March 27, 2009

Tidak tumbuh or tidak perasan?

aku tak pasti ini normal or rare cases..

aku tak pasti bile ianya berlaku atau pernah berlakukah ia?

adakah aku manusia terpencil mengalami atau berfikiran seperti ini?

aku tak pernah tau or aku tak perasan...

hmmm...

menjadi masalah pulak bila menjadi tanda tanya dan seolah2 satu kepelikan bagi sesetengah orang..

GIGI BONGSU AKU DAH TUMBUH KE EK?????????

..sebab aku tak pernah rase kesakitan bile 'wisdom teeth' ni tumbuh or menular or ape2 aje lah spjg idop aku. betol ke?? tp aku pasti memang aku tak pernah mengalami masalah sakit gigi or gusi since remaje to dewasa..ms kecik lain cite la kan bile gigi nk tercabut ke ape. huhu

pernah ke jadi begini? or WAJIB ke sakit bile gigi bongsu ni bila ia tumbuh..?

i did some research..and i found this..do not know whether true or not..hmm. maybe orang lain boleh kongsi pengalaman or any other info.

Geraham bongsu senget punca sakit
PERNAH mendengar mengenai geraham bongsu? Kononnya, selagi ia tidak tumbuh, selagi itulah anda belum ‘dewasa’.
Geraham bongsu selalu dikaitkan dengan kesakitan dan dianggap penanda kedewasaan seseorang. Geraham bongsu sebenarnya tidak banyak berbeza daripada gigi yang lain. Ia adalah gigi yang tumbuh di hujung mulut. Geraham bongsu biasanya tumbuh apabila anda berusia antara 17 hingga 21 tahun. Kerana kelewatan itu ia dikenali
sebagai geraham bongsu (wisdom teeth).Sebenarnya, bukan semua orang mengalami kesakitan apabila geraham bongsu ini tumbuh. Jika anda mengalami kesakitan ketika geraham bongsu tumbuh, anak anda mungkin tidak. Jadi jangan
terlalu menakut-nakutkan dia.Geraham bongsu boleh mendatangkan masalah dan kesakitan jika ia tidak tumbuh dengan betul. Misalnya, ia mungkin tumbuh secara horizontal.Kedudukan geraham bongsu yang tumbuh tidak betul juga boleh mengganggu susunan gigi lain atau merosakkan tulang rahang atau saraf. Kedudukan itu membuatkan ia mudah reput.Jika ia terperangkap dalam tisu atau tulang rahang atau tumbuh separuh saja ia juga boleh mendatangkan masalah.Gigi geraham bongsu yang tumbuh separuh boleh menyebabkan masalah gusi. Malah
kedudukannya yang jauh menyukarkan anda memberusnya. Geraham bongsu yang tumbuh separuh menimbulkan kesakitan.Keadaan ini dikenali sebagai ‘impacted’. Geraham bongsu ini tersekat pertumbuhannya kerana rahang tidak memiliki ruang yang cukup untuk semua gigi. Ini disebabkan gigi anda tidak tumbuh dengan susunan yang betul. Mungkin sebahagiannya senget atau tidak teratur. Atau mungkin juga rahang tidak cukup luas untuk kesemua gigi.
Masalah geraham bongsu yang begini memang sangat biasa ditemui. Begitupun masih ada mereka yang tidak mengalami masalah. Malah mungkin langsung tidak menyedari, gigi geraham bongsunya sedang tumbuh!Gigi geraham bongsu yang tersekat boleh mendatangkan masalah. Ia mudah memerangkap sisa makanan dan plak. Ia menyebabkan kawasan itu bengkak, sakit dan mulut berbau. Ia juga kadang kala boleh merosakkan gigi yang
lain kerana jangkitan.Jika geraham bongsu itu tidak berfungsi, mereput, mengalami jangkitan atau mengganggu kunyahan, ia mungkin perlu dikeluarkan. Begitupun, setiap kes berbeza dan hanya doktor yang boleh memastikan sama ada ia perlu dikeluarkan atau tidak.

source : http://intim.wordpress.com/2007/07/10/geraham-bongsu-senget-punca-sakit/


No comments: