April 4, 2009

i'm okay..

terasa masa pantas berjalan. this mommy2be dah nak pun masuk 5 bulan. cepat kan????? uwaaaaaa takut la plak bila pikir pasal labour. especially baca experiences orang yang kadang-kadang agak scary. :-ss.. harap2 la semua berjalan dengan lancar nanti. amin..

cakap pasal condition and everything, ingat pasal MGTT yang kene buat tu. masih tak buat2 sampai la pagi tadi baru decided nak buat kt TDMC. itu pun sebab next week ada another monthly check-up. so sebelum doc tanya dah buat ke belum, baik buat. heeeee..

so pagi tadi pagi2 dah kuar sebab takut terlambat nanti que panjang plak. hmm, skali bila sampai, pergi kt Dr. Loo clinic tu sekali tengok memang la ramai. sibaik la bukan turn aku arini buat check-up. hehe. pergi sana nak amik form untuk ujian darah & MGTT tu. lepas tu assistant dia suh tunggu, so ingatkan tunggu je lah lepas tu nanti dia suh turun kt lab. sambil2 tunggu tu, diorang ada la bagi goodies ni..


biasa la kan private provides bende2 gini kan. macam masa last check-up, diorang ada banyak bagi sample enfamama choc tu. shedapppp..tapi arini tengok takde plak. kalau ada leh amik tadi. pastu tengok ada huggies goodies bag gak. tapi diorang tak bagi kt semua. mungkinaku belum sampai masa kot bagi diorang. sebab yang dapat tu macam dah big BIG belly je. huhuhu..
ni isi dalam goodies tu..chomel kan? baju2 baby memang selalu comel, tak kira la ape pun. sbb size dia alalalala thomelnye..huhu..
so tengah tunggu2 tu, ada sorang nurse a.k.a assistant Dr Loo ni tanya aku dah buat belum test. aku cakap ler belum sebab budak ( assistant ) tadi tu cakap suh tunggu ke mende tah dulu. laaaa dia cakap kena la pergi dulu. buang masa je aku duk sini tadi duk melangok tak buat pape. huhu..then dia cakap, dah amik nanti kena la tunggu balik lagi 1 jam. laa gitu ke ghopenye. huhuu. so dah amik darah, air kencing & minum air gula ( tak la teruk sangat manisnya )..kene tunggu 1 jam lagi. adoi..dah la tak di benar kan makan between that time. aku pun dah lapo ala2 boring sebab menunggu tak tau nak buat apa. dah la memang berpuasa dari kul 12 malam. so kul 1030am amik lagi darah & air kencing untuk 2nd time. pastu tunggu lagi 1 jam. phew! masa ni rasa tangan tu dah sakit sebab cucuk kat tempat yang sama.

untuk 3rd time aku request cucuk kt tangan lagi 1 plak. masa tu betol2 dah lapa. lepas selepas yang kali ke-3, terus pecut balik rumah. masa tu dah beli roti, kacang & keropok sebab betol2 lapa dan rasa nak pitam. huhuhuh..

balik je umah terus ..bummm..tidooooooo..peninggggg..hubby call tanya nak tapau ape. ape2 aje lah bang. betol2 tak larat masa tu.

tak sabar nak tunggu next check-up, for details scan. harap semua nya okay . pray for me k! c ya..

No comments: