November 23, 2009

Memerah susu ibu

Seperti yang kita semua sedia maklum, terdapat pelbagai cara untuk memastikan anak-anak sentiasa mendapat bekalan susu ibu secukupnya. Walaupun seseorang ibu itu bekerja, ia masih boleh memberi susu ibu secukupnya jika ia didatangi dengan azam dan semangat yang tinggi. Jadi, kebiasaan bagi ibu2 bekerja, mereka akan perah dan simpan susu2 ibu untuk kegunaan anak mereka ketika keluar bekerja. Segala masalah akan dapat diatasi jika keinginan itu ada.
tak salah bagi ibu2 yang belum membeli breastpump atas sebab2 tertentu menggunakan cara manual. ye lah, mustahil yang semulajadi itu tidak sesuai diguna pakai..bayangkan bagi yang tidak mampu tetapi harus keluar bekerja.
opss terasa macam buat karangan pulak ;p..

ok sekadar berkongsi maklumat..sangat2 berguna untuk ibu2 diluar sana yang ingin breastfeed baby sepenuhnya..terdapat 2 cara yang mudah, menggunakan tangan ( ye saya pernah cuba dan berjaya..cuma perlukan kesabaran yang tinggi ) dan manual/electrical pumping..


Disini ada cara untuk dijadikan panduan bagi all mom2be :D

1.Memerah dengan tangan

-memerah dengan tangan adalah pilihan terbaik jika perlu memerah susu pada hari-hari 1-3 selepas kelahiran
-basuh tangan dengan bersih sebelum memerah
-sediakan bekas yang bersih dan steril
-lakukan pemerahan di tempat yang bersih, tenang dan selesa
-boleh dilakukan dalam keadaan duduk atau berdiri dalam keadaan yang selesa
-buat sedikit urutan pada payudara dan rangsang/gentel puting payudara untuk memberi rangsangan (refleks oksitosin atau let-down reflex)
-melihat gambar bayi juga boleh membantu menghasilkan refleks
-tuam panas payudara beberapa ketika juga boleh membantu menghasilkan refleks penghasilan susu
-buat pegangan “C” pada payudara, letakkan ibu jari di sebelah atas payudara berdekatan areola manakala jari telunjuk di bahagian bawah (utara dan selatan)
-tekan payudara ke belakang ke arah dada
-perah/picit dengan lembut menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, picit selama 2 saat dan lepaskan
-teruskan memicit sehingga susu keluar
-perah ke dalam bekas yang bersih dan steril
-buat berulang kali sehingga tiada lagi susu keluar
-tukar posisi jari ke bahagian lain mengikut pusingan semua bahagian payudara (timur-barat, tenggara-barat laut, barat daya-timur laut)
-ulang proses memerah sehingga tiada lagi titisan susu
-tukar ke payudara yang satu lagi
-urut kedua-dua payudara dan mulakan sekali lagi
-perah setiap payudara 5-10 minit secara bergilir
-setelah selesai memerah, sapukan beberapa titik susu ke atas puting dan keringkan puting payudara






2.Memerah dengan pam payudara ( ini rasanya ramai yang tahu )

-baca panduan penggunaan pam dan panduan pembersihan peralatan mengepam sebelum menggunakannya
-basuh dengan bersih dan sterilkan peralatan mengepam
-duduk atau berdiri dalam keadaan yang selesa
-rangsang puting payudara untuk menghasilkan refleks oksitosin (let-down reflex)
-posisikan puting payudara ke dalam corong breast shield
-mula mengepam pada kelajuan hisapan paling rendah (jika menggunakan pam elektrik/bateri)
-boleh laraskan kelajuan hisapan mengikut keselesaan
-pam kedua-dua belah payudara secara bergilir-gilir
-masa mengepam antara 10-20 minit (berbeza mengikut individu)




Nota :

Memerah susu ibu perlu dilakukan dalam keadaan tenang, selesa dan tidak menyakitkan
Urutan dan rangsangan pada puting payudara perlu untuk mencetuskan refleks oksitosin (let-down reflex)
Memerah dengan kerap adalah lebih berkesan untuk meningkatkan penghasilan susu ibu berbanding memerah dalam tempoh masa yang lama dalam satu sesi pemerahan
Pilih pam yang sesuai sama ada pam manual, atau pam elektrik, atau pam elektik yang boleh menggunakan bateri, single pump atau double pump
Pam yang baik adalah pam yang mampu meniru gaya hisapan bayi (baby mimic suction)
Patuhi rutin mengepam setiap hari (3-4 kali dalam tempoh bekerja 8 pg – 5 ptg)
Memerah susu pada waktu malam juga dapat meningkatkan penghasilan susu ibu
Ibu juga digalakkan memerah susu pada sebelah payudara sambil bayi menghisap payudara yang satu lagi

Source credited : http://www.momschoice.com.my

nanti sambung bagaimana menyimpan susu ibu :) ( utk rujukan bagi yang tidak tahu je..yg dh tau, buat2 la x tau ek..hahahah )

No comments: