March 1, 2009

Raja Lawak Musim ke-3

Sape tengok Raja Lawak 3 (RL3) ni??????!! at least tak follow utk setiap minggu pun, sekurang2 nye korang kenal tak peserta2 dia? aku ni kategori orang yang kurang gemar menonton tee-vee. hihih. sbb aku cepat bosan. kecuali ada orang yang influence aku pasal cite tu or mungkin aku dah incidently tengok cite tu dari awal, then terikut2 sampai ke sudah. huhuhu. so, same goes to RL3 ni. hubby aku slalu ajak aku tgk, so aku pn layan la. adehhh..layannn.. tapi lama2 jadi syok plak. hihihi

So minggu depan RL3 ni dh sampai ke final pun. rasa macam baru je lagi diorang tu gi audition, tup2 dah masuk final pun. TAPIIIII..yang aku tak puas ati, nape budak hinguss i'm sorry tu masuk FINAL weh??????????? apa dah jadi ngan pengundi2 di Malaysia ni. dah tak reti menilai ke? sedih tol aku bile tengok LNJ terkeluar. rasa mcm nak nangis pun ada. aku suke John tu, lawak dia selamba je. bukan mcm amir, nak cakap pun duk pikir2 lagi. kata buat homework rajin sgt, tp still hancoqqq!! awat la hang masih kt situ. ni yang terbaru, kedudukan dia masih di atas mengatasi SEPAH. apa nak jadi la. tak boleh aku bayangkan kalau dia jadi RAJA LAWAK MUSIM KE-3 ni nanti. sure media interview dia pun dia tak paham, nak jawab apetah lagi. kesiannya....

aku ngn hubby tak habis2 cuba vote for others except amir ni. tapi still tak berjaya. tak sangka aku orang k******n ni terlampau kuat sgt kenegerian dia. aku rasa lah. kalau tak, sape lagi yang vote? tolong lah, panggil la LNJ tu masuk balik, suh la amir tu kuar. huhuhu. ni lah akibatnya kalau rancangan realiti telah menjadi tempat untuk mengaut keuntungan. eeeeee..tak masuk akal aku kalau amir jadi raja lawak. suh dia masuk TOM TOM BAK je lah, baru budak2 suke.

Kalau aku diberi pilihan antara Amir ngan Manbelon, manbelon lagi lawak aku rase walaupun ala2 sengal skit. huhu. manbelon yang punyaaa....kalau tengok performance amir ni dari awal, takde perkembangan langsung. mungkin sbb dia ingat dia kiut kot, tu yang ore duk vote dio jah tu. haizzzzzzzzz...disbbkan lawak dia yang tak menjadi tu, aku rase malu sgt nak tgk..so aku suh je hubby tukar channel lain. sbb kalau aku tgk, nak gelak pn tak, kesian pun ada. huhuhu. sian betol budak tu. anak sapa lah tu, takde ke orang terdekat nak tegur suh dia tarik diri ke, vote keluar ke. ermmmm...

aku rase, pada awalnya..hanya zaibo & fauziah nawi je ala2 sokong amir ni. masa tu aku dah tak koser dah nak dgr. tapi syamsul ngn juri jemputan lain kebanyakan nya rase nak sembelit bile tgk lawak dia yang ala2 lepas2 tapi tak lepas tu. huhuhu..

so kepada LNJ, aku rase korang lagi lawak, especially si John. lawak sempoi jeeeeeee.."kelapa dan orked, saya nak balik duit saya.." hehehehe..aku suke tol lawak diorang selain Jihan & Sepah.

Walaupun korang tersingkir, aku rase korang tersingkir penuh bermaruah. pasti korang nanti lebih glamor dari amir selepas RL3 ni berakhir. percayalah..;)



All the best to SEPAH, JIHAN & LNJ ( walaupun tersingkir, bukan bererti gagal buat selamanya). buat amir, VOTE KELUAR untuk Amir...!!!

Note : Entry ni tak berniat menghina sesiapa, tapi sekadar pendapat umum saja. sekian.

No comments: