September 21, 2010

anak awak suka tak..?

anak awak suka tak menjerit?
anak saya suka main jerit2, even tak sabar org lambat suap dia makan pn dia jerit!

anak awak suka makan tak?
anak saya seorang yang 'good eater'..tolak batu kayu ubat..hahahaha

anak awak suka sepahkan baju yang dah dilipat tak?
anak saya pantang nampak baju yang dah kemas dilipat..dia mula la dtg buat2 tgk, pantang kita lepa, dia pun 'kirai'kan kekemasan..huhu

anak awak suka tarik table runner tak?
anak saya tak mcm anak org, behave je..huhu..anak saya nmpk je table runner tu terjurai, agak2 paras tangan dia nak capai, mula la dia tarik. sblm tarik tu mesti tengok kita dulu! kita dtg je cpt2 dia tarik..clever boy!

anak awak suka campak handphone tak?
anak saya suka campak handphone..campak tamo atas carpet or soft medium..mesti nak campak atas lantai supaya bunyi tu best skit..adoiii

anak awak suka gigit orang tak?
anak saya suka gigit klau dia geram kt orang tu. cth abg ipar saya dukung dia..dia nk turun tp tak dilepaskan..dia gigit bahu abg ipar saya smpi dia terjerit sbb terkejut. kakak saya pun dah kena smpi lebam..hahaha..saya ni toksah la cakap..ms breastfeed slalu je saya tekup muka dia if he bites! dia boleh gelakkan saya? dia ingat kita bergurau..huhu anak anak..

anak awak suka sepah2kan rumah?
anak saya? mesti orang dh tau jawapan..tp kenapa bila saya tanya anak org, behave ya amat...tak usik pun pasu2 bunga mak dia..bertuah anak saya..ehehe

anak awak suka main rubber band?
anak saya akan leka kalau jumpa bende ni..dia siap meniarap duk main getah ni..ape yang syok sgt tah..

anak awak suka tak dengan ais?
hmmm kalau la luqman nangis, bagi ais, senyap sengih2 terus..taktik taktik..

apa lagi yang anak awak suka tapi anak saya tak suka ek??

tapi bertuahnya ada anak ni kan? sebab dia la penawar hati...
nnt kalau ingat boleh la tambah lagi..

No comments: