February 28, 2009

story of this week

Isnin, 23rd Feb 2009

Rasa tak sabar nak shopping barang baby walaupun masih diperingkat awal. huhu..bile la nak tau gender baby ni kan. tapi tup tap tup tap..kejap je dh nak masuk 4 bulan. cepat plak masa berlalu. perut pun of course la menonjolkan diri, idong melebarkan diri..sadis betol. redha je la demi anak, ye tak. kekeke..tapi cakap pasal masa, aku ni actually dah terlambat nak bukak buku. buku merah bak kata org. ye lah, penting gak buku merah ni if anything happens, sume nak refer kt gomen. gomennnn jugak yang kena. kutuk2 gomen, terpaksa gak terima. hahah. lgpn first baby ni mcm dah dtg terlalu awal, company plak tak cover byk sgt. so i've planned maybe to deliver at Gov Hosp. saja. actually memang lah pikir bukan2 and macam2, tapi bile pikir balik, kt mane2 pun sakit sama je. cuma private ni dh kita byr mahal, layanan sure la first class dok. kang tak pasal2 kita complain itu ini selepas melaburkan duit beribu2 ringgit terhadap mereka yang bertanggungjawab, kuar paper itu ini. heh!

Talking about complaining, recently my husband always telling me the same thing. " Abg nak jadi mcm cina lah". Kenapa? " Sikit2 complain supaya orang tau skit" wah kemain lg laki aku ni. Yea, this is human right. aku paham mcmane perasaan bile di complaint, sbb aku pun slalu kene complaint ms buat keje kt opis tu. ahaks! tapi kali ni kita plak nak complain orang. ok pe, sbb idop ni spt circle & cycle. orang buat kita, kita buat orang. kalau tak complain, orang tak sedar kesalahan dia. ecehhh..tapi kalau korang complain kt gomen, korang rasa la, diorang ni terus amik tindakan ke macamane? or senyap je melainkan korang gi TV3. hihihi..tapi bos aku lain, orang complain kt dia je, terus je anak buah dia kena, takde backup2 der. huhuhu..

Tengok mcm kt bawah ni, ni Mr Hubby tgh mengisi borang cadangan a.k.a komplen la tu. hahahaha. cpt aje mencapai borang komplen. ms ni kt EON Seremban. kitorg hantar kereta utk inspection, menjadi orang pertama terpacak kt eon tu, dpt nombor pertama lagi untuk kereta kami diperiksa. ye lah, kitorg dah la plan nk balik KL aritu, plus masa tu aku baru balik dr Klinik Kesihatan Ampangan (KKA) untuk buat appointment. kalau lambat, naya je aku. yang tambah hangin tu, ada ke borang cadangan pun tak ada. bile tanya kt budak situ, baru terhegeh2 telefon bhgn ofis kt atas mintak borang tu. bile dia bawak turun plak, 3 helai je??!! eee tak paham aku. Actually hubby nk komplen bkn sbb lambat je inspect kete kitorg, tapi disbbkan orang yang kendian hantar dah siap dulu!! lepas sorang, sorang kitorg tgk blah. ayat mesti mcmni " eh pakcik ni dtg kendian dari kita td nih". pastu tepat jam seploh, mcm reramai technician dia gi minum kt cafetaria diorg. eh eh eh..takmo buat keje ke cik abg? sbb ms tu kitorg tgk, kete kitorg tak di entertain pn. dh la lmbt, leh plak bile sume gi minum, segerombolan gi minum. tah paham aku. so cpt je Mr Hubby nk komplen kan, etika diorg ni bekerja. tp sblm tu hubby dh inform kt Manager Service dia. cpt2 la mgr tu gi cek kete tu, and kalut la entertain cpt2. aihhh boleh plak cpt. pastu diorg test drive, mgr tu lg siap drive kan! hah dah report baru nk kelam kabut. tapi borang komplen tetap diutarakan. heheheheh..



heh, semangat tak menulis? ihihihi..


bukti mengisi tong peti cadangan. kekeke..

..selepas borang cadangan diisi, selang beberapa minit, kete kami pun siap. huh~~ lega rasenye..


nasib la korang, sape suh lambat. tapi korang rase la kan, ada apa2 tindakan susulan ke akan diambil atas sikap sambil lewa diorang tu?...hmmmm..
lepas selesai isu kereta, kitorg shoot balik KL sbb aku plan nk masuk ofis. tapi appointment yang aku buat kt KK memerlukan aku dtg semula ke KKA hari khamis minggu tu jugak. adehhhh..so khamis tu aku terpaksa la plan amik hafday lg. cuti cuti...
------------------------------------------------------------------------------------
Khamis, 26th Feb 2009


Malam sebelum khamis, rabu la kan? kitorg dah shoot balik seremban dah. letih la jugak sbb aku keje rabu tu, pastu balik plak seremban. Esk tu khamis sah2 aku kene bangun awal utk que sekian kalinye kt KKA tu. tapi malam khamis tu kitorg plan nk tgk Geng kt TGV Seremban 2. yayyy!! berjaya gak book tiket utk mlm tu tayangan jam 1045 mlm. adoiii letih nye nk tggu smpi lewat. tapi apakan daya, dah lama nak tgk cite ni, tapi manjang full je cinema. so kali ni peluang tak boleh dilepaskan! ye lah, sape nak sokong filem bangsa kita kalau bukan kita sendiri, ye tak? so pada sesapa yang tak tgk lagi tu, pastikan anda pegi menonton sblm terlambat. pada aku, cite ni berkualiti. bkn buat lawak bodoh mcm amir RJ4 tu. I'm Sorry!! cite ni kelaka berunsurkan majmuk. aku rase watak Upin & Ipin tu tak la ketara tapi ia menceriakan keseluruhan cite, itu yang membuatkan aku nak tgk sgt tu. betul betul betul!!!!!


So malam tu aku balik umah MIL dlm keadaan yang letih & mengantuk. so terus tido sbb esok nak bangun awal. mmg letih gile, cite plak abis dlm 1230 kot. tah la..seronok mmg seronok, tp ms dlm panggung, org ramai gak..tp aku diselubungi mata yang ngantuk. potong betol!

Esok nye pepagi MIL aku dh ketok pintu. hahaha. aku pun tak tau pesal mcm berat mata & letih ya amat smpi tak sedor. sibaik MIL tau yang kitorg perlu pergi pagi2, so dia yang tolong kejutkan. hehehehe. malu je kan? ;P so dah siap2 pagi tu, terus gi KKA. sblm tu pekena milo-o ngn nasi lemak dulu. hohohoh..perghh terlambat dlm kul 755 pagi smpi, orang dah berduyun. kitorg mmg dh agak dh. sbb ms ari isnin tu, kitorg smpi kul 720 pagi kt KKA pn orang dh que utk amik no dari luar klinik. gile perrr...

So prosedur yang aku tak berapa clear, utk org yang baru nak buat buku, dia kena isi details kt buku merah tu. pastu tunggu nama di panggil. aku pn blur duk pikir2, apesal la diorg ni x panggil2. tp akhirnya 915 pagi diorg pggl gak utk isi details dlm buku tu. ee nurse2 situ leh tahan gak, muda2 je aku tgk. cengil semacam.

lepas tu dpt no utk amik darah n ujian air kencing plak. tunggu lagi. lepas anta darah n urine kt makmal, tunggu lg. sian hubby aku, kejap2 tukar tmpt menunggu. hahaha. lepas sume tu, aku gi balik kt kaunter pertama tadi, diorg bg no utk check up. menunggu lagi..aku mati2 ler itu step terakhir. tak salah sangkaan hubby aku, katanya.."mesti lepas ni ada lagi step dia na". aku cakap.."tak lah, ni last ni". rupe2nya sangkaan ku silap. ms check up kt tu, nurse je yang cek. senior la kot. tanya itu ini, check breast etc..bla bla bla. oo dia tgk result urine aku, dia ckp aku ada gula ni.

nurse : pagi tadi makan ape?

aku : milo ngan nasi lemak..

nurse : ermmm sedap ye. ni ada gula ni..

aku : blurrr...milo-o je pun :(

aku tnya nurse, lepas ni selesai ke. dia cakap, ehhh byk lg ni. bukak buku mmg amik ms 1 hari. aduyaiiii..lepas jumpa dia, dia suh aku gi jmpa dentist. pastu gi farmasi amik ubat. pastu ptg lepas lunch baru jumpa doc. makkk aiiii..terpkse la aku extend cuti aku mintak EL. (bos aku ni pntg org EL or MC!!) terpakse, nak buat cemane bossss..tunggu la u pregnant & beranak ye??

so ptg tu aku dtg skali lg utk jmpa doc. aku jadi orang pertama kali ni. amik no and terus tunggu doc masuk. itu pn lembab gile. tah ape yang dia buat dlm tu agaknye. bile masuk, aku tgk doc ni muda lg. muda tak jadi mslh, mgkn usia dia x semuda rupa kan. tpi yang aku x puas ati, doc ni pun blur. bile dia tgk aku nye urine ada glucose, dia leh tanya nurse yang dlm bilik tu nak buat test yang mane 1 utk kes mcm aku ni. laaaaaaaaaa, ko kan doc!! c'mon la, nape mcm x confident dgn diri sendiri??? tak abis prektikel ke?? aduyaiii..lepas tu dia suh aku baring sbb nk scan. pnya la lama dia tekan itu tekan ini, tp ms tu screen tu aku x dpt tgk sbb dia tak adapkan pada aku. so aku x tau ape yg dia buat lama sgt dia menekan tu. aku rs ada la more than 5 mins aku duk tggu dia nk tnjk aku screen tu. agak2 dh dpt tu, baru dia ubah kedudukan screen utk tnjk baby aku. she didn't explain much about my baby and i also do not know what to ask or what to expect more from her. hmmm so bad. aku just tanya dia adakah baby aku membesar selari dgn kiraan minggu aku. dia jwb ye, dan EDD use the same one. betol ke dia ni? aku betol2 tak yakin dgn ape yang dia cakap. hmm tgk je la print out tu nnt...

lepas scan, doc lain rupenye aku dlm bilik tu gak. diorg share table yang sama. itu tak kisah lah, dh nama gomen kan. pastu doc ni skali lg tanya kt doc dpn dia tu samada betul ke tindakan bg test utk glucose tu. then doc tu explain bla bla bla lebih meyakinkan, baru dia mcm ok. konon x caya la nurse td tu ckp. huhuhu..laaa ngko ni, tak gak konfiden ke. hmmm..klau ko x konfiden, aku lagi ler x konfiden. haihhh..

ni dia buku merah yang aku dah berjaya bukak amik ms sehari ya amat tu. Alhamdulillah, setel gak. tapi doc tu suh buat MGTT tu 10hb nanti. mati le cuti lg :(:( aku tnya nurse, boleh tak buat kt KL terus. dia ckp boleh. tp mslhnye, leh setel cpt ke mende alah ni ek. klau leh aku gi pepagi, tak perlu la aku amik cuti kan? tgk kt buku ni, dia dh siap2 tampal note utk aku nye next MGTT tu.

sila baca betol2 note tu. perlukah aku elak dari ambil test ni?? huhuhu..

bawah ni plak aku nye print out utk scan aritu. doc tu tak print gmbr baby aku pun :( tp dia print graph yang menunjukkn pertumbuhan baby aku. tapi skit pun tak explain kt aku apekah itu, ini..bla bla bla. so cemana la aku nak paham kan? especially term2 yang sah2 aku sendiri tak paham. walauweiiii. ada sesapa sini paham tak yang boleh terangkan kt aku? hihihi

ini aku focus dkt sikit. kalau korang nampak lah kan. belah kanan atas tu, ada tulis composite ape ke bende tah. aku nmpk situ dia tulis 14w4d, date bwh tu plak jadi 23rd August 2009. itu kira EDD aku la kan? means baby aku besar skit dari kiraan sebenar, tak gitu? sbb kalau tgk kt bwh tu plak, ada pecahan2 kiraan utk bahagian2 tertentu. so kiraan minggu tu pun da 1 hari, 4 hari, 5 hari pun ada. aku rase itu mungkin mengikut size2 anggota yang lain menyebabkan kiraan minggu pun jadi lain. tapi mungkin pjg baby hanya ditunjuk di atas tu je. wah wah wah aku lak pandai2 mengalahkan doc kan ;P ..tapi kenapa ms aku tanya doc, "doc, size baby saya selari tak dgn kiraan minggu hari pertama last period sy"..dia jwb sama je. tapi bile aku tgk bende alah ni, tak sama pun.

dah la ms tnjk aku screen tu, dia x explain ape2, just ckp ini kepala, tgn, kaki baby. dia kecik lg. laaaaaaaaaaa itu aku pun tau. huhuhuhu. tah la kan, kite ni pnya la excited. dh la ms kt screen tu, baby aku tu x duk diam. kalau korang rase korang paham baca print-out ni, tolong la explain kt aku. anyone pls..hihihi

hmm ok la, aku nk off sat. hubby aku nk guna pc. dh la td aku type hilang plak sbb disconnect. penat je aku tulis pjg2. huhuhu. dah la entry ni bersambung2 aku tulis. hahahah. letih plak rase tulis pepjg. hehehe ok la, till then. nnt nk tulis cite psl RJ3 yang aku betol2 bengang dgn pengundi msia yang buta seni ni. eh3, emo plak ;).

No comments: