January 5, 2009

pity him

macam biasa, kalau boring di office aku akan memulakan penaipan di blog ini. eheh..
so maksudnya aku tengah boring la ni kan? perut aku lapa, tapi lunch hour lambat lagi. jam ni bergerak pun amat lah slow. kenapa la dengan ekau wahai jam.

tapi tadi hubby sms ask to return call. aku pun call dari opis. senang. dia mengadu dengan aku dalam nada meminta simpati macam ni..

hubby : abang muntah2 na..( suara sedih je di corong telepon tu)
wifey : kenape pulak dah?? *terkejut*
hubby : tah, 2 kali dah muntah kt opis ni. ni nak gi site plak, dalam kete rasa tekak loya nak muntah gak lagi ni.
wifey : ahh sudah, terbalik kut. hehehee ( gelak suke )
hubby : apa yang terbalik kut?
wifey : terbalik kut la. na yang takde ape2, tapi abang lak lebih2. hehehehe ( suke lagi)
hubby : ok lah, abang nak ke site ni. take care.
wifey : ok take care.

right after i hang up, i made called to mum plak.

dotter : mak, buat ape?
mak : tengah tumbuk cili nak masak ni. ha kenape?
dotter : ( eh telepon pun tak boleh mak aku ni). takde, nape bob muntah2 mak? dia lak loya2 sume.
mak : ohh biasa la tu. selalu orang lelaki dapat dulu tu. dia dah turun ke?
dotter : turun amondo lak ni. hahahaha
mak : turun la, turun penyakit tu.
dotter : oohhh..turun. ha la dia baru je cakap tadi duk muntah2 plak.
mak : haa, dia la kene dulu selalu, nanti kau pulak kena.
dotter : huh??? ye ke? adik ingat ( opsss adik ;p) dia je kene, adik tak kene.
mak : takde lah, memang orang laki kene dulu. pastu nanti kau kena.
dotter : ahh pulak dah. ok lah, gi lah masak tu.
mak : haa ok.
dotter : bye..
mak : bye..

click!

petanda yang tak baik..hmmmm

No comments: