July 15, 2010

11 bulan yang lalu..

pejam celik pejam celik, luqman dah pun menghampiri zon toddler..huhu
rase sakit bersalin mcm belum pun hilang..tapi masa betul2 mencemburi kita, kan?
rasa macam nak rewind balik saat dulu. rindunye..
tp masakan boleh...yang pasti, masa tetap meninggalkan kita.
yang hanya tinggal adalah kenangan yang terus menjadi sejarah dalam lipatan hidup kita..
pengalaman yang cukup manis menjadi seorang isteri, ibu yang mengandung genap 9 bln dan juga ummi kepada seorang anak yang comel, manja serta keletah. alahai anak ummi..
belum sedetik pun tidurku tanpa dia setelah dia mengenal umminya..maksudnya memang lah dulu luqman pernah ditinggalkan tidur bersama neneknya. tapi..itu dulu..masa tu situasi betul2 tiada pilihan..
tapi kini tak lagi..tidur pasti bawah ketiak ummi..anak yg sgt manja..sejuk hati bile melihat keletah dia..
hmmm teringat kisah baru2 ni..ummi dan daddy pergi ke tampin untuk menyelesaikan urusan kerja sehingga lewat malam. luqman di tinggalkan sekejap dirumah mak. walaupun tahu dia penat tak cukup tidur, mak cakap luqman bermain sampai pukul 1 pagi...tanpa ada rasa penat. walhal waktu tidur terakhirnya pada hari tu ialah 1 tengahari! fuuhhh bayangkan, gigihnya dia menunggu kepulangan ummi dan daddy..tapi tidur jugak akhirnya, cuma selang beberapa minit sahaja sebelum kepulangan ummi dan daddy..
mungkin dia menunggu tapi tak tahu nak cakap.mujur dia tak meragam..sekadar bermain dan main dan main..disuruh tido sedikit pun dia tak mahu..alahai anak ummi..
hurmmm..bulan depan genap la luqman setahun..ape nak prepare ek??
perasaan tu excited, tp sedih..sebab kejap je dia akan menjadi 'anak bujang'..huhuu
birthday luqman jatuh pada bulan puasa..so cadang2nya nak buat party during hari raya, so skaligus la open hausss..hahahha..tp boleh ke ni? bab2 plan ni aku tak reti sgt..slalu je fail..harap2 menjadi la plan kali ni..aminn
nampak gaya blog ni dh bersarang menjadi tukun. klau nak update pun, more on luqman je..malas lahhh


few hours after delivery..


1st few months..

2 months++

3 months

6 months
9 months

9 months

10 months

10 months++

 as at 10months++ on 3rd July 2010 


tak ku sangka anakku makin membujang. :)))