November 7, 2008

kawin sorok, cerai heboh..

kesian pulak aku dgr kes artis yang tengah hot dgn kes dia ni..
dalam hal ni, siapa betol siapa salah..i've no comment. but aku lebih kesiankan si ibu..dgn 3 org anak. baru dapat baby lg.
tgk nih..pada 26 oct, mereka baru je adakan majlis cukur jambul anak ke-3 mereka. baru je lagi kan?? tak silap dlm last 2 weeks ..

tapi bile baca in news these few days..tgk diorg dh nk bercerai..kesiannya. ini bukan kali pertama, anak pun dh masuk 3..
berita dipetik dari mangga online

"Semasa bernikah pada 11 Januari 2002, pasangan pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim mahu menjadikannya sebuah majlis tertutup yang hanya dihadiri oleh keluarga dan kenalan sahaja.

Bagaimanapun perancangan mengadakan majlis di rumah keluarga Abadi di Keramat, Kuala Lumpur dihidu oleh pihak media. Ramailah wartawan ke rumah keluarga Abby pada siang untuk membuat liputan. Apabila tiba hanya majlis pertunangan yang diadakan. Saya salah seorang wartawan yang hadir tanpa diundang.
Malah mereka juga tidak memberitahu pasal persiapan pernikahan. Melihat kepada persiapan yang siap ada khemah dan lauk pauk kenduri, terasa macam ada sesuatu yang cuba disorok.
Maka sebelah petang, ada sekumpulan wartawan yang meninjau rumah Abby kerana berasakan majlis pernikahan bakal dilangsungkan sebelah malam. Malangnya tiada apa yang berlaku dan suasana rumah bagaikan tiada orang. Lengang.
Rupa-rupanya mereka bernikah sebelah malam di banglo atas bukit milik salah seorang anggota keluarga Norman di Bukit Bandaraya, Kuala Lumpur. Wartawan yang ke rumah keluarga Abby tertipu.


Abby menyerang Norman di lokasi
Berlainan sekali suasananya apabila mereka ada masalah dan mahu bercerai. Abby ke mahkamah pada 3 November 2008 untuk memfailkan perceraian empat hari selepas Norman ditangkap kerana disyaki berkhalwat dengan pelakon Memey Suhaiza. Namun permohonannya ditolak kerana tidak lengkap.
Abby ke lokasi penggambaran drama Gerak Khas di Wangsa Maju, Kuala Lumpur apabila mengetahui Norman ada penggambaran drama itu di sana. Wartawan yang ada di mahkamah dimaklumkan pasalnya dan turut ke sana untuk membuat liputan.
Abby tidak lagi berselindung dan sedia membenarkan wartawan membuat liputan ke sana. Malah pertikaian lidah yang berlaku di antara mereka juga disaksikan wartawan dan turut dirakam oleh media elektronik. Mereka juga sedia ditemu bual pasal perkara itu.
Nampakmya majlis yang baik tidak mahu diuar-uarkan sebaliknya insiden yang boleh mendatangkan keaiban pula yang tidak menjadi masalah. Semasa bercerai sekejap dua tahun lalu, kisah mereka antara yang jadi paparan muka depan akhbar utama. "


Mereka cuba berbincang dari hati ke hati

Akhirnya mereka membawa haluan masing2..ecehhh
apa masalah diorg ni ek? nmpk happy sokmo, bahagia je. Norman tu nmpk mcm sygkan anak2 and family man. pastu Abby pn ada rupe. bile jadi mcmni, mule la aku terpikir2. org laki yg silap or perempuan. membuatkan aku pun perlu ingatkan diri aku.
ehhh...aku jadi mcm busy body plak nk tau hal rumahtangga org. ahhh gi buat keje nana!!!

No comments: