anak anak..ckp sekali bukan mau dgr. hihihi..so iktibar dr situ, husband aku ckp, buat keje tu time anak takde. tp paham2 je la, limited sungguh ms yang aku ada. so far mmg kene dia tggu dia tido. tak siang, malam..tak pun aku terlajak tak mop smpi 2 hari. alamatnya jalan berjingkit ler dlm rumah..melekit!
tp aku ada hobi baru. berkebun. wakakkak..ok jgn gelak. bukan berkebun mende, stakat tanam2 bunga idop segan mati tak mahu untuk tanah sekangkang kera tu..buleh la buat penyedap mata memandang..aku tanam la 2-3 jenis bunga. pastu cabut2 la skit rumput slalu..aritu sakit tgn duk cabut semalu. sbb nk cabut kene smpi ke akar. ok keje2 gini kene tunggu laki aku balik. spy dia leh monitor si kecik. kira aku buat keje kt luar, laki aku main2 ler ngan luqman kt dlm umah. dan slalunye kesempatan yang ada untuk aku siram pokok or cucuk tanam skit adalah maghrib ke atas....haaa ms tu klau jiran nmpk kira malu gak ler..ehehe..wiken ade gak aku buat skit2 bile redup petang tu. tp paham2 je la, ms wiken tu la kecoh nk ajak keluar la..bilenye la ms aku nk bercucuk tanam ( bercucuk sgt lah haiiii!)..skang ni aku jd peminat lanskap..sibaik la umah sewa. klau umah sendiri, syok gak kan? takpe lah, umah sewa pn kena gak jg penampilan..supaya takde lah nmpk cam rumah tinggal.. eh apa aku melalut ni..
entry ni sekadar nk nyotnyet sementara baju aku siap basuh dan luqman pn masih lena. ms mop td aku tpkse tutup pintu bilik sbb sementara lantai nk kering kang buat sikecik kuar, naya je..dia tu menonong je klau tgk org takde tido sblh dia..
aikk tibe2 mak tepon..oohh dia risau aku duk berdua je ngn luqman kt rumah kot. ye lah slalu aku lepak smpi ptg kt umah dia. smpt lg mak pesan tu, "haa anak tido tu bwk2 la masak, buat keje ke ape.."..aku jwb.."sudah.."
heheheh kalau bab masak tu aku tak buat pn arini. sbb arini bajet nk mkn kt luar je. nk suh laki ku belanja. ehehe..malas nk masak. bahan pn takde. nk gi beli pn malas. senang cite MALAS la nak masak. ekekeke..
ok la..penat lak berceloteh. gmbr pn takde.nk buh gmbr ape? kebun mini aku? ahahahha..nnt la aku upload. bikin malu je kan. ehehehehhe..

teett teettt..haaa baju aku pn habis dah di basuh. buhbyeeeeeeeeeee...

updated! kebun mini yg ala2 idop segan mati tak mau..hihi

 pokok ati2 yg minum air byk, kalau tak dia layu. huhu

pokok yg memerlukan keredupan..

September 21, 2010

anak awak suka tak..?

anak awak suka tak menjerit?
anak saya suka main jerit2, even tak sabar org lambat suap dia makan pn dia jerit!

anak awak suka makan tak?
anak saya seorang yang 'good eater'..tolak batu kayu ubat..hahahaha

anak awak suka sepahkan baju yang dah dilipat tak?
anak saya pantang nampak baju yang dah kemas dilipat..dia mula la dtg buat2 tgk, pantang kita lepa, dia pun 'kirai'kan kekemasan..huhu

anak awak suka tarik table runner tak?
anak saya tak mcm anak org, behave je..huhu..anak saya nmpk je table runner tu terjurai, agak2 paras tangan dia nak capai, mula la dia tarik. sblm tarik tu mesti tengok kita dulu! kita dtg je cpt2 dia tarik..clever boy!

anak awak suka campak handphone tak?
anak saya suka campak handphone..campak tamo atas carpet or soft medium..mesti nak campak atas lantai supaya bunyi tu best skit..adoiii

anak awak suka gigit orang tak?
anak saya suka gigit klau dia geram kt orang tu. cth abg ipar saya dukung dia..dia nk turun tp tak dilepaskan..dia gigit bahu abg ipar saya smpi dia terjerit sbb terkejut. kakak saya pun dah kena smpi lebam..hahaha..saya ni toksah la cakap..ms breastfeed slalu je saya tekup muka dia if he bites! dia boleh gelakkan saya? dia ingat kita bergurau..huhu anak anak..

anak awak suka sepah2kan rumah?
anak saya? mesti orang dh tau jawapan..tp kenapa bila saya tanya anak org, behave ya amat...tak usik pun pasu2 bunga mak dia..bertuah anak saya..ehehe

anak awak suka main rubber band?
anak saya akan leka kalau jumpa bende ni..dia siap meniarap duk main getah ni..ape yang syok sgt tah..

anak awak suka tak dengan ais?
hmmm kalau la luqman nangis, bagi ais, senyap sengih2 terus..taktik taktik..

apa lagi yang anak awak suka tapi anak saya tak suka ek??

tapi bertuahnya ada anak ni kan? sebab dia la penawar hati...
nnt kalau ingat boleh la tambah lagi..

September 1, 2010

Pre-raya gathering with family members

Alhamdulillah di atas kurnia-Nya..kami sekeluarga dpt berkumpul utk berbuka puasa bersama..
Walaupun ia sekadar buka puasa yang simple, but its really meaningful to ourselves..
boleh dikatakan semuanya ada except 3 of our anak buah ( nieces & nephew ) and my sister ( & her husband)..those who not coming really had their own reasons ( understand )..
really sorry to my sister who cannot make it due to her condition . she had miscarriaged for the 3rd time ( discovered on the day itself) a day before..pity her. but since reservation has been made & paid, agenda tetap diteruskan..


So majlis berbuka puasa ni actually a last minute arrangement, in-charged by moi but fully sponsored by my brother ( thanks bro!)

food was Okay ( atleast with the price & place) and people really supportive.
all in all, everyone is enjoyed themselves!
so peeps, enjoy the piccas ya?




my mini family :)

1 Malaysia! hahaha family sporting..




candid..
  
si bobot ;p






again, us :)




cheeky boy!





my BIG family! :)
                                                                                                 

terima kasih pada semua kerana meluangkan masa walaupun pada hari ISNIN!