August 21, 2009

jangan jadikan alasan..

walaupun bersalin ikut tingkap, tak bererti aku boleh lari dari berpantang cara kebiasaan org berpntg. mungkin ade la sedikit perbezaan yang mana aku tak perlu aku amalkan.

sebelum bersalin aku terfikir juga untuk mencari mana2 set selepas bersalin. samada untuk dimakan, mahupun pemakaian. tapi entah kenapa, sampai ke penghujung masa pun, aku tetap tak beli. tak tahu nak yang mana. tambahan pula mak kata, takut baby menyusu badan nanti dia pulak tak serasi. so terbantut la aku nak membelinya. ye lah, mcmana nak tau yang mana serasi kan. hmmm..

keadaan bertambah pasti bila aku tahu aku akan di operate. jadi keperluan untuk set selepas bersalin kurang diambil peduli.

tetapi semuanya berubah setelah aku menerima set selepas bersalin ini dari seseorang. siap bengkung lagi! boleh ke aku pakai ni, dah la operate. (kebiasaan orang cakap kalau operate tak boleh berbengkung )..

Tropical Herbs Post Natal Care & Post Natal Binder from Amway
Semuanya lengkap ada di dalam. kebetulan makcik ngurut ( urut badan je, perut tak usik) ada suggest kat aku beli Sari Ayu pnya param, pilis & tapel. dia cakap murah je. masa dia cakap ni, aku belum pun menerima set ni. so aku setuju je lah nak beli 3 bende ni. tapi since dah dpt, tak perlu la aku kalut gi mencari pulak. so bermula la aktiviti mengurut tu hari ni, hari ke-8. fuhh sedap betol dpt urut belakang badan guna minyak urut herba ni. aku rasa sakit2 yang dah lama aku kumpul sejak mengandung ni semua dpt dirasa masa urut skang ni..sakit ya amat bile dia tekan kt urat2 tegang tu. tapi selesai urut, betol2 rasa ringan.
Content of this set
Antara yang ada di dalam box ni ialah..
- Teh herba ( lom minum lagi)
- Herba bersalin 1 ( lom try )
- Herba bersalin 2 ( lom try )
- Herba pembersih wanita (lom try)
- Herba mandian wanita ( lom try)
- Pilis (dah sapu kt dahi skang ni )
- Param (dah sapu kt bdn td oleh makcik urut :P)
- Tapel (Buh kt perut oleh makcik urut sebelum pakai bengkung)
- Minyak Urut Herba (buat urut badan)
- Minyak bayi ( lom sapu kt baby )
Rasa lengkap set ni, so sesapa rasa nak beli, leh la cek ngan amway kot. Bengkung tu kita pakai gak, tapi setakat paras perut ke atas je. bahagian bawah ( especially tmpt operate ) tu kita biarkan tak berikat. so takde lah tertutup, senang nak bergerak. sebab tempat operate tu tak leh terkurung, nanti berpeluh, bernanah plak. adoiii..tapi dpt ikat dr perut ke atas pun dh rasa ok dah, ditambah plak dengan buh tapel tu..panas je rasa perut. huhuhu nak kempis nya pasal. nak urut kt situ tak boleh :(

Bawah ni makcik urut dah suh label kan, untuk kegunaan hari2 mendatang sehingga cukup 44 hari ( ye ke aku serajin tu :P)..hehehehe..kalau mak rajin tolong, dia lah kot tolong buat. tapi nak cun masa raya nye pasal, kene la follow cakap orang yang lebih dulu makan garam :P

R-L : Tapel, Param, Pilis

Anyway, thanks to Mr Lim! your gift sangat2 lah berguna..

No comments: