March 29, 2009

setelah sekian lama..

aku dah lama plan nak buat, tapi asyik tertangguh2 disebabkan kemalasan aku yg biasa akan pantas teringat yang cepat saje. hehehe..


penah sekali aku siap print untuk tujuan rujukan.tapi sampai ke sudah, rujukan ke mana, hasil tah ke mana.


sampai la sang suami pernah perli, "na kata nak buat..."


so tiba hari ini, hari ahad kan. byk masa dan senang skit. ok lah, hari ni aku buat lah..hehehehe..biar pun pertama kali nak buat, aku rasa tak susah mana. cuma aku rasa step dia je berjujut2 buat aku rasa leceh. heheheh alasan!


lepas tengok apa yang perlu or dah ada dalam simpanan, aku dan suami bergerak ke destinasi terdekat. hmm ..walaupun dah agak lewat masa tu, kul 11 pagi tak silap aku. kami sempat lagi pekena roti canai mamak. hahahah lambat betol breakfast. so perut sah2 la dah ala2 kenyang kan. so lambat skit siap pun takpe la..hubby pun ok je tadahal. tak membantah.


ok bahan2 dah siap dan semangat pun ada..


akhirnya siap jugak..
*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*
Nasi Ayam aku. hahahahhahahaha....nasi ayam je pun. kemain la mcm masak beriani gam ke hape ek :P tapi serius beb, puas ati aku dapat buat. bkn apa, kdg2 tu sebab tinggal berdua je, rasa macam tak berbaloi untuk masak menu sebegini. tapi bila lagi nak cuba kan? bila dah cuba, baru rasa confident nak jamu orang. konon nye la kannn, betul tak fiza?? hahahahah..


tengok lah nanti, insyaAllah aku akan ajak korang punya. cuma bak kata laki aku, langsir tu tukar na. muahahahahhaah..


fyi, resepi nasi ayam ni aku amik dari sini. aku rasa senang, jelas dan boleh buat lagi *wink..


tapi dari segi rasa nya, kena la tanya laki aku. dia tu memang jenis susah nak puji, tapi tengok dari gaya dia makan, boleh la kita tau sedap ke tak..at least habis licin la nasi dia tu sampai paw nasi aku :P . takkan la nak kata sesedap restoren nasi ayam mancongkam kot ;P cuma mungkin aku kena lebihkan bahan pada nasi, baru kick!

No comments: