August 13, 2015

Dekorasi - Mini Landskap / Laman Mini

Tu dia haih.
Ada taman mini.
Atau kebiasaan orang panggil mini landskap. Ececece.
Sejak bila umah aku ada tanah ni?
.
Krik krik krik.
.
Heylooo.. takde tanah pun boleh decorate tau. 😷Berseri2an.. berhijauan2. Kahkah πŸ˜ƒ
.
Ikutkan hati dulu, nak mintak orang buatkan pocket pada luar tingkap rumah.
So boleh la letak pokok bunga jurai2 gitu.
.
Tapi berangan je la boleh. πŸ˜‡
.
Tahun berganti tahun, tiba2, disebabkan idea dari 1 group ni, mula aku terfikir nak merealisasikan laman mini ni.
Well, takde la hebat mana pun. πŸ™ˆ
Tapi sebelum tu pun, aku ada lah " bercucuk tanam" kat tanah luar dari gate sebagai penyeri jugak kekdahnya.
Tapi hati ni tetap tak puas.
Sebab tanah tu kecik je pun. Dan tak la menjadi mana pun. Huhuhu.
Ni la konon aku kerjakan. Ni je ruang yang suami izinkan. Ruang lagi 1 dia cakap, takot jiran tak suka. Heee


Lepas tu beli la pokok ni plak. Ada la seri sikit.

Lepas dah raya, baru la terbuka minda balik nak ada sudut mini landskap. Itu pun sebab terpengaruh dengan group deco di fb. Pergi survey di nursery berkali2 dan berhari2 singgah nursery.
Boleh tahan jugak spend duit kat nursery ni kan?
Bukan sikit2 huuu. Beratus2 habis. Tapi kena control, kang sedap membeli je kan. Hehehe..

Mula2 beli la rumput ni dan bonzai dulu. Sebab beli ni je pun dah habis beratus dah. So letak kat sudut, suka la nampak seri rumah. Hehehehe..hijau. sejuk je mata memandang . Almaklum takde benda nak dikerjakan, tanah pun yilek.


Keesokkannya beli lak bunga-bungaan. Hehehe. Parahhh.. beli bunga lavender, bunga kecik2 tu. Susun gitu jer. Suka sangat. Sebab kakak ku cakap, takkan hijau je? Takkan takde warna warni. Adeh



Selang sehari, improvise lagi, beli plak penyangkut. Huwaaa. Cuma stand lavender tu je tak beli lagi. Stock habis. Nursery lain mahal plak. Sabar nana, sabar... hahah

Puas hati sangat dapat sudut ni walaupun kecik cenonet je.
Snap gambar tunjuk kat husband, dia tak cakap ape.

So far anak2 tak kacau. Diorang teruja.tapi dah warning jangan usik. Setakat sentuh2 bunga gitu2 je. Siap bukak selipar pijak rumput fake tu. πŸ˜ƒπŸ˜ƒ

Alhamdulillah, terlaksana juga mini landskap walaupun takde tanah ye.
.
.
.
Segala persoalan akan di jawab kemudian. Huuu bajet sangat!

August 11, 2015

Macam-macam kerja

Aku pernah cakap ke aku ni bekerja ke ape?
Eh mcm la korang nak tau kan? hikhik

Ye dulu aku bekerja.
Sambil bekerja aku memang suka cari side business.
So macam2 aku buat.

Aku jual Shaklee. Serious business masa ni.
Aku jual insurans ( prudential ) . Still doing it. 
Aku jual tudung. ( aku la jual, aku la model hahah )

Memang ikut masa, tak de masa pun nak menjual sambil bekerja.
Tapi, aku memang suka.
Aku tak boleh harapkan gaji semata.
Walhal, lebih dari cukup je kalau pandai berbelanja.
Itu lah nafsu perempuan kot, manjang ada je bende nak beli.
So buat business, dari duit tu la aku boleh membeli sesuka hati tanpa harapkan duit suami.

Sampai la Oct 2014, aku macam dah stress sangat nak kerja.
Di sebabkan department yang tak berapa enjoy, suasana yang tak menggembirakan, aku mula la menggelintin nak resign. hihihi.
Sebelum tu kalau nak resign memang husband tak izinkan pun.
Tapi hari tu, tiba2 husband bagi greenlight.
Nak benti, benti lah na. Kata2 suami buat aku betol2 mcm bertekad.
Tanpa fikir risiko yang bakal aku tanggung. Ye lah, nafsu berbelanja kan?

So akhirnya aku berhenti. Last notice aku October 2014. Haa dah nak setahun kan?
So bila dah berhenti, aku mula la teruskan business aku, tapi tak pernah aku sharekan kt sini kan?


Ini antara business tudung yang aku buat. ( aku lah model, aku lah yang menjual heee )
Boleh follow IG Drophawt / Page : Drophawt
Agak lama tak update tapi business is running as usual.

Selain tu aku buat business kerepek Seaweed Rangup
IG seaweedrangup / Page : Seaweed Rangup

Lain2 tu korang pun tau kan. heee...
Shaklee dan Prudential


Tapi aku pun rasa kadang2 semangat ni ada turun naik...
sesekali rasa rindu waktu bekerja. hahahahah.. 
Ada ke mcmni??

Selamat hari raya setelah setahun dari last post hari raya :)

Assalamualaikum

Lamanya tak update blog.
Dah bersarang nampaknya.

Ada orang lagi ke? huhuhu
Maaflah. Saya tidak setegar yang lain2.
Bila tengok orang update blog, macam best je.

Tapi hakikat.. wa respek sama lu lah!!
Macamana ek korang ada idea untuk terus menulis di alam maya ni?

Kadang2 rasa abis idea.
Takde ape yang nak di kongsikan.
Rasa macam takde la best sangat cerita aku ni.

Cer cite cer cite..
kadang2 memang teringat kat blog yang 1 ni.
Tapi bila nak tulis je.. terus turn off.
Mood yilek
Idea pun takde.

Korang sama tak macam i??

January 5, 2015

Bagaimana Hanis Zalikha di lamar Hairul Azreen?

Aku betul2 terlepas moment ni.
Tau-tau dah heboh 1 malaya yang Hanis di lamar Hairul Azreen.
Bile jenguk IG Hairul, dah ada #captainKeknis gitu.

Tapi setau aku di dia di lamar secara live di GegarVaganza. Itu semua orang tau la kot kan.
Tapi macamana secara detail di propose, boleh tengok di komen2 IG artis ni.

Ok jangan la percaya bulat2 kalau selagi korang tak tengok sah2 live proposal tu kan.
Tapi dari apa yang aku baca, ada siap yang cakap " hanis macam tak ready lah", " hanis macam terpaksa kerana jaga airmuka hairul lah.."

Puncanya sebab cara hanis jawab tu agak tidak meyakinkan.
Bila hairul tanya " will u marry me?"
Hanis jawab " InsyaAllah, thank you"
So hairul kena tanya balik dan baru lah hanis jawab " YES"

As simple as this. Kita tunggu official announcement dari pasangan ni.
Jangan simply jump to conclusion nak mengatakan hanis jaga airmuka lah ape lah.
Takkan la hal kawin dia nak bawak main kan?
Tambah2 hanis tu datang dari keluarga yang di hormati, dia seorang yang terpelajar, talented.
Aku memang suka lah kt dia! Eh nanti korang cakap, " eleh tu pasal ko backing dia kan?"

Tak tak.. Aku pn nak kan kepastian. Betol ke tak betol ?
Kalau ada siapa boleh share link gegarvaganza masa dia melamar hanis tu lagi bagus.

Anyway, congratulations Keknis!

August 7, 2014

Teaser - Hari Raya

Salam semua

Selamat hari raya Aidilfitri walaupun dah raya ke berapa baru nk up post ni..
Masih tak terlambat rasa nya nak share mood hari raya. Heeee..

So meh kita layan mata dulu.. 
Nanti baru la cite sikit2 kalau rajin! Heee



Dan candid anak yang sibuk berselfie-monopod. πŸ˜†

Selamat Hari Raya dari kami semua 😘😘




May 6, 2014

Dulu, dulu, bukanlah yang sekarang...

Alkisahnya nak cerita ada minor changes skit di ruang tamu teratak hamba..
kecoh je kan...tapi tetap nak share.. huhuhu
dulu memang ada 3+2 seater white seater tu je..
pastu dari hari ke hari, mula la mata ni rasa kebosanan..
mata mula la rasa sakit dengan pemandangan ruang tamu tak seberapa tu..
 
nak ubah cara lain dah tak mampu..
duit banyak dah berhabis, so kalau nak reno pun, takkan la kan..
so kita ubah suai la mana patut..
 
so 1 hari tu, cewahh... pergi jalan2 ke Kipmart bersama Umar..
masa tu dia admitted kat Hospital sebelah kipmart.
dah boring duk kat ward, mintak permission keluar sekejap ..
so jalan kat Kipmart, tengok ada exhibition sofa ni..
sofa ni design dia not bad and harga pun not bad!!
Teruja mak!!
brand? brand biasa2 je..
tapi dengan harga yang aku dpt untuk 2 seater dan wing chair tu serta brand dia , memang rasa berbaloi2 lah!! macam kena dengan jiwa dan citarasa gitew.. ewwww..
 
So tu je lah perbezaan nya..
memang la ada pertambahan sofa di situ, dan ruang mula la menyempit kan..
sebab tu aku pindahkan ke tepi tanda tv..
dan 2 seater balance yang lama ada cadangan nak hangkut ke ruang tv atas.. ( itu kemudian )..
buat masa ni aku letak je kat tepi ruang tangga tu..
belum sakit lagi mata aku huhuhuhu..
 
Dalam cadangan nak cari meja makan yang bersesuaian dengan konsep dan menukar carpet..
perghhh carpet pun nak ikut konsep kata koooo... kehkeh..
errr.. langsir pun dalam proses nak tukar jugak.. choiii macam banyak je duit nak tukar semua.. hehehee
 
ok itu la sekian kisah betapa suka gila aku dapat beli sofa n wing chair tu.
Harga murah pasal ada reject sikit.
Tapi tak Nampak sgt pun..yang penting aku PUAS HATI!!
 
DULU.....
Punya la membosankan. hahahahah.. sekarang baru nak cakap ek? :P
 
 
 
 
SEKARANG..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



May 5, 2014

Teaser

Punya lama ko tak muncul, tiba2 teaser.. *apakah?*

Hahahaha.. ampunnn!!  ( ok bajet ada orang dating tinjau blog aku kan? )
busy kau, busy ya hamat.. hihihi

tapi nak jugak buat teaser pasal sesuatu perubahan di teratak hamba...

layan la mata kejap...

 
 
Kalau perasan, ada sesuatu baru di situ. huhu.
Nanti lah cerita kan  ( tah bila tahun la plak kan.. )