December 17, 2008

activities

cuti sekolah ni tak terlepas daripada kenduri kendara. tambahan kita semua ingin memenuhi permintaan ahli keluarga yang kebanyakannya mempunyai lebih banyak masa terluang di waktu cuti sekolah. ermm..tapi yang payahnya, kalau semua orang pun berfikiran yang sama. jadi kesudahannya berebut lah mereka ini mengadakan majlis perkahwinan di musim cuti sekolah. yang menjadi mangsa, tetamu-tetamu yang ingin memenuhi undangan. keh keh keh! badan ada 1 je, tapi bak kata kawan2 kita. undangan yang diterima wajib dihadiri. wah wah wah, kalau seorang di selatan, seorang lagi di utara, sapo nak jawab tuh??!!

So nak di jadikan cerita, pada 13hb aku menerima 2 undangan dari 2 orang yang bagi aku, aku perlu hadirkan diri pada majlis mereka ; iaitu Rine dan Peja. Salah 1 sebab yang kukuh adalah mereka juga menghadiri majlis aku ;P Sorang di Sg Buloh, sorang lg di Changkat Jering. Haa..ingat dekat ke???!! setelah pujukan demi pujukan, rayuan demi rayuan di buat terhadap sang suami, kami pun bersetuju menghadiri kedua belah pihak. hehehehe
12hb Dec 2008
Kami gerak ke Sg Buloh berdasarkan map yang diberitahu melalui telefon sajork. Almaklum lah, yang empunya diri bersanding di dewan, maka map di dalam kad sah-sah lah map ke dewan je. Alhamdulillah kami sempat hadirkan diri sebelum tok kadi sampai. wah, tanpa sesat, tanpa ada pembuangan masa, kami sampai tepat pada masa nya, jam 9 malam! ahaks! so kehadiran kami adalah meraikan sang mempelai di majlis pernikahan saja. Maka, tertunailah tanggungjawab kami untuk memenuhi jemputan. hiks..so sampai2, kami dah lapor sebenarnya ( oppss rine, tgk saje lah kami berdua ni size cmne ;P ). so aku pun jumpa si bakal isteri Sabri ni ;P snappy2 kejap, then makan. tunggu Tok Kadi lambat la plak. huhuhu...

ni la wajah 'perantin' malam tu ;P

tak lupa juga wajah 'perantin lama' dengan bakal 'perantin baru' ni..hihihi

thomel tak kami??? huhuhu

So malam tu sudah tertunailah janji untuk yang mempelai yang ini. Dengan ini, akak ucapkan Selamat Pengantin Baru buat Rine dan pasangan. Semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat.

Keesokan harinya, rancangan lain pulak akan bermula.

13hb Dec 2008

Kami merancang untuk hadir ke majlis perkahwinan Peja & Im. Kawanku sekuliah dahulu, eceh..kira 1 team from AI la ni. ;P Peja jugak datang pada majlis sanding aku dan dalam banyak2 gambar, aku rasa gambar dia banyak juga. So tak mustahil aku juga tak mengecewakan jemputan kan? hihihi. Kami gerak dari KL dalam pukul 11pagi selepas hubby pulang dari kerja. Perjalanan terasa lama, seperti yang telah dijangkakan akan mengambil masa lebih kurang 3 jam atau lebih. Nasib kami baik cuaca agak baik, so perjalanan tidak mengalami apa2 masalah.

Terowong ngeri yang pasti akan ditempuhi bila arah ke utara

Setelah lebih kurang 3 jam perjalanan, kami pun sampai di destinasi, Changkat Jering, Taiping.


Kehadiran ke majlis itu ketika mereka tengah renjis merenjis. Aku pun tak ketinggalan merenjis. hiks!Suasana agak sedikit suram kerana orang sudah beransur pulang. Bak kata fyza, orang kampung di situ memang datang awal dan balik awal. ohhh macamtu pulak??! Walhal pengantin tengah bersanding dan renjis2 dipilis ni ;P Mungkin lain tempat lain caranya, ye tak? itu namanya kita perlu paham adat dan budaya masyarakat orang. Walaubagaimanapun, suasana masih lagi kedengaran & kelihatan meriah kerana adanya DEEJAY jemputan. Wah, atok sedara la, pakcik dia la suma tak ketinggalan nak berkaraoke. dasyat ek! Sporting abis. hiks..

So kami pun memang sedia ada lapa dari dalam perjalanan tadi ( lapa lagi?? hahaha ), dijemput makan. Ingat nak ceduk lebih sedikit, rope2nye ada orang ceduk kan. hahahahah padan muka!!! Mucid as pengapit ( 2nd time after the 1st time is with me ), makan di meja pengantin, special gitew. After sesi makan2, kami pn sesi snappy2..hehehe

Kami sementara menunggu mempelai bersesi photography..

Kami si 'perantin' lama suam-suam kuku ;p

Geng2 mengacau pengantin makan beradap

Mengimbau kenangan duduk di pelamin ;P (cute kan pelamin dia?)

Suamiku yang sporting dan sabar melayan kerenah kami berposing ( jadi photographer tetap beb!)

Akhirnya kami pulang dengan hati yang senang kerna memenuhi permintaan sahabat sekalian. Tetapi perlu ingat, kami ke Taiping takkan terus pulang pulak. hahahahaha..so tiada pilihan, kami ke Zoooooo Taiping. harharharhar!!!! ahhh tetapi nanti2 lah gambar bakalku upload.

So hari itu, aktiviti tamat dekat jam 7 malam i think. so si suami jugak yang drive pulang walaupun kami agak kepenatan seharian. kesian abang. pergi dan balik dia drive, dah la paginya dari tempat kerja. Thanks sayang for your sacrifies!!

BTW, Selamat Pengantin Baru juga buat PEJA & IM. Semoga kalian bahagia hendaknya hinggu ke hujung nyawa. Amin..

No comments: